Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 25 October 2019

Balik Pulau Nature Xploration : Ada Apa di Balik Pulau?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua Balik Pulau Nature Xploration, kami check-out seawal jam 8.30 pagi dari Hype Eco Resort dan breakfast. Lepas tu kami menaiki bot untuk melihat kawasan sekitar. Kali ni perjalanan agak jauh sikit, dalam 45 minit ke 1 jam dengan bot.


Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan paya bakau untuk aktiviti Mangrove Tour, kami diperkenalkan dengan pelbagai spesis burung dan hidupan laut oleh Nature Guide. Dalam perjalanan tu, kami sempat singgah dikawasan Irrawaddy Dolphin. Masa tu kitorang berpeluang tengok sendiri dolphin tu. Tapi spesis ni pemalu sikit. AJ nampak hujung-hujung je.


Sampai kat mangrove tour, kami dibawa menyelusuri kawasan sekitar paya bakau. Encik Ali cakap, disini aktiviti yang paling sesuai ialah birdwatching. Aktiviti ni sesuai dilakukan pada sebelah pagi dan sebelah petang. Sempat juga kami kenal dengan beberapa jenis spesis burung dan haiwan lain yang kami nampak masa tu.



Aktiviti mangrove tour dan naik bot tamat di Pejabat Taman Negara Pulau Pinang di Kuala Sungai Pinang ataupun pintu kedua. Korang boleh masuk ke Taman Negara melalui kedua-dua pintu masuk. Pintu 1 di Teluk Bahang dan Pintu 2 disini.


Kami teruskan perjalanan dengan menaiki van ke Pekan Balik Pulau untuk melihat mural yang terdapat kat sini. Antara mural yang paling femes kat sini, pakcik penjual roti tu. Ala, yang viral tu!


Dah puas pusing-pusing, kami ke Restoran Mak Ngah Gulai Warisan. Kat sini macam-macam jenis lauk kampung ada. Ayam goreng pun dihidangkan panas-panas. Alhamdulillah, kenyang perut kitorang. Terima kasih Mak Ngah Gulai Warisan.



Info :
Mak Ngah Gulai Warisan
Alamat : Jalan Sungai Nipah, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tel : 010-2194520

Usai solat Zohor, kitorang ke Penang ATV Eco Tour. Ni memang aktiviti yang AJ tunggu-tunggu. Sebabnya kami berpeluang meronda dengan ATV selama 1 jam dan 10km. Selalu sekejap je kan, kat sini sejam kau!



Route 10km tu kami pusing kat sawah padi, kolam ikan, ladang buah-buahan dan sayuran dan kawasan pantai. Memang best! Walaupun panas membahang, tapi pengalaman yang kami dapat tu lagi panas pada cuaca tau! Agitteeeew!

Tapi kan, masa pusing naik ATV tu ade 1 tragedi yang buat program ni jadi 1 kenangan manis. Salah sorang staff, terlanggar buah kelapa dan terjatuh dalam tali air dengan ATV. Terkejut semua orang masa tu, Alhamdulillah takde apa yang serius. Lepas tu pecah gelak semua. Hahahahha.


Bila dah abis je aktiviti ATV, maka berakhirlah program Balik Pulau Nature Xploration kali ni. Memang seronok sangat tau. Masa majlis penutup, kami semua dapat sijil penghargaan. Pestime AJ dapat sijil tau.



Info :
Penang ATV ECO Tour
Alamat : 298, Mukim 1, Kampung Perlis, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tel : 019-4621883


So sape kata area Balik Pulau tu takde apa-apa? Banyak je aktiviti yang boleh korang buat. Kalau lepas ni korang ke Penang, boleh cuba aktiviti Nature ni. Mesti akan jadi salah 1 pengalaman yang korang akan ingat sampai bila-bila.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ni. AJ harap, Tourism Malaysia Wilayah Utara tak serik jemput budak demam ni lagi.

Kalau korang nak baca entri hari pertama, KLIK SINI

P/s : Abis je kat Penang, AJ ke Terengganu pulak.

#tourismmalaysia #visitmalaysia2020 #vm2020 #BalikPulauNatureXploration #kbba9


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment