Blogger templates

Rabu, 27 Januari 2021

Plan Percutian ke Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni kita semua sedang berjuang melawan pandemik Covid-19 dengan menjalani PKP 2.0 sehingga 4 Februari 2021 ni kan? Agaknya lepas PKP ni, kita akan sambung lagi ke tidak? Kalau tak, mesti ramai yang dah merangka percutian ke mana-mana destinasi di dalam negara. Yelah, bila dah terlalu lama terkurung dalam rumah ramai yang dah mula rasa tertekan dan mula cari cara untuk menenangkan fikiran. Macam tu jugak kakak dan keluarga, Mak pun dah bagi hint “Lama tak bercuti di Cameron Highlands”.

Sebut pasal Cameron Highlands, terus kakak terbayang menghirup udara yang segar, pemandangan ladang teh yang menghijau dan petik buah strawberry. Selain tu, kakak paling suka bila dapat memborong bunga dan sayur-sayuran segar kat sana. Tak lupa juga cendawan goreng kat Pasar Malam Brinchang tu. Lama sangat kakak tak ke Cameron Highlands tau, last pegi bulan Julai 2018. Lama tu! 

Sementara tengah banyak masa ni kakak pun start cari Hotel untuk kami sekeluarga menginap masa nak bercuti kat sana nanti. Takdelah kelam-kabut nak fikir which Hotel in Cameron Highlands to stay. Time tu mesti banyak bilik dah fully booked, takkan nak tidur dalam khemah pulak kan? Hahahah. Yang kakak tau, bilik dah siap book, datang check-in lepas tu mula meneroka Cameron Highlands. Kan senang macam tu.


Dari hasil carian kakak, banyak sangat Hotel in Cameron Highlands yang menawarkan harga yang berpatutan tau. Sampai rambang mata tak tau nak pilih untuk stay kat mana. Tapi bila dah bawak Mak dengan Abah, kakak kena pastikan hotel tu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang bersesuaian dengan warga emas. Hotel kenalah dekat dengan kawasan tarikan dan selamat. Dalam musim pandemik ni, walaupun pegi bercuti kenalah patuhi SOP dan ikut norma baharu dalam setiap apa yang kita lakukan. Selain tu, mesti dekat dengan tempat makan! Ni paling utama tau, kalau boleh nak cari yang walking distance je. Boleh cuci-cuci mata sikit!

Antara tempat tarikan di Cameron Highlands

Cameron Valley Tea

Walaupun dah beberapa kali ke Cameron Highlands, kakak tak penah bosan tau. Sebabnya kat sini kakak rasa tenang je. Udara segar, pemandangan indah dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Destinasi pertama yang kakak nak terjah ialah Cameron Valley Tea menikmati teh panas dan sepotong kek strawberry sambil melihat kehijauan ladang teh yang saujana mata memandang. Terasa macam berada di luar negara. Destinasi percutian kat Malaysia ni tak kurang hebatnya kalau kita perasan tau, ada yang setanding luar negara.


BOH Tea Centre Sungei Palas


Kat sini korang kena drive naik atas bukit sikit, jalannya agak sempit dan perlu berhati-hati. Tapi bila dah sampai, kakak gerenti korang puas hati punya! Apa yang menariknya kat sini, korang boleh dapatkan produk-produk berasaskan teh dan serbuk teh pelbagai perisa dengan harga yang berpatutan. Terdapat kilang pemprosesan teh kat sini, tapi kakak kurang pasti sama ada kita boleh melawat atau tidak. Kalau nak tau, sini nak ootd memang cun! Kawasan dia luas, korang tak perlu nak bersesak untuk bergambar.

KEA Farm

Tak sah kalau ke Cameron Highlands tak beli sayur-sayuran dan buah-buahan segar kan? Kat KEA Farm korang boleh dapatkan macam-macam jenis sayur dan pelbagai jenis buah dengan harga yang agak murah. Kalau korang pandai tawar-menawar sikit buah strawberry mungkin boleh dapat dalam RM5 ke RM10 je sekotak bergantung pada size. Bolehlah beli lebih sikit bagi kat sedara-mara dan jiran tetangga sekali. Lepas tu, kalau nak beli jagung manis fresh pun ada. Jagung dia punyalah manis sampaikan kalau korang makan yang belum rebus pun boleh. Tapi seeloknya rebuslah dulu bila bawak balik rumah tu. Masa kat sana, korang beli je corn in cup dah siap rebus tu. Senang.

Kredit : Getty Images

Galeri 3D KEA Farm

Dah alang-alang ada kat sekitar KEA Farm, korang singgahlah dulu ke Galeri 3D Cameron Highlands ni. Mesti tak rugi, banyak mural-mural 3D menarik yang boleh korang abadikan dalam gambar dengan keluarga. Kalau ada anak-anak kecik tu, sesuai sangat. Mesti budak-budak tu seronok! Lagipun galeri 3D ni indoor, bolehlah panaskan badan sikit sementara amik gambar tu.


Dan yang paling kakak rindu Pasar Malam Brinchang!

Pasar Malam Brinchang ni selalunya dibuka hanya pada hujung minggu. Kat sini pelbagai jenis makanan dan cenderahati dari Cameron Highlands boleh didapati. Tapi masa musim pandemik ni kakak tak pasti pulak dibukak atau tidak. Tapi kalau buka, jangan lupa singgah tau!

Kredit : Google

Tak sabar rasanya nak menjelajah Cameron Highlands lepas habis PKP ni. Mesti banyak yang dah berubah dan banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam pada kita merangka percutian dan bercuti kat sana sini tu, pastikan kita sentiasa mematuhi SOP tau! Jangan lupa pakai pelitup muka jika berada di tempat awam dan sentiasa mencuci tangan serta menggunakan hand sanitiser. Jom ke Cameron Highlands!


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

8 ulasan:

  1. Lamanya tak cuti cuti Malaysia. Rindu nak jengjalan. Pas habis PKP nak pi Cameron jugak laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti pegi, bagitau orang balik tau apa yang terbaru kat sini. Hehehehe...

      Padam
  2. Tak pernah pergi Galeri 3D Kea Farm tu

    BalasPadam
  3. Nanti laa pah bih covid ni ingatnya nak jugak ke Cameron. Lama benor tak jalan2 kat Cameron. Ingat2 last egi 2008 rasanya hehehe ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kak, orang pun last 2018 jugak. Hehehehehe.
      Jom ramai-ramai pegi CH!

      Padam
  4. Lama sungguh tak ke CH. Rasa last 2018 jugak. Itu lah..nak kemana-mana SOP kena jaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramainya last pegi 2018 kan? Yelah 2019 tak dan kemana sangat sebab pandemik dah start.
      Ni dah ada SOP semua bolehlah kita start travel balik, janji kita patuhi SOP semua.

      Padam