Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 18 July 2020

Rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio Bukit Jalil 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selasa lepas, AJ buat rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio, Bukit Jalil 2. Lama tak manjakan muka sejak bermula PKP bulan Mac lepas. Dengan SOP norma baru yang mewajibkan kita kerap memakai mask bila berada di luar rumah, lagilah buat kulit muka AJ naik bintik-bintik halus dan kusam!



Kebetulan JL Jorgeous tengah ada promosi, so AJ buat appointment untuk buat 2 rawatan tu. Nak kesana pun tak susah, korang cuma perlu waze JL Jorgeous. Landmark dia senang je, bersebelahan dengan pejabat LBS Bina Group Berhad. 

Sampai sana seperti biasa korang kena isi borang maklumat dan akan diberikan penerangan ringkas mengenai produk dan rawatan yang akan dilakukan. Untuk rawatan CC Glow dan CC Blush, mereka menggunakan produk yang didatangkan dari Korea. Produk ni dijamin selamat untuk kulit muka.


Selepas korang jelas mengenai produk barulah beautician mulakan rawatan. CC Glow dan CC Blush ni adalah rawatan menggunakan dermapen yang merupakan salah satu teknologi rawatan terkini dalam dunia kecantikan dengan menggunakan jarum mikro pada kulit yang membantu merangsang pembentukan kolagen dan tahap keanjalan kulit, membantu menyembuhkan jerawatan, mengurangkan kedutan dan parut pada kulit.

Ramai yang tanya AJ sakit tak? Sebenarnya rawatan dermapen ni tak menyakitkan kulit pun, korang cuma rasa macam kena gigit semut sikit je. Tu pun kat area kulit yang agak nipis macam kat bahagian dahi. Tapi overall korang sikit pun tak rasa pape tau!




Rawatan dimulakan dengan membersihkan wajah, sebab nak buat apa-apa rawatan kena pastikan kulit kita bersih dulu kan? JL Jorgeous menggunakan produk yang berkualiti dan lembut pada kulit supaya kulit kita lebih terpelihara. Selepas tu, mereka apply bubble peel untuk membuang sel-sel kulit mati. Serius bubble peel ni best gila, lepas 5 minit terasa buih-buih tu kat kulit buatkan kulit jadi lebih lembut. Selepas tu, ampoule diratakan pada kulit menggunakan dermapen agar ampoule lebih menyerap masuk ke dalam kulit dan memberikan kesan yang lebih maksimum.



Seterusnya rawatan CC Glow dan CC Blush dilakukan dengan cara yang sama seperti ampoule tadi. Kalau korang nak tau, CC Glow akan menjadikan kulit lebih cerah dan kulit akan nampak lebih bermaya. Ampoule untuk CC Glow biasanya akan disesuaikan mengikut warna kulit. Manakala CC Blush pula untuk menaikkan seri wajah dan membuatkan pipi lebih anjal.



Usai prosedur CC Glow dan CC Blush, kulit muka akan dimanjakan dengan Led Light Mask selama 15 minit bagi membantu merangsang pengeluaran kolagen dan juga mengatasi masalah bakteria yang menyebabkan jerawat.



Korang jangan salah faham, rawatan CC Glow dan CC Blush yang AJ buat ni bukan untuk mengantikan mekap, tapi ianya untuk enhance lagi kulit kita. Untuk 1 ke 2 hari selepas rawatan, kulit korang akan ada sedikit kemerah-merahan. Tapi jangan risau sebab kesan ni cuma sementara. Lepas tu, korang akan nampak kulit lebih berseri dan tak kusam! Yeayyy!



Nampak tak perbezaan kulit AJ sebelum dan selepas rawatan? Jangan tunggu lagi, jom buat rawatan CC Glow dan CC Blush di JL Jorgeous Beauty Studio di Bukit Jalil 2.

Info lanjut :

Alamat : JL Jorgeous Sdn Bhd, E-12-3 , Pusat Bandar Bukit Jalil ,Jalan Jalil Utama 2, 57000 Kuala Lumpur.

IG : https://instagram.com/jljorgeous

Selain daripada rawatan wajah, JL Jorgeous juga ada sediakan beberapa jenis rawatan lain seperti waxing, manicure & pedicure, makeup & hairdo dan sebagainya.



P/s : Memang best!

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a comment