Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 20 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri melekat sehingga Aidilfitri =D

"Tiba sudah lebaran dinanti,
Sesuci lebaran kini dirai,
Blog dikarang pengganti diri,
Tangan dihulur mohon dimaafi...."

Dengan ingatan tulus ikhlas,
http://ayuejean.blogspot.com




Di kesempatan ini, AJ nak menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada kata-kata AJ yang mengguris perasaan....
Andai ada ayat-ayat yang kurang sensitif, andai ada gurauan yang berlebihan dan sebagainya selama AJ berblogging ni.......
Mana yang terguris rasa, terasa hati, terdera jiwa tu AJ dengan rendah hati memohon sejuta kemaafan.....
Semoga Syawal kali ini memberikan lembaran baru kepada diri masing-masing........

Mana yang nak balik ke kampung, berhati-hati di jalanraya....
Ingatlah insan-insan yang menunggu kepulangan kalian........
Mana yang tak dapat cuti di Hari Lebaran ni, jangan bersedih, jangan berduka okay......
Dan.... Kalau makan tu, ingat sikit orang belakang tau.........
Jaga pemakanan okay... =D

P/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin....

Saturday, 18 August 2012

Dapat Juga........



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ baru balik dari Jalan TAR.....
Mak aihhhhhhhhh.... Padat sungguh dengan lautan manusia...
Naik letih kaki AJ meredah jalan yang macam ada sekumpulan semut tu....
Ini kali kedua AJ redah kat Jalan TAR tahun ni....
Kalau last year memang hari-harilah sebab AJ keje betul-betul kat tengah Jalan TAR tu..... =D
Hari ni mission AJ 1 je (konon)....
Nak carikan Baju Melayu untuk Abah dan En. Sayang....
Alhamdulillah.. Setelah membakar lemak berkilo-kilo la sangat tu...
AJ jumpa  juga baju mereka...
Tu pun setelah membuat lawatan rasmi dari satu gerai ke satu gerai...
Yelah ada warna, takde size.... Macam tu juga sebaliknya....
Terima kasih En. Sayang sebab redah lautan manusia tu dengan penuh kesabaran untuk temankan dan pimpin AJ sepanjang masa...
Sebab dia tau, AJ kalau dapat shopping memang dah tak nampak manusia lain dah..
Kang tak pasal excident or jatuh bedebuk....
Siap cakap, AJ bertuah sebab dia memang takde nak ikut perempuan shopping raya ni.... =P
Lepas tu AJ singgah kedai kasut...
Niatnya nak beli untuk diri sendiri, tapi size takde pulak....
Dah tu AJ belikan sepasang kasut untuk mak..
Untuk abah, AJ belikan baju melayu..
Untuk mak, kasut raya la.... Sebab baju raya mak dah ada.....

Balik tu AJ mengadu, tak sempat tukar duit...
Dapat duit lama je... Tu pun tak dapat banyak... =(
Puas AJ redah bank cari duit, tapi still tak dapat tukar...
(Siapa suruh last minit? " BOSS la ni!!! lambat sangat!" Okay salahkan Boss =P)
Serius AJ dah nak nangis siang tadi.... Sendu kejap tau.... =(
Last sekali tukar dengan kawan... Kebetulan dia owner kedai, adalah jugak....
Tapi AJ cakap dapat duit lama....
Sekali abah cakap "Mana duit tu? Meh sini...."
Rupanya abah dapat tukar duit baru siang tadi...
Cehhhh bukan nak bagitau.....
Dia tukarkan duit AJ tu..
Alhamdulillah... Dapat juga AJ bagi duit raya kat anak-anak buah dan cousin AJ yang masih di bangku sekolah untuk tahun ni....
Syukur Alhamdulillah...
Kalau tak, tak merasa korang duit raya dari AJ...


P/s : Duit Raya LIMITED ye korang....
Tu pun nasib baik dapat sikit....
So siapa datang awal, dia dapat...
=P