Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 21 April 2019

Buyong Houseboat dan Pesona Houseboat 2, Tasik Kenyir

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Entri penutup untuk Ekspresi Media Tasik Kenyir 2019 ni, AJ nak cerita pasal penginapan sepanjang berada kat Tasik Kenyir. Dah semestinya houseboat. Ni merupakan pengalaman pertama AJ menginap dalam houseboat. Sebelum ni dengar cerita orang je dan sejujurnya mindset AJ ni kata, tempat ni hanya untuk kaki pancing. Tapi bila dah bermalam sendiri kat houseboat tu, memang lain sangat. Kalau tak memancing pun boleh je stay.



Masa trip kami ni, 2 buah houseboat digunakan, Buyong Houseboat dan Pesona Houseboat  2digabungkan menjadi 1. Sepanjang trip korang boleh lompat-lompat je mana-mana houseboat. Yang AJ duduk Buyong Hpuseboat la. Kami punya houseboat ni special sikit, kire macam ala-ala VIP sikit. Ada bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi sendiri dan ada juga yang macam dorm.



Kedua-dua buah houseboat ni 2 tingkat dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, ruang tamu, dapur dan paling best dilengkapi dengan set karaoke. Sebab tu AJ kata, kalau bukan kaki pancing pun boleh stay kat sini. AJ sepanjang 2 malam memang melalak je kejenya! Hahahahaha.

So jom AJ bawak korang teroka Buyong houseboat ni.









Amacam? Best tak?

Kalau korang nak merasa sendiri pengalaman bermalam di houseboat, korang  boleh hubungi : 

Buyong Houseboat

Facebook : Buyong Houseboat
Telefon/Whatsapp : 013-9347439 (Cikgu Shabri)

Pesona Houseboat 2

Telefon / Whatsapp : 016-9868344, 019-9857144, 013-9214144 & 019-5611984

Banyak pakej yang ditawarkan oleh kedua-dua houseboat ni, kalau korang ada plan nak buat family day ke, company event ke, minta je quotation dari mereka melalui contact kat atas ni okay.

P/s : Insyaallah1 hari AJ nak plan bermalam lagi kat houseboat dengan kawan-kawan AJ pulak.



Friday, 19 April 2019

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari keempat Ekspresi Media Kenyir 2019, merupakan hari terakhir eksplorasi kami kat bumi Terengganu. Sambil sarapan, houseboat bergerak menuju ke jeti Pengkalan Gawi untuk ke destinasi seterusnya. Terima kasih orang-orang Kenyir yang sambut baik kedatangan kitorang  kat sana. Tasik Kenyir memang best!


Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Terletak tak jauh dari jeti Pengkalan Gawi dalam 5 minit je dah sampai. KECV yang berkeluasan 260 hektar ni terdapat 18 ekor gajah yang mesra dengan manusia. Kalau korang teringin nak bermanja dengan gajah, sini je la yang patut korang tuju! Dibina pada tahun 2012 dengan sebahagian besar kawasan ni mengikut habitat asal gajah dan dibuka pada 9 Mei 2014. KECV berkerjasama dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dalam usaha konservasi gajah.



Apa yang menarik di KECV?

Yang bestnya kat sini gajah-gajah yang ada bukanlah gajah liar yang sengaja ditangkap untuk dijadikan produk industri pelancongan. Tapi gajah yang sesat, nak gajah yang kemtian ibu dan mengganggu kebun ataupun orang. Kat sini tiada aktiviti menunggang gajah sama sekali! Tu yang AJ rasa seronok. Gajah-gajah ini dimiliki oleh pihak perhilitan dan diuruskan oleh pihak KECV. Dilatih oleh penjaga yang berpengalaman untuk mengendalikan gajah. Majoriti kakitangan yang berada di KECV merupakan anak-anak tempatan yang berasal dari kampung berhampiran dan telah diberi latihan dan kemahiran.

Sebelum kami meneruskan eksplorasi di KECV, kami diberi taklimat mengenai kawasan dan juga peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung. Seterusnya kami dibawa masuk ke kawasan konservasi. Nak kesana kami perlu berjalan melalui beberapa jambatan gantung. Dibawah jambatan gantung tu korang boleh tengok sendiri cara kehidupan gajah-gajah di habitat asal mereka.



Sampai je kat sana, kami disambut oleh 3 ekor anak gajah yang berusia 5 tahun. Comel sangat! Rasa nak bawak balik sekor je. Setiap gajah kat sini ada nama masing-masing yang AJ ingat Gawi dan Abby. Hihihi. Faham bahasa pulak tu bila dipanggil. Aktiviti pertama kami ialah memberikan gajah-gajah ni makan. Lepas je makan, bila penjaga suruh ucap terima kasih, laju je mereka angkat belalai sebagai tanda ucapan. Terhibur AJ tengok gelagat gajah ni.



Selepas itu, kami dibawa menonton persembahan gajah. Gajah kat sini memang dilatih untuk melakukan beberapa aksi antaranya menari, bermain bola dan sebagainya. Sebanyak 6 ekor gajah yang menghiburkan penonton. Di awal persembahan, ada cerita sedih pasal Gawi, ibunya telah mati diracun dan Gawi sendiri telah melakonkan kejadian cuba mengejutkan ibunya yang telah mati sebelum diselamatkan oleh KECV. Sedihnyaaaa!

Selain tu ada demo cara-cara gajah mengangkat kayu dan mencari makan. Tujuan persembahan-persembahan ini diadakan untuk memberikan ilmu dan pelajaran kepada pengunjung mengenai cara kehidupan gajah di dalam habitatnya sendiri.

Ada yang lagi best tau! AJ diberi peluang dicium gajah! Hahaha. Rasa macam kene sedut vacum pulak pipi ni. Pengalaman yang indah untuk diabadikan.

Kredit : Amazing Terengganu




Selesai persembahan, pengunjung dibawa ke sungai untuk aktiviti mandi bersama gajah. Aktiviti ni tak wajib pun, kalau korang sekadar nak tengok boleh je. Kalau nak join pun boleh jugak, tapi sediakan baju untuk tukarlah. Sebabnya memang confirm kene sembur air dengan gajah-gajah ni!



Berpeluang bermesra dengan gajah memang 1 pengalaman yang AJ tak dapat nak lupakan. Yelah kalau kat negara lain, AJ memang takkan masuk sebab penah nampak sendiri cara diorang kendalikan gajah tu. Apa yang  boleh AJ katakan sangat jauh beza dengan keadaan kat sini. Gajah kat KECV pun nampak happy je.



Harga tiket KECV :

Warganegara :
RM 5 (1 tahun ke 6 tahun)
RM 20 (7 tahun ke 12 tahun)
RM 40 (13 tahun keatas)

Bukan Warganegara :
RM 10 (1 tahun ke 6 tahun)
RM 50 (7 tahun ke 12 tahun)
RM 100 (13 tahun keatas)

**Bayi berusia 11 bulan kebawah masuk percuma

Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang
** Ditutup pada hari Jumaat jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang

Info lanjut :

Website : http://www.kecv.com.my/
Facebook : Kenyir Elephant Village KEV
Alamat : Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Nombor Telefon : 09-858 5588


Terdapat pelbagai fasiliti lain disediakan disini antaranya, surau, cafe, tandas awam dan kedai cenderamata untuk korang bawa pulang sebagai kenangan.

Tamatlah sudah FAM Trip AJ di sekitar Kuala Terengganu dan Tasik Kenyir. Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia, pihak Ketengah dan sema yang terlibat dalam program ni atas kesudian menjemput AJ untuk turut sama dalam program Ekspresi Media Kenyir 2019. Semoga berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Sebelum balik, kami singgah di Kuala Berang membeli keropok lekor. Tapi maaflah, tak sempat pulak AJ nak snap gambar. Hihihihihih. Ada lagi 1 entri AJ nak share tau nanti. Pasal houseboat yang AJ duduk tu.. Tunggu okay!

P/s : Bila nak repeat Kenyir lagi ni?