Blogger templates

Khamis, 6 Mei 2021

Raya Dalam PKP Kali Kedua, Pasrah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lama rasanya tak tulis entri yang santai-santai gini kan? Bukan apa, bila tak boleh rentas negeri semua jadi tepu tak tau nak sembang pasal apa. Hahahahha. Al-maklum, kakak kau ni bila dah tak boleh merentas sana sini, memang tak berapa rajin la nak merayap sangat sekarang ni, paling tak pun keluar pegi COD dengan pos tudung je la. Makanya tiadalah cerita.


2 hari lepas bila kerajaan umumkan kita kena Raya dalam PKP untuk kali yang kedua, kakak dah pasrah! Walaupun pengumuman tu kata Negeri Selangor je yang kena, tetap rasa tak best. Sebabnya bila tengok map, KL ni terkepung macam kepulauan je! Sekeliling semua kena PKP. Jadahnya, memang sama je la cerita dia.


Lepas tu masa kakak pegi berbuka, ada sorang kawan wartawan dari sekian-sekian (tak boleh expose!) cakap ada ura-ura KL pun nak diumumkan PKP esoknya tu.  Semalam memang betul diorang umumkan KL pulak PKP. Sumpah tak terkejut langsung! Tapi kakak agak kecewa la jugak bila kena PKP ni. Yelah masa awal-awal kes tengah naik, tak nak pulak umum PKP, bila dekat-dekat nak raya dan-dan tu kau nak PKP kan? Yelah, cuba memahami yang kerajaan tak nak rakyat ni berkumpul. Husnuzon abis! 😂


Kakak baru nak eksaited melaram baju raya baru, nampaknya melaram la kau depan pintu rumah je.  Hahahahah. Sadis tau! Tapi kan sebenarnya kakak lebih kesiankan peniaga kecil yang baru nak jana pendapatan sikit. Mungkin penghujung Ramadhan ni la masa diorang nak pulun sales bagai, tapi akhirnya umum PKP pulak. Tapi kan dah alang-alang PKP dan kes tengah naik, apesal tak umum je PKP seluruh negara macam sebelum ni ye? Ontahlah labu, tak koso den nak pikir 😅. Nampak, nampak? Ayat dengki suh PKP kan terus seluruh negara. Hahahaha.

Kakak harap mereka dan semua sektor yang terkesan tabah la, sempena 10 malam terakhir ni, jomlah sama-sama kita doakan wabak penyakit ni berkurangan dan kita boleh kembali hidup macam sebelum Covid-19 tapi mengikut norma baharu. Amin.

P/s : Dulu tengok orang pakai mask, kita usha pelik. Sekarang bila tengok orang tak pakai mask, kita tengok macam dia Alien pulak! Hahahahhahha. Lain betul rasa kan?



email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan