Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 9 December 2019

VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua, Uji Mental dan Fizikal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

16 dan 17 November 2019 yang lepas AJ menyertai VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua. Kalau nak tau kan, ni kali pertama AJ join mana-mana treasure hunt. Sebelum ni memang tak penah, melainkan kat sekolah. Hehehhehe. Pertama sekali terima kasih kepada Hotel Park Avenue, Sungai Petani kerana menyediakan penginapan kepada kami (bloggers) pada malam sebelum program.



Seawal jam 8 pagi, kami dah berkumpul di Muzium Arkeologi Lembah Bujang untuk sesi pendaftaran. VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan rakan penaja Cycle & Carriage, Mercedes-Benz dan juga Canon Malaysia.


Setiap 1 kumpulan dibahagikan kepada 4 orang termasuk pilot yang mengendalikan kenderaan rasmi daripada pelbagai model Mercedes-Benz, photographer dari Canon dan pengamal media. AJ dapat kumpulan 2 dan satu-satunya wakil perempuan dalam kumpulan tu. Hahahhaha.



VM2020 Photo Treasure Hunt, Kedah Tua ni sangat menguji mental dan fizikal AJ. Soalan yang diberikan untuk setiap kumpulan mencabar gila dan sangat "tricky". Ya ampun... Siapalah yang mengolah soalan ni? Sampai muntah-muntah AJ nak menjawabnya! Huhuhuhuhu.



Untuk soalan pertama kami perlu mencari jawapan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Kebanyakan soalan yang diajukan banyak berkaitan sejarah kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha di Asia Tenggara kurun ke-3 masehi hingga ke-12 masehi. Kat sini memakan masa yang agak lama untuk setiap kumpulan. Gila! Sape yang suka sejarah? Hahahahahahha.

Lepas dah hentam soalan kat muzium, kami bergerak ke check-point seterusnya di Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sebenarnya kumpulan AJ banyak terbazir masa atas jalan sebab kami terskip soalan check-point pertama awal tadi. Hahahhaha. Sampai ke jeti dah kami bergerak, 2-3 kali kene patah balik kat tempat sama. Hahahahhaha. Kat Sungai Batu pulak kami diberikan task untuk mengecat monumen Sungai Batu seterusnya diberikan klu untuk ke check-point seterusnya di Bakau Hijau.

Kat Bakau Hijau, kami diberikan tugasan menangkap ketam dan tiram, tak penah hayat AJ tangkap ketam weh! Ni pengalaman pertama. Kesimpulan dia kalau takde sifat sabar, tak payah la tangkap ketam. AJ ni punyalah tak sabar, kejap-kejap angkat sangkar tu, mana nak lekat ketamnya! Hahahahhaha. Lepas tangkap ketam, kami kena menangkap, membersihkan dan makan tiram "fresh" macam tu. Nasib baik AJ penah makan, so takdelah rasa tak boleh terima dan susah sangat task tu.



Petunjuk seterusnya membawa kami ke Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok. Kat sini soalannya banyak berkisar mengenai info dan juga pameran yang terdapat di sekitar kawasan ni. Kat sini pun soalannya agak mencabar. Nak dapatkan jawapan tu, kene betul-betul teliti dan kene bagi sepenuh perhatian. Dengarnya siap ada 1 team siap buat daftar nama tetamu kenduri kawen. Hihihihihi.



Usai kat Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok, kami ke Pekan Sungai Petani. Kat sini kami kene ke mercu tanda Sungai Petani dan mencari jawapan di kawasan "street art". Okay terus terang AJ cakap dalam banyak-banyak soalan, kat sini la yang paling menguji minda. Penyudahnya "Sports Toto" jugak yang femes! Hahahahah.



Lepas dah bertungkus lumus di sekitar pekan, kami ke Carnival Waterpark pulak untuk menyiapkan tugasan seterusnya dimana kami perlu bekerjasama dengan photographer masing-masing. Mengalahkan budak kecik dah semua peserta demi nak bagi pose yang terbaik! Akhir sekali kami ke Cinta Sayang Resort untuk tugasan penamat hari pertama. Kumpulan AJ antara 3 yang terpantas hantar jawapan. Hihihi.

Pada sebelah malam, kami menginap di Homestay Kampung Sungai Badak, Gurun. Setiap peserta akan tinggal dengan keluarga angkat di rumah mereka. Best tau keluarga angkat AJ, siap hidangkan kuih apom lagi. Walaupun hakikatnya, AJ ni anak angkat yang tertinggal. Sadis tau, nama takde dalam list. Nasib tak kene tidur kat dewan. Hahahhahhaa.


Untuk hari kedua pula, kami ada lagi 1 tugasan yang perlu diselesaikan di sekitar The Regency Jerai Hills Resort. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan "game" dan perlu mengutip mata yang tertinggi dalam setiap task! AJ paling suka tugasan kat sini, dia macam sukaneka tadika dan fun. Hahahhahaha.

Sebelum bersurai, majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan di dewan sambil menikmati hidangan makanan tengah hari. Hadiah yang ditawarkan bernilai RM1,600 untuk juara, RM1,200 untuk tempat kedua dan RM800 untuk pemenang tempat ketiga. Paling AJ tak sangka, kumpulan AJ menjadi juara! Alhamdulillah. Tak sesia AJ muntah belahak! Hihihihihhi. Tahniah juga kepada team AJ iaitu Khairi, Farhan kitorang nye pilot dan tak lupa photographer, Joe.


Apapun, terima kasih kepada Tourism Malaysia Wilayah Tengah untuk penganjuran program yang menguji mental dan fizikal setiap peserta. Tak lupa kepada Cycle & Carriage, Mercedes-Benz yang menaja kenderaan yang selesa sepanjang 2 hari program berlangsung dan juga para photographer dari Canon Malaysia untuk gambar yang gempak! Kalau ada program macam ni lagi, jangan lupa jemput AJ tau!

P/s : Best gila walaupun lepas program, semua pakat demam.... Hahahhahaha...

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment