Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 7 November 2019

Menarik di Daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Baru-baru ni AJ menjejakkan kaki sekali lagi ke Negeri Terengganu. Untuk trip kali ni, AJ pegi kat kawasan luar dari Bandar Kuala Terengganu. Kalau KT tu memang dah biasa sangat kan? Kali ni AJ nak bawak korang ke tempat menarik di daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu.

Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kalau dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa dalam 6 jam. Yang paling AJ suka pasal Terengganu, semestinya pantai dia yang cantik dengan air laut biru hijau tu. AJ selalu ke Pulau Kapas, memang best! Okay tapi kali ni tak nak cerita pasal pantai. AJ ada tempat yang  lagi menarik nak share dengan korang.

Masjid Lapan Kubah @ Masjid Russia / Moscow


Tempat pertama yang kami singgah adalah Masjid Lapan Kubah ataupun dikenali sebagai Masjid Russia / Moscow yang terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh. Masjid ini telah dibina pada 7 tahun yang lepas dan diilhamkan dari senibina St. Basil Cathedral. Idea pembinaan ini datangnya dari Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Apa yang menarik, masjid ini dibina menggunakan 100 peratus tenaga tempatan dan dananya dari penduduk tempatan juga! Masjid yang menelan belanja hampir RM4juta ni boleh menampung sehingga 500 jemaah dalam satu-satu masa.



Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh



Lata Kolam Air Deru Ecopark terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut Terengganu. bagi penggemar aktiviti lasak ataupun yang suka berkhemah, kat sini memang sesuai untuk korang. Masa kunjungan AJ kesini kami semua bermalam di dalam khemah yang boleh memuatkan 6 orang dalam 1 masa. Seronok tau! Dah lama AJ tak berkhemah. Selain tu, kalau korang tak minat nak berkhemah terdapat beberapa jenis penginapan lain seperti chalet gelung ataupun dorm.



Di Lata Kolam Air Deru Ecopark terdapat kawasan perkelahan yang terbahagi kepada 3 kawasan iaitu :

Pengkalan Raja yang dikenali sebagai Lata Kolam kerana airnya yang kehijauan. AJ sempat terjun kat sini tau, air dia sejuk dan segar sangat. Tapi kat sini agak dalam, bagi mereka yang tak tau berenang macam AJ ni, disarankan pakai jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak ecopark.


Pengkalan Dua bersesuaian untuk mereka yang nak santai-santai dan berkelah sambil menikmati kehijauan alam semulajadi. Kat sini agak berbatu, kalau nak berenang kene berhati-hati okay!

Pengkalan Suri yang berdekatan dengan kawasan perkhemahan AJ memang selalu menjadi pilihan semua orang la, dekat dan juga sesuai untuk semua peringkat umur. AJ tak sempat nak berenang kat sini, sebabnya awal pagi tak gigih oi! Air dia sejuk ya amat! Hahahahahaha.



Antara aktiviti sempat kami buat disini ialah Dodge Archery. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Permainan ni ala-ala memanah je. Tapi panahnya getah yang berbentuk bulat kat depan. Misi dia korang kene panah ahli pasukan lawan ataupun jatuhkan 3 pin di tempat lawan untuk menang. Kumpulan AJ dapat no 2 tapi AJ ni macam takde function je. Hahahhaa. Rupanya bukan senang nak memanah!



Selain tu banyak lagi aktiviti lain  yang boleh korang buat seperti :

  • Walking Ball
  • ATV Ride
  • Mountain Bike
  • White Water Rafting
  • Boating
  • Jungle Trekking dan Night Walk
  • Flying Fox dan Abseiling
  • Survival Program
  • River Crossing
  • Obstacle Course, War Game dan Sukaneka



Banyak juga pakej menarik yang ditawarkan sekiranya korang nak buat aktiviti kat sini tau. Ada pakej pelajar, pakej perkhemahan, pakej outdoor dan sebagainya. Kalau nak tau info lebih lanjut boleh tengok info kat bawah :

Email : bigscope_etravel@yahoo.com
Facebook : https://facebook.com/AirDeruEcopark/
Instagram : https://www.instagram.com/latakolam_ecopark/
Nomber telefon :

Kaswadi : +6013.9276998

Syahrin : +6013.9178633
Dyana : +6019.6931662

Zaini : +60173903649


La Hot Spring

Terletak tak jauh dari Lata Kolam Air Deru, hanya 5 minit perjalanan dah sampai. Kat sini korang boleh menikmati kehangatan air panas semulajadi. Tempat ni merupakan salah satu kawasan tumpuan umum. Masa AJ singgah sini, boleh tahan ramai orang. Air dia memang betul-betul panas, AJ yang celup-celup kaki sikit pun dah tak tahan. Ada yang sampai berpeluh-peluh la. Hahahahha.



Bayaran masuk yang dikenakan kepada para pengunjung adalah RM2 je. Dibuka 24 jam kepada semua orang. Kalau korang nak menginap kat sini pun boleh. Ada beberapa jenis chalet dan juga dorm disediakan dengan harga dari RM80++.


Besut Cruise

Seterusnya kami dibawa menaiki Besut Cruise menyusuri Sungai Besut Terengganu yang terletak di Kampung Nail. Ini merupakan pertama kali AJ kesini. Untuk menaiki Besut Cruise, korang dikenakan bayaran RM150 untuk 1 bot yang boleh memuatkan sehingga maksimum 12 orang. Kiranya sorang dalam RM12.90 je. masa dalam bot tu kami dihidangkan dengan air kepala, sata dan otak-otak. Tapi sajian makanan ni hanya dihidangkan atas permintaan dengan harga tambahan RM20 kalau tak salah AJ la.



Masa pelayaran pula 1 jam. Sepanjang pelayaran korang akan diberikan pelbagai info mengenai tempat-tempat disekitar laluan pelayaran. Bagus tau idea Besut Cruise ni, selain boleh meningkatkan ekonomi, ianya juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Peladang Setiu Agro Resort



Kali kedua AJ menjejakkan kaki kat sini. Tempat ni sesuai untuk mereka yang nakbuat team building ataupun nak bersantai dengan keluarga. Terdapat beberapa buah chalet disini dan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam untuk dewasa dan kanak-kanak.


Selain tu, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak boleh mencuba flying fox, aktiviti water confident ataupun berkayak. Untuk trip kali ni, AJ sempat buat aktviti flyong fox je. Sobs sobs! Tapi enjoy gile okay! Pada sebelah malam pula, kami buat aktiviti night walk di Hutan Simpan Gunung Tebu. masa aktiviti ni, kami berjalan selama hampir 45 minit didalam hutan sambil diperkenalkan dengan pelbagai jenis tumbuhan dan juga haiwan. Yelah, kebanyakan haiwan di hutan aktif pada waktu malam. Dari segi keselamatan pula, korang tak perlu risau sebab beberapa orang nature guide akan mengikuti setiap peserta. Masa dalam ni AJ sempat jumpa dengan spesis katak, labah-labah dan dapat lihat kesan cakaran beruang pada pangkal pokok.



Info :

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu Terengganu,
Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240
Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro Resort

Melawat Sangkar Ikan dan Laguna Setiu / Setiu Wetland



Seterusnya kami dibawa ke jeti melalui Setiu Boardwalk untuk melawat sangkar ikan dan beraktiviti di Laguna Setiu / Setiu Wetland. AJ belum penah lagi melawat sangkar ikan dan ini merupakan pengalaman pertama AJ. Kat sini korang akan didedahkan dengan cara-cara pengusaha mengendalikan sangkar ikan. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di sangkar ikan ni, antaranya kerapu hybrid dan siakap. Kami juga diberi peluang memberikan ikan-ikan ni makan dengan melemparkan kepala ikan di dalam sangkar. Teruja gila bila nampak ikan-ikan ni makan!



