Blogger templates

Khamis, 26 November 2020

Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 



Zakat bukan lagi perkara asing bagi Umat Islam. Setiap pada kita diwajibkan membayar zakat yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu zakat fitrah yang biasa kita dengar, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat pelaburan, zakat KWSP dan zakat emas.

Kakak sendiri pun kurang arif mengenai zakat, tapi bila dengar pasal Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor barulah kakak faham serba sedikit mengenai zakat saham dan pelaburan. Meh kakak kongsikan sedikit info mengenai zakat saham ni.

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.

Kriteria Saham

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut :

  • Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.
  • Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  • Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Dalil Zakat Saham

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

Pengiraan Zakat Saham

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.




1. Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

2. Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

Bagi yang kurang pasti berapa kiraan zakat yang perlu korang bayar boleh ke : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/




Syarat wajib Zakat Saham dan Pelaburan
  • Islam - diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna - mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu - saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab - Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul - Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal - Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.

Kempen Zakat Saham 2020, Lembaga Zakat Selangor


Sehubungan dengan itu pihak Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Kempen Zakat Saham 2020 bermula 15 September 2020 sehingga 30 November 2020. Yang menariknya mereka yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik berupa :

Hadiah Utama: Telefon Bimbit bernilai RM1,000 x 1
Hadiah Kedua: Tablet bernilai RM600 x 1
Hadiah Ketiga: Baucar AEON bernilai RM100 x 3
Hadiah Saguhati: Cenderahati daripada Lembaga Zakat Selangor x 5

Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja.
  • Wargakerja LZS tidak layak menyertai kempen ini.
  • Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta dengan jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
  • Tempoh kempen bermula 15 September hingga 30 November 2020.
  • Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan.

Cara pembayaran dan penyertaan juga sangat mudah, korang cuma perlu mengikuti langkah dibawah :



  • Bayaran secara online : https://fpx.zakatselangor.com.my/
  • 25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor
  • Semua Ejen Kutipan Lembaga Zakat Selangor

2. Selepas pembayaran zakat saham, imbas kod yang diberikan dalam gambar yang tertera.

3. Jawab soalan mudah dan lengkapkan borang maklumat diri.

Keputusan penganjur adalah muktamad dan hadiah mesti dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pegumuman.

Info lanjut :

Website: https://www.zakatselangor.com.my/kempenzakatsaham2020/

Tel : : 03-8314 2312 (Afzalika) 
03-8314 2222 (Lembaga Zakat Selangor)

Whatsapp : 011-2075 4557 (Afzalika)




Sekarang korang mesti dah faham mengenai zakat saham dan pelaburan kan? Jom korang, kita tunaikan kewajipan berzakat. Semoga harta yang kita perolehi lebih berkat dengan berzakat. InsyaAllah.

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Komen