Blogger templates

Isnin, 20 Julai 2020

Vivo Memperkenalkan Siri X50 Terbaru di Pasaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

16 Julai 2020 yang lepas Vivo Malaysia telah memperkenalkan peranti Siri X50 terbaharu di pasaran. Terdapat 2 siri X50 yang dilancarkan iaitu X50 dan X50 Pro yang menampilkan teknologi kamera yang bakal menjadi revolusi dalam fotografi mudah alih.



AJ tak nafikan, teknologi kamera Siri X ni memang canggih didatangkan dengan penstabilan gimbal, mod malam, ciri zoom dan teknologi potret. Kalau korang suka amik gambar dan video, Siri X50 ni memang pilihan yang bijak. Gambar memang cun dan rakaman video sangat-sangat stabil. Paling best, Siri X50 juga ada teknogi zoom suara di mana, kalau korang zoom kamera, suara korang pun akan dizoom untuk audio yang lebih jelas! Waaahhhhh! Best gile! Reka bentuk Siri X50 juga menggabungkan elemen semulajadi dan futuristik sesuai untuk semua golongan dan gaya hidup aktif pengguna.



Selaras dengan perkembangan 5G di Malaysia, pengguna dapat menikmati faedah 5G iaitu kelajuan, kependaman yang rendah dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas. Vivo Malaysia berharap dengan adanya Siri X50, pengguna boleh mendapatkan pengalaman mudah alih yang senang diakses dengan meningkatkan kreativiti dan produktiviti pengguna.

Jom AJ cerita lebih lanjut spesifikasi Vivo X50 pulak.

Siri X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Teknologi Gimbal yang merangkumi gimbal radar iaitu bola animasi pada skrin, algoritma motion-deblur vivo dan sensor khas yang membantu menstabilkan gambar dan video. Kalau nak rekod sebarang pergerakan takde masalah video gegar-gegar dah tau walaupun di waktu malam!

Kamera depan dilengkapi dengan 32MP dan empat kamera belakang yang merangumi 48MP utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP professional Potrait dan 8MP 5x Telescopic yag menyokong 60x Hyper Zoom. Siri X-50 juga memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode untuk imej yang lebih jelas pada waktu malm dengan fungsi 120 Super Wide Angle (108 setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro.


Siri X50 dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 756G dan kadar penyegaran skrin 90Hz. Teknologi HDR 10+ pula memberikan paparan yang lebih terang dan AG Matte Glass pula memberikan sentuhan halus dan lembut.


Siri X50 terbaharu ni didatangkan dengan 3 pilihan warna yang menarik iaitu Frost Blue, Glaze Black untuk X50 dan Alpha Grey untuk X50 Pro.



Mesti korang eksited nak tau harga Vivo Siri X50 ni kan? Kalau nak tau, korang kena tengok Live Streaming di Facebook Page Vivo Malaysia esok 21 Julai 2020.


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Komen