Blogger templates

Rabu, 27 Januari 2021

Plan Percutian ke Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni kita semua sedang berjuang melawan pandemik Covid-19 dengan menjalani PKP 2.0 sehingga 4 Februari 2021 ni kan? Agaknya lepas PKP ni, kita akan sambung lagi ke tidak? Kalau tak, mesti ramai yang dah merangka percutian ke mana-mana destinasi di dalam negara. Yelah, bila dah terlalu lama terkurung dalam rumah ramai yang dah mula rasa tertekan dan mula cari cara untuk menenangkan fikiran. Macam tu jugak kakak dan keluarga, Mak pun dah bagi hint “Lama tak bercuti di Cameron Highlands”.

Sebut pasal Cameron Highlands, terus kakak terbayang menghirup udara yang segar, pemandangan ladang teh yang menghijau dan petik buah strawberry. Selain tu, kakak paling suka bila dapat memborong bunga dan sayur-sayuran segar kat sana. Tak lupa juga cendawan goreng kat Pasar Malam Brinchang tu. Lama sangat kakak tak ke Cameron Highlands tau, last pegi bulan Julai 2018. Lama tu! 

Sementara tengah banyak masa ni kakak pun start cari Hotel untuk kami sekeluarga menginap masa nak bercuti kat sana nanti. Takdelah kelam-kabut nak fikir which Hotel in Cameron Highlands to stay. Time tu mesti banyak bilik dah fully booked, takkan nak tidur dalam khemah pulak kan? Hahahah. Yang kakak tau, bilik dah siap book, datang check-in lepas tu mula meneroka Cameron Highlands. Kan senang macam tu.


Dari hasil carian kakak, banyak sangat Hotel in Cameron Highlands yang menawarkan harga yang berpatutan tau. Sampai rambang mata tak tau nak pilih untuk stay kat mana. Tapi bila dah bawak Mak dengan Abah, kakak kena pastikan hotel tu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang bersesuaian dengan warga emas. Hotel kenalah dekat dengan kawasan tarikan dan selamat. Dalam musim pandemik ni, walaupun pegi bercuti kenalah patuhi SOP dan ikut norma baharu dalam setiap apa yang kita lakukan. Selain tu, mesti dekat dengan tempat makan! Ni paling utama tau, kalau boleh nak cari yang walking distance je. Boleh cuci-cuci mata sikit!

Antara tempat tarikan di Cameron Highlands

Cameron Valley Tea

Walaupun dah beberapa kali ke Cameron Highlands, kakak tak penah bosan tau. Sebabnya kat sini kakak rasa tenang je. Udara segar, pemandangan indah dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Destinasi pertama yang kakak nak terjah ialah Cameron Valley Tea menikmati teh panas dan sepotong kek strawberry sambil melihat kehijauan ladang teh yang saujana mata memandang. Terasa macam berada di luar negara. Destinasi percutian kat Malaysia ni tak kurang hebatnya kalau kita perasan tau, ada yang setanding luar negara.


BOH Tea Centre Sungei Palas


Kat sini korang kena drive naik atas bukit sikit, jalannya agak sempit dan perlu berhati-hati. Tapi bila dah sampai, kakak gerenti korang puas hati punya! Apa yang menariknya kat sini, korang boleh dapatkan produk-produk berasaskan teh dan serbuk teh pelbagai perisa dengan harga yang berpatutan. Terdapat kilang pemprosesan teh kat sini, tapi kakak kurang pasti sama ada kita boleh melawat atau tidak. Kalau nak tau, sini nak ootd memang cun! Kawasan dia luas, korang tak perlu nak bersesak untuk bergambar.

KEA Farm

Tak sah kalau ke Cameron Highlands tak beli sayur-sayuran dan buah-buahan segar kan? Kat KEA Farm korang boleh dapatkan macam-macam jenis sayur dan pelbagai jenis buah dengan harga yang agak murah. Kalau korang pandai tawar-menawar sikit buah strawberry mungkin boleh dapat dalam RM5 ke RM10 je sekotak bergantung pada size. Bolehlah beli lebih sikit bagi kat sedara-mara dan jiran tetangga sekali. Lepas tu, kalau nak beli jagung manis fresh pun ada. Jagung dia punyalah manis sampaikan kalau korang makan yang belum rebus pun boleh. Tapi seeloknya rebuslah dulu bila bawak balik rumah tu. Masa kat sana, korang beli je corn in cup dah siap rebus tu. Senang.

Kredit : Getty Images

Galeri 3D KEA Farm

Dah alang-alang ada kat sekitar KEA Farm, korang singgahlah dulu ke Galeri 3D Cameron Highlands ni. Mesti tak rugi, banyak mural-mural 3D menarik yang boleh korang abadikan dalam gambar dengan keluarga. Kalau ada anak-anak kecik tu, sesuai sangat. Mesti budak-budak tu seronok! Lagipun galeri 3D ni indoor, bolehlah panaskan badan sikit sementara amik gambar tu.


Dan yang paling kakak rindu Pasar Malam Brinchang!

Pasar Malam Brinchang ni selalunya dibuka hanya pada hujung minggu. Kat sini pelbagai jenis makanan dan cenderahati dari Cameron Highlands boleh didapati. Tapi masa musim pandemik ni kakak tak pasti pulak dibukak atau tidak. Tapi kalau buka, jangan lupa singgah tau!

Kredit : Google

Tak sabar rasanya nak menjelajah Cameron Highlands lepas habis PKP ni. Mesti banyak yang dah berubah dan banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam pada kita merangka percutian dan bercuti kat sana sini tu, pastikan kita sentiasa mematuhi SOP tau! Jangan lupa pakai pelitup muka jika berada di tempat awam dan sentiasa mencuci tangan serta menggunakan hand sanitiser. Jom ke Cameron Highlands!


email signature

Rabu, 6 Januari 2021

Program Coffee Trip KTMB X Media ke Ipoh dengan Perkhidmatan ETS

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pernah tak terfikir nak mengopi kat Ipoh kejap dan balik ke Kuala Lumpur lepas tu? Dalam Program Coffee Trip KTMB X Media baru ni kakak dan beberapa rakan media ke Ipoh hanya untuk minum secawan kopi. Kalau baca ni rasa macam tak mungkin kan? Tapi dengan adanya perkhidmatan ETS KTMB ni, ngopi kat Ipoh bukan lagi mimpi.


Meh kakak bawak korang round-round dalam ETS sementara nak sampai ke Ipoh tu.

Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS merupakan perkhidmatan penumpang rel yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). ETS merupakan perkhidmatan keretapi terpantas di Malaysia. Kakak sendiri dah beberapa kali menggunakan khidmat ETS ni, memang terasa perjalanan lebih pantas dan selamat.


Masa-masa pandemik ni, ramai yang takut nak gunakan perkhidmatan awam kan? Tapi pengalaman kakak menggunakan ETS semasa musim pandemik ni memang meyakinkan kakak untuk terus menaiki ETS. KTMB sentiasa memastikan setiap staff dan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi SOP yang telah disarankan oleh Kerajaan. Malahan sebelum setiap trip, pihak KTMB akan menjalankan sanitasi dalam gerabak.


Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh memakan masa lebih kurang 2 jam 30 minit dengan ETS. Korang boleh pilih untuk menaiki ETS standart class ataupun business class

Standart Class

Diatur dengan tempat duduk 2 + 2 untuk keselesaan penumpang. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan meja dulang dan soket elektrik untuk tujuan mengecaj. Terdapat TV LCD dalam setiap gerabak untuk hiburan sepanjang perjalanan. Takdelah korang bosan kan dalam tren?



Business Class

Diatur dengan tempat duduk 2 + 1 yang lebih lebar dan selesa. Boleh diturunkan sehingga 45 darjah. Paling special, tempat duduk dalam business class ni boleh dipusingkan kemana-mana arah ikut keselesaan penumpang. Setiap tempat duduk juga dilengkapi dengan skrin video sendiri untuk hiburan dan wi-fi percuma. Selain tu dalam business class ni ada pramugara atau pramugari sendiri tau!


Setiap gerabak ada kemudahan tandas, bagi mereka yang beragama Islam, surau juga ada disediakan dalam ETS ni. Kalau dalam perjalanan tu rasa lapar, korang boleh dapatkan minuman dan makanan di kafe dalam ETS tu sendiri. Mudah kan naik ETS?



Masa dalam perjalanan ke Ipoh tu kan, kami bukan je dapat merasai pengalaman naik ETS semata-mata, tapi dapat masuk ke kokpit pilot ETS dan melihat sendiri cara pengendalian tren ETS. Cara kendalian ETS ni kan, nampak je mudah. Tapi sebenarnya pilot kena sentiasa alert pada persekitaran keadaan semasa tren dan keadaan landasan juga.


Kalau nak tau ETS dilengkapi dengan sistem keselamatan Automatic Train Protection (ATP) yang sentiasa memastikan kelajuan tren sesuai dengan kecepatan yang dibenarkan mengikut isyarat  termasuk isyarat berhenti. Kiranya kalau kata tren yang kita naiki tu tak respon pada isyarat, sistem ini akan memberhentikan keretapi bagi tujuan keselamatan. Tapi takdelah berhenti mengejut terus bila sistem ini mengesan sesuatu yang tidak kena pada tren, dalam 900 meter juga baru tren betul-betul berhenti. Kalau terus brek je, mau terpelanting penumpang dalam tren oi! Hahahahaha.


Lepas lebih kurang 2 jam menjelajah ETS, sampailah kami ke Ipoh. Masa kat sini, kami sempat singgah di Oldtown White Coffee yang terletak di Ipoh Lama, lepas minum-minum kopi, apa lagi? Balik KL la, kan dah kata pegi Ipoh nak mengopi je? Hehehehhehe.




So lepas ni kalau korang ada plan nak ke Ipoh tapi malas nak memandu redah jem semua, naik je ETS. Memang selamat dan patuh SOP. Tak payah risaulah!

Terima kasih KTMB atas kesudian menjemput kami naik ETS ngopi kat Ipoh, siap tapaukan Nasi Ganja lagi okay! Sempoi baq ang!

Kalau nak tau info lanjut mengenai KTMB, harga tiket dan apa-apa promo boleh layari : https://www.ktmb.com.my/

Sebenarnya kan, masa program ni kakak dah hampir kena tinggal tren tau! Nasib baiklah sempat kejar tren, kalau takkkkk...... Dengan ETS korang jangan la lambat, memang takde tunggu-tunggu punya tau!
Terima kasih pihak KTMB dan Abang Pilot yang tunggu kakak lari kejar tren tu. Hahahhaha.

Kalau diingat balik, perghhh, macam nak putus nyawa berlari kat stesen tu weh, terasa macam drama Melayu sangat! Kahkahkah!


Jumpa lagi KTMB dan IPOH!


email signature