Seterusnya kami ke Laguna Setiu untuk mencuba pengalaman mencari lokan dan kupang. Untuk aktiviti ni, korang boleh mengambil pakej dari Peladang Setiu Agro Resort ataupun Ping Anchorage Travel & Tours. Korang boleh pilih untuk menggunakan jalan darat ataupun menyewa bot dengan harga RM400 ke RM600 untuk 1 bot. Selalunya, kalau pegi dengan group lagi best naik bot, barulah feel ala-ala nelayan. Kat Laguna Setiu tu, kami diajar oleh Pok Nik cara-cara nak cari lokan. Bukan senang tau nak cari kalau korang tak mahir. AJ sendiri pun, nak jumpa 1 lokan pun makan masa. Menurut Pok Nik, kalau dah mahir, tak perlu guna alatan pun dah tau lokan tu duk kat mana.


Kitorang ni punyalah seronok sampai abang bot panggil suruh naik darat la, sebab air akan surut pada sebelah petang. Kami juga sempat dijamu dengan hasil tangkapan kami hari tu. Rasa dia sedcap sangat, fresh dan manis!

Rumah Botol


Rumah Botol 1 nama yang tak asing lagi di Kampung Mangkuk, Setiu. Dimiliki oleh Ayah Ali yang berusia 75 tahun. Difahamkan Ayah Ali, dia telah mengutip sehingga 7000 botol di sepanjang Pantai Kampung Penarik dan Kampung Mangkuk. Ini merupakan hobi yang unik sekaligus membantu membersihkan kawaan pantai. Pada mulanya hobi Ayah Ali ini dianggap pelik dan gila oleh penduduk sekitar. Tapi selepas isterinya mencadangkan Ayah Ali membuat sebuah rumah untuk menyimpan botol-botol hasil kutipannya, rumah itu menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara. Malahan ada dikalangan pengunjung yang memberikan botol-botol untuk tambahan koleksi Ayah Ali.


Teruja AJ belek setiap 1 botol yang ada disini. Ada juga yang didalamnya terdapat nota dan banyak sangat botol-botol berbentuk unik yang AJ tak penah nampak. Sehingga hari ini Ayah Ali masih lagi mengumpul botol kaca untuk ditempatkan di dalam rumah botol. Untuk masuk ke sini takde bayaran dikenakan, tapi korang boleh bagi sumbangan ikhlas dalam tabung yang terdapat di rumah botol okay?

Terrapuri Heritage Village



Salah satu tempat yang memang AJ nak sangat pegi! Terrapuri Heritage Village terletak di Pantai Penarik. Yang menariknya disini ialah setiap 29 unit rumah ini berusia lebih dari 100 tahun! Bila masuk kat sini korang terasa macam berada di zaman kesultanan Melayu Lama. Sangat klasik dan mewah. Kebanyakan rumah disini dibina dengan kayu cengal dan dipasak dengan kayu penaga. Sebab tu rumah-rumah ni mampu bertahan sehingga ratusan tahun.



Hiasan dalaman rumah-rumah ini juga melambangkan kemelayuan asli. Setiap 1 rumah dinamakan dengan beberapa buah daerah seperti Seberang Takir dan sebagainya. Kalau nak tau, rumah-rumah ini ada konsep masing-masing tau. Macam rumah AJ, berkonsepkan perkampungan nelayan. Ada juga yang hiasan dalamannya berkonsepkan wayang kulit. Memang sangat unik dan menarik!



So kalau korang nak cari penginapan yang mewah dan klasik, AJ sarankan korang tinggal di Terrapuri Heritage Village. Jangan lupa bawa sekali baju ala-ala Melayu Lama untuk photoshoot tau! barulah IN!

So tamatlah sudah edisi jelajah tempat menarik di daerah Jerteh, Besut dan Setiu, Terengganu.  Kalau korang nak rasai pengalaman lain dari yang lain, korang boleh cuba destinasi yang AJ pegi ni, mesti tak menyesal! Insyaallah, ada rezeki AJ akan jejakkan kaki lagi ke Terengganu. Best!


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment