Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 2 November 2019

50,000 Sarapan Pagi dengan Susu Dutch Lady dan Sereal Kellogg's

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sarapan pagi memang bagus untuk semua orang sebab tu kita tak digalakkan untuk skip breakfast. Selain baik untuk kesihatan, sarapan pagi buatkan permulaan hari kita lebih segar dan bertenaga.



Baru ni AJ sempat ke LRT Ampang Park sebab Dutch Lady ada buat pengagihan 50,000 sarapan pagi untuk pengguna LRT. Bukan sikit jumlah yang diagihkan tu. So AJ pun tak nak la lepaskan peluang, memandangkan 31 Oktober lepas merupakan hari terakhir pengagihan!


Rupanya, program pengagihan sarapan pagi susu Dutch Lady dan Sereal Kellogg's ni dah dimulakan dari 21 Oktober 2019 di beberapa buah stesen LRT sekitar Kuala Lumpur.

Dan yang paling menarik semasa hari terakhir pengagihan, Encik Tarang Gupta, Managing Director Dutch Lady Milk Industries dan Encik Anoop Abraham, Managing Director of Kellog's South East Asia turut sama turun padang. Sempoi!


Kalau sebut bab sarapan kan, AJ sebenarnya selalu skip sarapan jugak. Kadang tu, nak cepat pegi event ke ape, terus gerak je tanpa sarapan apa-apa. Tapi dengan adanya pek mini macam yang diagihkan oleh pihak Dutch Lady ni, on the go je boleh sarapan.

Menurut Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, "sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah memberikan tenaga kepada tubuh badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya lebih cergas dalam menjalankan aktiviti seharian".

Sarapan pagi juga membekalkan 20 sehingga 50 daripada nutrisi harian kita, tapi kenalah amik sarapan yang berkhasiat seperti meminum susu okay. Bukannya bedal 2 keping roti telur tambah nasi lemak! Hehehehee.



AJ sarankan kita amik susu Dutch Lady sebab setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2.

So apa lagi? Amalkan pengambilan sarapan pagi dengan susu Dutch Lady dan juga sereal Kellogg's tau! Rasa teruja pulak bila dapat jadi antara 50,000 orang yang dapat sarapan pagi percuma sepanjang 10 hari tu.

P/s : Jangan skip sarapan tau!


email signature

Thursday, 31 October 2019

Butterfly Coachella Party 2019 X The Butterfly Project Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bulan lepas AJ join Butterfly Coachella Party 2019 dengan Butterfly Project Malaysia di Hearty Party Sdn Bhd, Setia Alam. Yup, memang agak jauh, tapi AJ teruja nak join sebab it's Coachella Party! My very first Coachella. Hihihihi.


Jam 4 petang AJ dah grab share ngan Kak Miera & Azwar. Ni pun, last minute baru AJ plan nak gerak sekali tau. Dalam 45 minit kami sampai ke perkarangan Hearty Party Sdn Bhd. Okay, kat sini tempat yang sangat sesuai kalau korang ada plan nak anjurkan parti ataupun apa-apa event. Bangunan 4 tingkat ni, sangat luas, selesa dan ada rooftop jugak! Selain tu, korang boleh buat painting party okay.

Hearty Party Sdn Bhd
Facebook : https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/heartypartymalaysia/

Masuk je kat dalam tu, kami disambut mesra dengan usherer dan tak lain tak bukan, our mamasan Tammy Lim! Tapi kali ni, tak sempat pulak nak selfie dengan Mamasan kite tu. Huhuhuhuhu.

Sebelum teruskan dengan aktiviti, kitorang sempat bergambar dekat photobooth dari Tagbooth! Banyak prop menarik yang Tagbooth sediakan, lepas tu printed photo pun berkualiti dan menarik. Nampak tak semua orang tak sabar tunggu turn nak amik gambar kat photobooth.


Tagbooth Photobooth
Website : http://tagbooth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/tagbooth/
Instagram : https://www.instagram.com/tag.booth/

Lepas dah puas bergambar kat Tagbooth, kami ke tingkat 1. Kat sini macam-macam booth ada. Best gile tau, semua Butterfly kene ke setiap booth yang ada untuk bergambar dan kumpul souvenir masing-masing! Seronok tengok aksi kawan-kawan lain. Macam-macam gaya keluar.

Booth pertama yang AJ singgah, booth Althea Korea. Kat booth ni semua produk-produk keluaran Althea ada. Paling baru sekali A'bloom Brow Wow yang didatangkan dengan 3 warna pensel kening. Setiap orang berpeluang mencuba sendiri ketiga-tiga pensel kening tau dan paling best, dapat bawak balik sekotak produk Althea iaitu salah 1 Mask, Spot Film Gel, Petal Velvet Sunaway, Petal Velvet Powder limited edition, Spotlight Eye Glitter, Stay Fresh Body Sparkling Mist dan A'bloom Brow Wow!



Althea Korea
Website : https://my.althea.kr/
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Lepas tu AJ pegi booth Voir Gallery, perghh teringat zaman sekolah tau. Voir Malaysia ni bukan name asing pada AJ. Dari zaman sekolah, AJ selalu beli pakaian kat Voir. Harga pun berpatutan. Masa kat sini, Voir Malaysia pamerkan macam-macam jenis dan deaign terbaru koleksi beg tangan diorang. Sambil belek-belek tu, AJ sempat bergaya dengan beg-beg tangan tu. Surprisingly, kitorang tak balik dengan tangan kosong! Kami semua dapat pilih 1 daripada 6 design mini handbag yang ada. Yeayyy! Pilihan AJ, yang aummmm! (Leopard print).



Voir Gallery
Website : https://www.voirgallery.com/
Facebook : https://www.facebook.com/voirmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/voirmalaysia/

Kemudian AJ ke booth Signature Market, jenama ni memang terkenal dengan makanan dan barangan yang berasakan organik dan semulajadi. Kalau korang tengah berdiet, korang boleh dapatkan kekacang dari Signature Market. Sedap tau! Terdapat lebih 500 produk keluaran Signature Market ni tau.



Signature Market
Website : https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/
Facebook : https://www.facebook.com/signaturemarket/
Instagram : https://www.instagram.com/signaturemarket/


Bila dah berjalan dari booth ke booth, mestilah tekak pun dahaga. So kami bergerak pula ke booth Curmudgeon's Brew. Ini pestime AJ dengar pasal produk ni tau. Masa kat sini, AJ sempat rasa air peanut butter. Yes peanut butter! Selalu duk makan ngan roti je kan, kat Curmudgeon's Brew korang boleh rasa peanut butter coffee. Sedap gile. Selain tu, ada vanilla, latte, mocha, chocolate dan sebagainya.



Curmudgeon's Brew
Facebook : https://www.facebook.com/curmudgeonsbrew/
Instagram : https://www.instagram.com/curmudgeonsbrew/

Last sekali AJ ke booth Avantgarde Blooms. Perempuan dan bunga memang berpisah tiada. Kat sini korang boleh dapatkan pelbagai jenis bunga segar. AJ pilih bunga rose yang berwarna ala-ala pink purple. Cantik gile tau! Pastu wangi pulak tu. Korang boleh dapatkan bunga favourite korang setiap bulan dengan harga serendah RM 50. Nak tau lebih lanjut, boleh follow Avantgarde Blooms.



Avantgarde Blooms Flower
Website : https://www.avantgardeblooms.com/
Facebook : https://www.facebook.com/avantgardeblooms/
Instagram : https://www.instagram.com/avantgardeblooms/

Dah puas terjah semua booth, kami ke rooftop untuk makan malam dan tengok sunset. Sebelum tu, AJ hilangkan dahaga dengan Lerz Tea & Coffee Fruit Tea. AJ pilih Passion Fruit tea, rasa dia sangat refreshing dan sedap. Kalau korang tak suka yang masam sangat, boleh pilih perisa mangga. Masa kat Coachella Party ni, fruit tea disediakan fresh tau. Masa korang minta, baru disediakan. Aduhhh... Masa menulis entri ni pun kecur liur! Terbayang fruit tea sedap tu!



Lerz Tea & Coffee Fruit Tea
Facebook : https://www.facebook.com/lerzmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/lerzmalaysia/

Hidangan makan malam kami, disediakan oleh Jom Party. AJ paling suka potato salad dan lemongrass chicken dia. Ya ampun, bertambah-tambah AJ makan. Serious kalau korang ada nak cari katerer makanan untuk pelbagai majlis, korang boleh consider Jom Party ni, makanan tip top!



Jom Party
Facebook : https://www.facebook.com/Jompartylah/
Instagram : https://www.instagram.com/jomparty/

Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan beberapa buah lagu dari Sid Haizad Yusoff. Salah sorang Butterfly pun turut menyumbangkan sebuah lagu. Kitorang memang enjoy habis dengan persembahan dan semua aktiviti masa Butterfly Coachella Party 2019 ni.



Sid Haizad Yusoff
Facebook : https://www.facebook.com/sidhaizadyusoff/
Instagram : https://www.instagram.com/sidhaizadyusoff

Sebelum berakhirnya party, kitorang ada lagi 1 aktiviti Painting. AJ memang tak sabar nak tunggu aktiviti ni. Masa ni, kami boleh pilih nak lukis salah 1 dari 4 jenis buah. AJ pilih untuk lukis nanas. Kalau nak tau, AJ ni memang tak kreatif. Tapi dengan bantuan Yana, AJ boleh lukis nanas yang cantik! Pat pat myself! Hahahahaa. Tak sangka AJ kreatif gile. Kah!

Thank you Yana!

Abis je painting party, makanya tamatlah Butterfly Coachella Party 2019. I had so much fun! AJ harap, AJ dapat join lagi aktiviti dengan The Buttefly Project Malaysia pada masa depan. Tak penah tak best. Selain aktiviti, AJ banyak kenal dengan kawan-kawan baru. Seronok tau!

Oh ya, tak lengkap party tanpa Best-dressed awards kan? AJ tak expect pun AJ akan menang kali ni, sebabnya semuanya AJ prepare last minute. Nak pakai baju apa pun, hari sebelum tu baru AJ fikir. Tapi tu la, rezeki tak penah salah alamat kan? I won 1st prize for best-dressed! Yeayyy! Alhamdulillah, thank you The Butterfly Project Malaysia and of course Voir Malaysia for choosing me! Tak sabar nk gi shopping!



Last but not least, Some of the lovely butterfly that i met! I love you guys!



P/s : Looking forward for another parteeehhhh!

email signature