Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 28 July 2020

6 Produk dari Earth Home Malaysia Untuk Kediaman

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Penah dengar tak pasal Earth Home Malaysia? Kalau nak tau Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan syarikat subsidiari milik Earth Corporation Jepun (EC) yang ditubuhkan sejak 128 tahun yang lalu iaitu peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga. Terbaru,  6 produk dari Earth Home Malaysia untuk kediaman telah diperkenalkan.



Menurut Nobuhito Hosaka, 6 produk yang diperkenalkan sebagai permulaan ni antara produk-produk terlaris di pasaran Jepun. Salah 1 dari produk tersebut merupakan produk terunggul iaitu penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.

Sekarang ni selain dari virus pandemik dan virus penyakit disebabkan oleh serangga seperti demam denggi membuatkan produk penjagaan rumah menjadi 1 keperluan. Jadi, produk-produk dari Earth Home Malaysia antara pilihan yang tepat untuk membantu persekitaran rumah jadi lebih selamat dan sihat untuk seisi sekeluarga.

Mesti korang dah tak sabar kan nak tau apa 6 produk Earth Home Malaysia tu kan?

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR 


Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.
Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90


2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR


Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.
Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90


3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach


Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60


4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 


100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90


5. Perangkap Tikus Bergam ARS


Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90


6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH


Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Menarik kan? Kediaman korang mesti kena ada produk ni okay!

Maklumat lanjut :


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a comment