Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 24 September 2019

Ghost Museum, Magic Show dan Ice Cafe Penang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hujung minggu lepas AJ dan geng #KBBA9 ke Penang untuk eksplore beberapa tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Kalau ke Herritage Street semua tu dah biasa sangat kan? So kali ni, selain daripada makan-makan, kami ke beberapa buah tempat tarikan dalam bangunan.



Destinasi pertama, kitorang pegi Ghost Museum yang terletak di Lebuh Melayu. Ghost Museum Penang ni bukan rumah hantu tau. Kalau masuk kat sini korang takkan jumpa hantu yang berlegar-legar ke, ketuk-ketuk dinding ke, takde! Tapi lebih kepada sejarah dan kepercayaan masyarakat mengenai kewujudan hantu.



Banyak kisah mitos mengenai hantu yang dipaparkan kat sini bukan kepercayaan hantu masyarakat Melayu je, Cina dan juga dari negara luar macam mitos hantu Jepun pun ade. Lepas tu siap ade beberapa scene tambahan lagi. Menariknya kat sini korang pun boleh cuba costume hantu jugak! AJ sempatlah jadi mak bidan. so lepas ni sape nak khidmat duola boleh la panggil AJ! Hahahahhahaha.


Info : 
Ghost Museum Penang
Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM - 7PM
Tel : 04-261 2352

Lepas je habis eksplore Ghost Museum, kitorang ke Magic World yang terletak tak jauh dari situ di Lebuh Victoria. Jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai. Tu yang best pasal Penang ni, kebanyakkan tempat best korang boleh berjalan kaki je. Dah kalau namanya Magic World semestinya segala trick ada melalui Malayan Cultural Magic Show. Terdapat beberapa sesi persembahan magis kat sini tau! Pastikan korang check waktu show supaya tak terlepas.


Kat sini ada juga 2 layar VR untuk korang cuba, layan jugak. Tergelak-gelak kitorang cuba layar VR tu, mengalahkan budak-budak! Hahahahaha. Nak cuba senang je, korang kene download apps dia dan staff Magic World akan bagi arahan dan recordkan untuk korang. Nah tengok aksi melampau masing-masing!



Dah puas mencuba segala trick dalam Magic World, singgah pula ke Ice Cafe di dalam bangunan yang sama. Konsep kat sini ala-ala musim sejuk dan hipster. Makanan yang dihidangkan pun memang cukup buat sejukkan tekak. Dengan rambut putih AJ tu, memang terus fefeeling macam Ice Princess. Gittew! Harganya pun berbaloi dan sedap!


Info : 
Magic World & Ice Cafe
Alamat : 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM - 7PM (Magic World)
10AM - 10PM (Ice Cafe)
Tel : 04-263 3193

So kalau korang ke Pulau Pinang, wajib singgah ke Ghost Museum, Magic World dan Ice Cafe okay!



email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment