Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 13 May 2020

Cermin Mata Raya dari Eye Pro Vision

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru ni duk menjahit lace kat baju, boleh pulak terduduk atas cermin mata. So cite dia kenalah buat cermin mata raya dari Eye Pro Vision. Fuhhh, nasib baik Eye Pro Vision dah bukak masa PKPB ni. Kalau nak tau, AJ memang suka buat cermin mata kat sini. Selain dari murah dan kanta yang berkualiti, AJ suka layanan mereka kat customer. Membantu sangat! So nak pilih cermin mata tak makan masa lama pun. Dah 2 kali AJ buat kat Eye Pro Vision tau! Lepas tu ramai gak kengkawan yang AJ suh buat kat situ gak. So far, diorang puas hati.


Sekarang dah hujung puasa, sempat ke nak buat cermin mata baru? Eh mestilah sempat! Kat Eye Pro Vision, cermin mata korang boleh disiapkan dalam masa 30 minit ke 1 jam je. Aritu pun, AJ pegi agak lewat, Alhamdulillah sempat je siap. Tapi macam biasa la, sebelum masuk korang kena isi kehadiran, check suhu, gunakan hand sanitizer dan wajib pakai mask. Eye Pro Vision jugak memastikan setiap pelanggan mematuhi jarak sosial dan cermin mata yang korang dah cuba akan diletakkan di dalam 1 kotak untuk di sanitize kemudian bagi menjamin keselamatan pelanggan. Design cermin mata pun banyak, tak payah nak risau bentuk yang korang nak takde.



Kenapa AJ suka buat spek kat Eye Pro Vision? Kan banyak lagi kedai lain kat Sungei Wang tu? Haaaa, AJ ni ada masalah silau. Nak pulak sepanjang PKP ni asyik menghadap henfon. Lepas terduduk atas spek aritu, bila ngadap henfon lama sikit mulalah sakit kepala. Kat Eye Pro Vision mereka menggunakan kanta Alpha Blue 420 iaitu lens anti-silau yang bagus kalau nak dibandingkan dengan lens multi-coat biasa. Lens ni memang tahan lasak tau, even kat spek AJ yang patah tu pun lens dia helok lagi. Tapi biasa lah, dah nak raya kan terus buat spek baru je! Hahahahaha.

Macam biasa, setiap kali nak buat cermin mata baru mesti kena check mata dulu. Silau tu okay ke, power naik ke.

Lens Alpha Blue 420 banyak kelebihan dia, setiap kali pegi William mesti akan demo lagi dan lagi. Dia akan suluh cahaya laser pada lens kita dan tadaaa! Memang tak silau. Lens ni jugak senang nak dibersihkan. Korang cuma perlu lapkan dengan kain optical yang ada dalam bekas cermin mata korang tu dan terus clear! Kadang tu lens multi-coat biasa kena lap berkali-kali jugak, kalau tak cermin tu ada kesan stain dan kabur. Kan? Dan yang ni paling penting, HARGA MAMPU MILIK!


So korang, apa tunggu lagi? Cepat ke Eye Pro Vision sekarang dan buat cermin mata raya. Walaupun kita raya dalam PKP,  takkan baju je kena cantik kan? Cermin mata pun harus cantik. AJ rasa ramai yang ada tragedi cermin mata patah atau rosak masa tak boleh kuar aritu sebab kedai tak bukak. Ni dah bukak dah oi! Jom jom jom!

So kalau nak ke Eye Pro Vision boleh ke :
Lot G 111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.

Ataupun boleh hubungi William : 016-377 1304.

Waktu operasi semasa PKPB ni pula dari pukul 11 pagi hingga 6 petang okay! Ingat tau, pegi Eye Pro Vision okay. Cari kedai macam kat gambar bawah ni.


P/s : Jadi raya nampaknya! Hehehehe



email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment