Blogger templates

Selasa, 5 Januari 2021

3 Hari 2 Malam di Perlis - Tempat Menarik dan Port Makan BEST!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Disember lepas kakak sempat menerokai Perlis selama 3 hari 2 malam. Perlis terletak di utara tanahair, tapi ramai yang macam terlepas pandang betapa indah dan uniknya negeri Perlis. Kakak sendiri dah beberapa kali menerokai bumi Perlis tapi belum sekali pun rasa jemu.


Trip kakak kali ni dikelolai oleh Kerajaan Negeri Perlis dan Unic Astana Holidays Sdn Bhd. Perjalanan dari ibukota ke Perlis memakan masa lebih kurang 6 jam. Sepanjang perjalanan tu bolehlah korang cuci mata tengok kehijauan dan keindahan bumi Tuhan. Aggiteeew!

Meh kakak share dengan korang tempat lawatan dan tempat makan best yang ada kat Perlis! 

TEMPAT MENARIK DI PERLIS


Galeri DiRaja Arau


Destinasi pertama yang kami kunjungi ialah Galeri DiRaja Arau, tapi galeri ni tidak dibuka kepada orang awam. Sekiranya mana-mana pihak ingin membuat lawatan, mereka perlu membuat permohonan yang mestilah diperkenan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Dalam Galeri Diraja Arau ni korang boleh melihat sendiri  sejarah Negeri Perlis dan pelbagai koleksi peribadi DYMM Tuanku Raja Perlis. Rasa bertuah dapat menjadi antara insan yang berpeluang masuk ke sini. Tapi perlu diingatkan, dalam Galeri DiRaja Arau, korang dilarang mengambil gambar atau memaparkan koleksi di dalam galeri ini kepada umum tau!

Jambatan Tuanku Syed Putra


Kalau korang nak tengok matahari terbenam di Perlis, korang boleh ke Jambatan Tuanku Syed Putra. Jambatan ni terletak Pekan Kuala Perlis dan tak jauh dari jeti. Kalau korang tak jumpa, boleh je tanya dengan penduduk setempat, InsyaAllah diorang boleh tunjukkan arah. 


Sebenarnya tak banyak info mengenai jambatan ni. Tapi dari atas jambatan Tuanku Syed Putra korang boleh nampak Langkawi dan Thailand. Dari atas ni juga korang boleh nampak kapal-kapal nelayan yang berlabuh. Apa yang boleh kakak katanya pemandangan kat sini memang cantik. Tapi sayangnya, masa lawatan kami cuaca agak mendung, so tak dapatlah kami tengok matahari. Takpe, next time kakak datang lagi!



Kangar Street Art

Bila dah berada di Perlis, jangan lupa singgah di Kangar Street Art. Terletak di tengah-tengah Kangar. Kalau nak meriah, korang kena datang pada hujung minggu. Selain dari mural-mural yang menarik, terdapat pelbagai aktiviti riadah yang dianjurkan oleh komuniti setempat. Boleh dapatkan khidmat melukis karikatur korang sendiri dari pelukis tempatan, aktiviti busking dan sebagainya.



Masa kakak pegi tu meriah sangat!  Diorang ada buat game tuju kasut okay! Game ni budak-budak sekarang mana nak tau dah. Selain tuju kasut namanya game baling selipar. Sape penah main? Kakak masa kecik-kecik dulu merasa jugaklah main. Paling padu kalau kena baling pakai selipar Jepun Tat Sing. Padu! mau berbirat belakang badan oi!



Wang Kelian View Point


Kalau tadi kakak dah bawak korang ke tempat matahari terbenam, kali ni kakak bawak jugak korang melihat matahari terbit dari ufuk timur di Wang Kelian View Point yang terletak tak jauh dari Gua Kelam. kat sini kakak sarankan korang datang awal pagi. Kalau tak sempat breakfast pun takpe, kat atas tu ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan. Tapi jangan risau nak mendaki pun taklah tunggi mana, korang boleh menaiki kenderaan sampai ke kaki bukit dan berjalan lebih kurang 5-10 minit. Tapi kalau korang nak lebih thrill, mendaki la dari simpang Gua Kelam tu! Hehehehehe.



Pemandangan kat sini SubhanaAllah, memang cantik! Rasanya macam tak puas je tengok matahari terbit dan bergambar, sambil meghirup udara segar. Kawasan ni memang jauh dari penempatan. Menurut tour guide kami, kawasan tu merupakan kawasan penempatan bagi beruk Kentol. Tapi nak nampak sendiri memang susah sebab spesis ni agak pemalu. Kalau korang betul-betul bertuah, dapatlah terserempak masa nak ke Wang Kelian View Point ni.

Gua Kelam 1 dan 2

Tak sah kalau ke Perlis tapi tak ke Gua Kelam yang digelar Cave of darkness Perlis. Gua Kelam terletak hanya beberapa kilometer dari Sempadan Thailand. Dulunya, Gua Kelam ni merupakan kawasan perlombongan batu kapur. Masuk dalam tu memang gelap kalau takde lampu, bayangkanlah orang dulu-dulu melombong dalam gelap tu macam mana kan?

Sebelum masuk ke Gua Kelam, kami dibawa ke Galeri 3D Gua Kelam, kat sini terdapat pelbagai info mengenai Gua Kelam dan flora fauna yang terdapat disekitar kawasan Gua Kelam dan Perlis. 


Seterusnya kami diberikan sedikit penerangan oleh Daniel dari Hikers Perlis dan helmet keselamatan sebelum meneruskan penerokaan masuk ke Gua Kelam. Kalau korang nak tau, masuk Gua Kelam 1 lebih santai, tapi Gua Kelam 2 agak mencabar. Kalau tak cukup stamina, jenuh juga nak berjalan dalam tu. Tapi pengalaman yang kita dapat sepanjang berada dalam Gua Kelam tu memang sangat berharga. 


Kakak pun dapat tengok sendiri batu-batuan dan hidupan yang terdapat di dalam gua tersebut. Tapi korang jangan la soal kakak pulak name batu-batu tu, mana maunya nak ingat semua! Hahahhahhaha. Dalam tu juga terdapat beberapa laluan, ada juga yang memerlukan korang meredah air. Tapi bukan semua orang boleh masuk, korang perlu dapatkan khidmat guide dari Hikers Perlis.


Tak nak masuk gua? Takpe, korang boleh bersantai-santai di air terjun Gua Kelam yang terletak di luar kawasan gua. Kalau korang datang weekend memang ramai orang beriadah. Nak dapat port santai-santai yang best, korang kenalah datang awal.



PORT MAKAN BEST DI PERLIS!



Warung Tepi Sawah



Kalau sebut tempat makan kat Perlis, mesti semua orang dah tau pasal kewujudan Warung Tepi Sawah ni. Tempat makan yang kerap kali viral di laman-laman sosial. Kalau korang nak menikmati sarapan pagi kat sini, kakak sarankan korang datang awal. Warung ni sentiasa dipenuhi dengan pengunjung. Dari awal bukak sampailah dah nak tutup memang tak putus-putus kunjungan. nak bergambar pun sesuai sangat, sambil makan sambil posing-posing. Pakej! Heheheheh.


Pilihan makanan kat sini memang pelbagai. Antara yang agak popular adalah pek nga gulai ikan dan pulut ikan masin. Boleh dikatakan kedua-dua menu ni memang sajian ruji bagi masyarakat setempat. 



Nyiru Klasik Ikan Bakar


Korang penah makan belangkas tak? Kalau tak, korang boleh mencuba hidangan belangkas di Nyiru Klasik Ikan Bakar. Kakak pestime cuba selama 34 tahun hidup ni okay! Rasa dia? Entahlah tak tau macam mana nak digambarkan. Orang kata, belangkas ni bukan boleh salah cara siang dan masak dia. Kalau  tak kena gaya boleh memudaratkan. Tapi kat sini, hidangan belangkas yang disediakan memang segar dan terbaik!


Selain belangkas, korang boleh menikmati pelbagai hidangan laut dan ikan bakar mengikut citarasa korang. Kat sini memang selalu fullhouse. Kalau nak datang seeloknya korang booking sesiap untuk mengelakkan menunggu lama.




Ana Burger

Kalau dah jemu makan masakan melayu, korang boleh ke Ana Burger. Kat sini pelbagai sajian makanan barat ada. Yang paling menarik dessert dia macam-macam, sampai tak tau nak pilih yang mana.


Suasana kat sini pun meriah, sambil makan korang akan dihiburkan dengan persembahan busker. Kalau nak sumbangkan satu dua lagu tu memang dialu-alukan. Sedap tak sedap belakang cite janji enjoy! Hahahhah. Asalkan takde yang tercekik dengar suara kita jadilah kan?



Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Perlis yang boleh korang lawati. rasanya macam 3 hari 2 malam ni tak berapa nak sempat untuk eksplore semua. Lepas ni nampak gayanya kena datang Perlis lagi la cita dia! So tunggu apa lagi? Mai Pakat Mai Perlis!

Dalam masa-masa pandemik yang masih berleluasa ni, korang kena pastikan korang travel dalam kondisi kesihatan yang baik dan mengikut SOP yang ditetapkan okay! Pastikan korang sentiasa memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan. Elakkan bersalaman dan amalkan penjarakan sosial di setiap kawasan yang kita lawati. Haaaaa, kemain pesanan penaja kakak kau! Macam iklan TV! Hahahahhaha.

Okaylah korang, jumpa lagi lain kali. Bye!

email signature

Ahad, 3 Januari 2021

Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop. Padanan Sempurna Ayam dan Mentega!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Cuba korang bayangkan ayam yang digoreng rangup dipadankan dengan mentega yang digrill sempurna. Aduhaiii! Terliur kakak bila membayangkan Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop. Padanan ni bagaikan merpati dua sejoli, terasa bagaikan dah jumpa jodoh okay!


Hidangan istimewa akhir tahun Grilled Butter Chicken ni dikembalikan atas permintaan ramai, tapi ianya hanya akan berada dalam menu TCRS sehingga 17 Januari 2021 ni sahaja. Kalau korang nak menikmati sendiri keenakkan padanan sempurna ayam dan mentega ni, korang boleh serbu TCRS yang terdekat dengan korang. 


Kakak dah cuba sendiri Grilled Butter Chicken, ayamnya rangup dan mentega atas ayam tu memang terasa lemaknya. Masuk je dalam mulut terus mencair! Perghhhhh, masa menaip ni pun terasa kecur liur. Rasa macam kejap lagi nak kena pegi TCRS. 


Selain ayam dan mentega, Grilled Butter Chicken dilengkapi dengan cili dan daun kari untuk menambahkan aroma dan rasa. Walaupun ada cili, taklah pedas rasa mentega yang berlemak tu masih boleh dirasa. Ayam pulak diperap sempurna, setiap suapan terasa kelembutan ayamnya tau! 


Menurut Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd, June Song, Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang digemari bukan hanya kerana rasanya tapi kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Mentega bukan hanya sekadar ramuan. Ia merupakan elemen yang menjanjikan kegembiraan dan kepuasan citarasa. Memang Grilled Butter Chicken akan membuatkan rakyat Malaysia jatuh cinta berkali-kali. 

Sesuai dengan slogan TCRS “Chicken Rice… and More“ mereka akan sentiasa berusaha memenuhi citarasa pelanggan dengan hidangan istimewa seperti hidangan akhir tahun ni. 

Korang tunggu apa lagi? Tak lama je lagi menu ni akan berada di TCRS, rugi kalau korang tak cuba. 



Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau sebarang promosi di TCRS, layari : 



email signature