Blogger templates

Click to Follow...

Isnin, 28 September 2020

Kita Ke Kampung 2.0 | Pengalaman Berkampung, Masakan Tradisi dan Port Bergambar di Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pada 11 September 2020 sehingga 14 September 2020 lepas, kakak join program Kita Ke Kampung 2.0. Program selama 4 hari 3 malam ni membuatkan kakak kau ni berkampung di Selangor. Lebih tepat di sekitar Sabak Bernam, Sekinchan dan Sungai Besar. Banyak aktiviti menarik yang kitorang buat sepanjang berada kat sini dan makanan pun sedap-sedap okay! Lauk kampung ni jarang la tak sedap.



Untuk entri kali ni, kakak nak cerita pasal makanan dan port-port amik gambar cun yang boleh korang singgah jika ke Selangor. Sepanjang program Kita Ke Kampung 2.0, kami semua tak sempat nak lapar. Ada je makanan sedap yang dihidangkan. Ada yang kakak penah makan dan ada juga yang baru merasa. Jujurnya, semua makanan tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.

DEMO MASAKAN TRADISI DAN KUIH MUIH TRADISIONAL DI KAMPUNG PARIT 2 @ DORANI HOMESTAY

Sambal Taun oleh Wak Yatim

Sambal Taun merupakan makanan bagi Orang Jawa. Kakak biasa dengar tapi tak penah tengok cara masak dan tak penah rasa lagi keenakan dia. Makanan ni dinamakan Sambal Taun kerana menurut Wak, ianya boleh disimpan dan bertahan selama setahun. Yelah, orang dulu mana nak ada peti sejuk. Tapi ada cara dia nak bagi tahan lama tau! Masa masak tu, korang jangan letak santan dulu. Bila nak makan baru letak santan kat lauk korang. So lauk yang tinggal tu boleh disimpan dan perlu dipanaskan setiap hari untuk tahan lama.


Antara bahan utama yang digunakan untuk memasak Sambal Taun ialah bawang merah, bawang putih, cili api, lengkuas, asam keping, udang kering, bahan perasa dan santan. Untuk isi Sambal Taun pulak, korang boleh guna kulit lembu, perut, kerang. Pendek kata, apa sahaja bahan makanan yang liat boleh digunakan sebab ianya boleh bertahan dan tak lebur dalam sambal. Masa demo ni, Wak Yatim gunakan kulit lembu. Ya ampunnnnnn, sedap gila!




Sambal Bilis Hijau dan Kuah Pecel Lele oleh Wak Yatim

Kali ni Wak Yatim nak buat demo 2 lagi masakan iaitu sambal bilis hijau dan kuah pecel lele. Wak Yatim ni memang terror masak, insecure kakak tau! Hehehehe. Sambal bilis hijau memang semua orang tau, masakan ni terkenal dikalangan masyarakat Jawa. Kalau korang pegi makan ayam penyet ke, mesti ada sambal hijau ni kan?



Bahan utama yang digunakan ialah bawang merah, bawang putih, halia, cili api merah dan hijau yang telah dikisar serta ikan bilis, asam keping, garam. Cara nak masak pulak, masukkan semua bahan dan kacau sehingga sambal kering. Kata orang, sambal hijau ni kena pedas baru umppph! Tapi sambal bilis hijau Wak Yatim ni memang pedas gila, tapi tak boleh benti makan pulak. Acano??? Hahahaha.



Untuk kuah pecel lele pulak, bahan yang digunakan ialah santan, cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan ubi cekur yang dikisar, udang kering,asam keping, garam dan daun cekur. Semua bahan ni dicampurkan dan dikacau supaya tak pecah minya. Agak-agak dah agak pekat, boleh tutup api. Nak padankan kuah pecel lelel ni, korang boleh salaikan ikan keli, ikan pari ataupun apa-apa je yang korang suka, lepas tu curahkan kuah. Perghhhh! Sebabkan kakak kau ni tak makan ikan, kakak makan kuah je, sedap yakmat!




Ketiwol oleh Mak Iti

Ketiwol ni merupakan salah 1 kuih yang terkenal suatu ketika dulu. Menurut Mak Iti dulu ramai hidup susah, mana ada makan nasi selalu. Jadinya, makanan yang berasaskan ubi kayu ni menjadi makanan ruji mereka. Untuk buat ketiwol ni, bahannya ialah ubi kayu yang dijemur selama lebih kurang 2-3 hari dan ditumbuk halus, kelapa, garam dan sedikit air. Selepas tu, serbuk ubi kayu digaulkan dengan air dan dikukus dalam 15 minit. Masa nak makan tu gaulkan ketiwol dengan kelapa dan garam.



Getok Ubi dan Lemper oleh Makcik Mis

Getok Ubi ni memang kita selalu jumpa, kalau korang makan mesti tau apa dia, tak salah kakak dipanggil bangkit ubi jugak. Kali ni kakak nak kongsikan dengan korang cara membuat 2 lagi kuih tradisional oleh Makcik Mis. Bahan utama ubi kayu rebus, kelapa dan garam. Cara buat dia pun mudah sangat campurkan kesemua bahan dan ketuk sampai lenyek lepas tu koramg boleh kepal-kepalkan dan terus makan ataupun nak goreng dulu pun boleh. Sebab tu la dipanggil getuk ubi, sebab nak buat tu kene ketuk-ketuk!


Selepas tu lemper, dia macam ala-ala nasi lemak or pulut je. Dimakan dengan sambal hijau, perghhh! Lemper ni memang simple, tapi rasa dia kayangan okay!




Pengalaman uli roti canai sendiri

Kalau korang rasa buat roti canai tu senang, korang SILAP! Kakak dah try sendiri okay, susah rupanya nak canai roti tu walaupun nampak senang. Masa sesi ni, galak masing-masing gelakkan orang lain. Bila buat sendiri, baru tau macam mana perasaan dia! Hahahahahhaha. Macam-macam bentuk roti canai jadi! Lawak!



PORT MAKAN DAN BERGAMBAR MENARIK

One-Stop Corn (Ladang Jagung)


Ladang jagung yang terletak di Parit 10, Kampung Pasir Panjang diusahakan oleh masyarakat setempat dan berkeluasan lebih kurang 100 hektar. Kalau korang lalu kat Sekinchan, Sabak Bernam tu boleh nampak ramai yang menjual jagung, selain tu hasil tanaman jagung ni juga dibekalkan ke sekitar Lembah Klang.




Jagung merupakan tanaman kontan dan boleh dituai selepas 60 ke 70 hari. Benih jagung disini jenis jagung manis biasanya diimport dari Taiwan, China ataupun Thailand. Masa lawatan kat sini, kami berpeluang merasa sendiri cekodok, lepat dan jagung rebus serta air jagung fresh dari ladang. Memang manis! 

Paling best, kami berpeluang memetik sendiri hasil tanaman jagung di One-Stop Corn! Dan yang buatkan lawatan ke ladang jagung ni lagi menarik bila korang boleh bergambar di dalam ladang jagung. Hasil gambar kat situ memang terbaik! Tapi kenalah hati-hati takut kena gigit haiwan atau serangga pulak dalam duk ralit bergambar tu! Hihihihih. Lepas tu pulak, ladang ni bersebelahan sawah padi, lagi sakan la!




Laman Tebu Aidil

Baru dibuka selepas PKP dan dah viral pun tau! Sebab tempatnya memang unik dikelilingi pokok tebu dan orkid. Disini juga unik kerana adanya "Mahaguru Bonzai" yang merupakan satu-satunya pakar tanaman bonzai di Sungai Besar. YB Puan Hajah Rodziah Ismail juga turut sama hadir untuk memberikan sumbangan dan melihat sendiri hasil pengukiran pokok bonzai yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit.




Makanan di Laman Tebu Aidil memang sedap, ada laksa, nasi lemak, ayam madu dan lontong kuah kacang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Air tebu pulak manis gila! Dah tak payah letak gula tambahan. Memang puas hati makan kat sini. Kalau korang ke sini, jangan lupa ootd. Sini port ootd memang cun okay!



Oh ya, Laman Tebu Aidil dibuka dari 2 petang sampai 7 malam, tapi baik datang awal sebab selalunya makanan memang abis cepat!

Lawatan ke Nandong Nata De Coco


Terletak di Sungai Besar  merupakan salah sebuah kilang yang mengeluarkan produk Nata De Coco dengan pelbagai jenis perisa seperti Laici, Mangga, Epal, Strawberry dan sebagainya. Kalau korang nak cari produk Nata De Coco untuk pelbagai majlis boleh ke Sungai Besar je. Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan. Sedikit info, kilang Nandong Nata De Coco mula beroperasi pada tahun 1998 dan diusahakan oleh Encik Masduki Bin Mohfot. Selain tu juga, korang boleh dapatkan virgin coconut oil okay!




Pasar Jerami Ban Kenal

Dah alang-alang berada di Sungai Besar, jangan lupa singgah bergambar di monumen Sungai Besar okay. 



Sepanjang 4 hari ni, kami menginap di A+ Boutique Hotel yang terletak di Sekinchan. Alhamdulillah, hotel ni selesa dan bersih walaupun taklah besar mana. Dilengkapi dengan kemudahan air panas, cerek elektrik dan peti sejuk.



Tunggu entri seterusnya okay! Banyak aktiviti menarik lagi yang kakak nak kongsikan dengan korang tau.

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Komen