Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 2 January 2020

ORGGA Malaysia Produk Natural dan Organik

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak dari bulan lepas, AJ dah gunakan produk ORGGA Malaysia dengan kolaborasi The Butterfly Project. Yang buat AJ tertarik dengan produk ni ialah ianya berasakan bahan natural dan organik.  Kat pasaran memang banyak produk tapi nak cari yang natural ni agak berkurangan.

Masa dapat produk ORGGA Malaysia, AJ teruja dengan packaging dia yang simple dan bertaraf antarabangsa. Didatangkan dengan beberapa set untuk pelbagai jenis kulit. AJ pilih OLIVA set untuk kulit matang dan kering. Yelah, selalu pegi aktiviti luar kan so kulit AJ memang cepat kering.

OLIVA set ni didatangkan dengan. :
  • French Rose 3 in 1 Cleansing Powder
  • Le Neroli Hydrating Face Mist
  • OLIVA Lux Beauty Oil
  • Rose Quartz Dual-Sided Face Roller


Sebelum AJ cerita mengenai setiap 1 produk tu, AJ nak share dengan korang kebaikan produk ORGGA Malaysia ni adalah 100% BEBAS dari bahan kimia yang berbahaya. ORGGA dari SLS, Paraben, Alkohol, Hydroquinone, Merkuri, Pengawet, Pewarna & Aroma Sintetik. Menggunakan bahan premium seperti Rose essential oil, Neroli essential oil, Prickly Pear oil, Squalane, Grapeseed, Ekstrak Raspberry, Goji Berry, Rosehip, Moringa Leaf dan banyak lagi. Rumusan yang terdapat dalam produk ORGGA mampu memberikan kesan pada kulit dalam masa 2 minggu sahaja.

ORGGA French Rose 3 in 1 Cleansing Powder




Pembersih muka ORGGA ni unik sangat tau. Pertama kali AJ cuba pembersih muka dalam bentuk serbuk. Tapi kalau korang suka mekap, pastikan korang cuci mekap dulu tau sebab ianya tak boleh menanggalkan mekap yang waterproof.  Selain membersihkan muka, ORRGA French Rose ceansing powder boleh bertindak sebagai scrub dan masker juga.

Tekstur ORRGA French Rose ni macam kelopak bunga yang dihancurkan, tak berbuih dan bau dia memang wangi. Bila sapu kat muka korang rasa lembut je. Sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit matang, normal dan kombinasi.



Kebaikan yang ORRGA French Rose 3 in 1 Cleansing Powder
  • Kaya dengan vitamin dan antioksidan.
  • Membersih, merawat dan menghidratkan kulit.
  • Menanggalkan sel kulit mati, bintik hitam (blackhead), bintik putih (whitehead) dan merawat jerawat.
  • Merawat tona dan tekstur kulit yang tidak sekata.
  • Mencerahkan kulit yang kusam.
  • Melambatkan penampilan kedut dan garis halus.
  • Melicinkan dan melembutkan kulit.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Untuk hasil makeup yang lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.
Bahan Utama : Rose · Rosehip · Roselle · Elderberry

Colloidal Oatmeal* · Moroccan Rhassoul Clay · French Pink Clay · Ground Almonds · Brown rice flour* · Coconut milk · Flaxseed meal* · Rose flowers · Hibiscus flowers · Lavender flowers · Chamomile flowers · Elderberry · Rosehip · Raspberry · Orange peel · Moringa leaf* · Goji berry · Grape seed

ORGGA Le Neroli Hydrating Face Mist




ORGGA Le Neroli Hydrating Face Mist bertindak sebagai penyegar dan pelembab kulit muka. Korang boeh gunakan sebelum dan selepas mekap untuk kulit yang tampak lebih segar. Selain tu korang akan rasa kulit lebih anjal dan tegang lepas sembur tu. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Kebaikan ORGGA Le Neroli Hydrating Face Mist
  • Menyegarkan dan menghidratkan kulit.
  • Menjadikan kulit lebih berseri secara semulajadi.
  • Menghidratkan kulit kering dan kulit kasar.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak.
  • Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik, dan anti-bakteria.
  • Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam.
  • Menjadikan hasil makeup yang tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.
Bahan Utama : Bergamot Essential Oil · Le Neroli Hydrosol · Aloe Vera Juice · Fruit extract

Neroli hydrosol · Aqua · Aloe Vera leaf juice · Acai berry extract · Strawberry extract · Radish Root Ferment Filtrate · Vegetable Glycerin · Caprylyl/Capryl Glucoside (Vegetable derived)

ORGGA OLIVA Luxe Beauty Oil



Penggunaan minyak dalam rutin penjagaan wajah bukan lagi sesuatu yang asing. Fungsi ORGGA OLIVA Luxe Beauty Oil sangat baik dalam melembabkan kulit dari dalam. Oliva bermaksud Zaitun di dalam bahasa Itali, dimana buah Zaitun telah digunakan secara meluas pada zaman dahulu oleh orang Mesir sebagai sumber penjagaan kecantikan. Oliva Luxe Beauty Oil dirumus khas bagi menghasilkan penjagaan yang efektif dan semulajadi untuk kulit kering, kulit matang, kulit yang dah mula menampakkan kesan penuaan dan kulit yang mempunyai kedutan  dan garis halus.

Tekstur ORGGA OLIVA Luxe Beauty Oil ni agak likat dan berwarna kuning, tapi jangan risau bila apply kat kulit muka, takkan menampakkan kesan warna kuning tu. Bau dia pun tak terlalu menyengat dan mudah meresap dalam kulit. 



Kebaikan ORGGA OLIVA Luxe Beauty Oil
  • Tidak berminyak dan melekit. Mudah meresap. Tidak menyumbat pori-pori wajah
  • Menlindungi kulit daripada pencemaran persekitaran.
  • Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru.
  • Kaya dengan anti-oksidan untuk menganjalkan kulit dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan tanda tanda penuaan.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit.
  • Merawat kulit secara intensif.
  • Boleh dijadikan makeup primer untuk hasil natural dan glowing.
  • Menjadikan kulit lebih berseri secara semulajadi.
Bahan Utama : Olive Squalane · Prickly Pear oil · Seaberry oil (sea buckhthorn) · Rasberry seed oil · Pomegranate seed oil

Meadowfoam oil · Olive Squalane · Kukuinut oil · Morrocan Argan oil* · Sweet Almond oil · Rosehip oil · Pomegranate seed oil · Raspberry seed oil · Prickly pear oil · Sea Buckthorn oil · Natural Vitamin E · Sunflower oil


ORGGA Rose Quartz Dual-Sided Face Roller




Langkah terakhir dalam penjagaan kulit ORGGA ialah menggunakan ORGGA Rose Quartz Dual-Sided Face Roller. Kalau nak tau setiap roller memiliki corak dan warna yang unik keranapembentukan semulajadi batu yang digunakan. Macam Rose Quartz ni diperbuat dari Batu Kuarza merah jambu yang dikenali sebagai batu cinta kerana keupayaannya menghasilkan getaran cinta, kegembiraan, kelembutan, penyembuhan, penjagaan diri, dan sifatnya yang anti-radang.


Menurut orang Mesir, Dewi Isis menggunakan batu Rose Quartz dari Sungai Nil sebagai batu urut wajah untuk mencegah kedutan dan menjaga kulitnya.Mereka percaya bahawa batu kuarza datang dengan ciri-ciri anti-penuaan yang luar biasa yang menyembuhkan dan meremajakan kulit, lengkap dengan mineral seperti besi, natrium, silika, magnesium, natrium, dan oksigen. Semua elemen ini membolehkan pembaharuan kulit dan memperbaiki kulit yang kusam.

Kebaikan ORGGA Rose Quartz Dual-Sided Face Roller
  • Merangsang pengeluaran kolagen.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan.
  • Membantu mengecilkan liang pori.
  • Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin.
  • Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah.
  • Detox: Menggalakkan saliran limfa & meningkatkan peredaran darah.
  • Membersihkan toksin dari kulit & mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan pembengkakan & kedutan di sekeliling mata.
  • Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu & rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin.
  • Membantu penyerapan minyak pada kulit.
  • Mencerahkan kulit dan memberikan seri semulajadi pada wajah anda.
So amacam? Bagi AJ ORGGA Malaysia ni antara produk terbaik yang AJ penah cuba. Terima kasih kepda ORGGA Malaysia dan juga The Butterfly Project Malaysia yang mempelkenalkan produk natural dan organik ni kat AJ.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai ORGGA Malaysia boleh layari info dibawah :

Website : www.orgga.my

Sekarang ni kan, ORGGA Malaysia tengah ada promosi. Ni la masa yang sesuai untuk korang dapatkan produk-produk ORGGA!

#ORGGA #YESORGGA #Butterflymsia

email signature




"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a comment