Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 16 May 2017

Shopping Shopee Raya!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Tak lama lagi Ramadhan bakal menjengah, lebih kurang seminggu lebih je lagi...
AJ macam biasalah, awal-awal dah plan untuk raya...
Nak pakai baju apa, warna ape semua dah siap draf dalam kepala.... AJ tak suka prepare semua last minute...
Dah lambat-lambat nanti, susah nak cari size sume... Lepas tu dah tak banyak design yang cantik-cantik....
Dengan nak meredah orang ramai lagi, memang tak kuasalah AJ...
Penat kot... So baik selesaikan semua awal-awal kan?

 Dalam masa beberapa hari ni keje AJ survey barang je.... Dari baju, kasut semua AJ la....
Pendek kata top to toe AJ survey... Mak Jemah kene nampak anggun dan bergaya di pagi Syawal konsepnya... Hihihihihi....
Medium shopping pilihan, semestinya secara online! Cepat dan mudah...
Selama arini AJ duk pulun beli barang online kat website yang AJ rasa harganya dah murah....
Tapi bila AJ bukak website shopee harga dia terlajak murah! Kakak ulang, terlajak murah okay!
Memang terus AJ shopping Shopee raya kat sini je la...


Al kisahnya, aritu AJ ade nampak iklan shopee ni, makanya "ter" download la pulak....
Lepas je AJ daftar akaun, terus terbuntang biji mata... Mau taknya harga yang ditawarkan ada yang serendah RM 1 je....
Nak mendaftar pun bukan susah sangat, korang cuma perlu masuk beberapa details je....
Kalau nak lagi cepat boleh daftar menggunakan email ataupun akaun facebook je tau...
Dah settle tu boleh terus cuci mata....



Raya tahun ni AJ plan nak pakai songket untuk raya kedua atau ketiga...
Baju raya pertama biasanya AJ tempah je...
Tapi bila duk tengok pilihan baju yang ada, AJ rase tak payah tempah pun takpe..
Nah korang tengok sendiri bila AJ duk type carian " songket "....
Banyak gila baju-baju kain songket dalam list, pilihan warna yang ada pun banyak...
Boleh pilih ikut bajet korang je...



Eh! Lupa pulak nak cakap sekarang ni Shopee ada buat promo untuk raya yang akan datang...
Promosi Cahaya Raya bersama Shopee bermula sekarang sampai 30 Jun korang boleh dapat diskaun sehingga 90%!
Sakan lagilah AJ nak duk shopping ni....
Sekarang ni siap-siap masuk dalam shopping cart dulu lah.....
Dapat gaji dengan pantas AJ bayar! Zaman sekarang kenelah jadi pengguna yang bijak kan?
Cari barang ataupun pakaian yang nampak class yang penting murah...
Kat mana lagi nak dapat tawaran camni, masa ni la korang kene pulun shopping Shopee raya...


Cahaya Raya bersama Shopee [KLIK]





Bersempena raya ni jugak, Shopee ada menganjurkan pertandingan shopping dan menang selama 45 hari dari 15 Mei sehingga 30 Jun...
Pelbagai hadiah menarik ditawarkan... Memang rugi kalau tak join tau..
Hadiah bernilai sehingga RM 25,000 tu....



Okaylah korang, kalau nak tau apa yang best dekat Shopee ni apa kata korang pegi je website shopee.com.my dia ataupun muat turun je aplikasi Shopee ...



AJ gerenti lepas install korang akan jadi rambang mata, tak tau nak buat pilihan...

Okaylah! AJ nak sambung cuci mata... Nak bagi pesanan penaja ni...
Jangan kata kakak tak payung! Payung kembang kakak bagi....
Banyak kategori yang nak kene belek ni...



Ramai dah marah AJ sekarang kan? Sebab Shopee ni memang BERHANTU!
Hahahhahahhahahah.....

P/s : Hampir 90% jugak persiapan raya AJ siap! 


Thursday, 4 May 2017

Wan Izhar Abu Bakar, Jurugambar Rasmi Photoshoot Raya KBBA9

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape follow AJ dekat Instagram dan Facebook?
Kalau belum mehlah follow @ayuejean dan Ayue-Jer Rejaluddin
 Okay-okay bukan nak promote IG dengan FB AJ sebenarnya 😬 kalau sape yang follow AJ tu mesti perasan seminggu dua yang lepas media sosial AJ banjir dengan gambar-gambar masa photoshoot raya aritu....
Tahun ni merupakan tahun kedua AJ join photoshoot raya ni tau dan bertempat di Muzium Kesenian Melayu UPM..
Kali ni dengan seorang jurugambar yang tak asing lagi iaitu Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar rasmi photoshoot raya KBBA9 tempoh hari...

 
Bagi sesiapa yang belum kenal dengan pemilik nama Wan Izhar Abu Bakar ni, beliau merupakan salah seorang jurugambar yang sangat berbakat...
Mempunyai pengalaman yang cukup banyak dalam industri dan penah memenangi anugerah kulit album terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014 untuk album Stacy...
Wan Izhar juga jurugambar yang amik gambar pre-wedding dan majlis perkahwinan Akim dengan Stacy dulu tau...
Hasil gambar dia memang superb! Tak caya pegi review balik gambar-gambar masa pre-wedding Akim Stacy tu... 😁

Berpeluang mendapat bidikan Wan Izhar merupakan 1 pengalaman berharga buat AJ... Yelah, bukan senang nak dapatkan sentuhan kreatif dari founder ODS Studio ni.. Bila ade peluang macam ni memang AJ takkan lepaskan la....
Masa photoshoot aritu, lebih kurang 40 orang ahli KBBA9 yang hadir.... Masing-masing dah amik mood raya awal dan tak sabar nak bergambar depan kamera Wan Izhar tau...
Tapi kan memang AJ salute dengan dia, walaupun ramai yang nak bergambar dia mampu berikan shot-shot terbaik untuk semua dibantu oleh 2 orang pembantu....
Senyuman memang tak lekang pada wajah walaupun berpanas dengan kami masa tu....


Pandangan peribadi AJ la kan, Wan Izhar ni memang komited dengan kerja... Seawal jam 9 pagi lagi dia dan pembantunya dah berada di Muzium UPM tu walaupun pagi tu cuaca agak sayup dan kami yang perempuan-perempuan ni ada lambat bermekap....
Sabar je dia tunggu, yang AJ perasan dia non-stop menembak kamera dari segala angle... Cuma berhenti makan dan solat sekejap je....
Lepas tu dia pun banyak bagi tunjuk ajar kepada blogger-blogger ni macam mana nak posing, nak pandang mana semua...
Seronok gile berkerjasama dengan Wan Izhar, walaupun korang tak fotogenik sekalipun korang takkan rasa kekok dengan dia....
AJ ni korang ingat fotogenik sangat ke> keras kejung je kalau bergambar weh...
Nasib baik Wan Izhar ni bagi arahan macam mana nak pose segala, kalau tak AJ lagi keras pada pokok! Hahahahahaha....



Sebelum habis photoshoot tu, AJ sempat tengok gambar-gambar raw hasil bidikan Wan Izhar sepanjang photoshoot tu, memang cantik-cantik...
AJ rasa tak payah nak buat editing sangat... Tak sabar nak tunggu hasilnya lepas editing semua...
Kalau korang nak tengok antara hasil kerja Wan Izhar Abu Bakar korang boleh follow :

Facebook :
 Wan Izhar

Instagram :
@wanizhar



Apapun AJ nak ucapkan terima kasih kepada Wan Izhar dan pembantu, Muzium Kesenian Melayu UPM dan juga penaja-penaja lain untuk Photoshoot Raya KBBA9...

P/s : Sesekali fefeeling model... 😂😂😂