Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 5 August 2019

The Bridal Showcase 2019, The Regency Hotel Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

"Selamat Pengantin Baru... Selamat berbahagia.. Selamat ke anak cucu... Selamat sejahtera"

Haaaa, bila dengar lagu ni terbayang kan suasana dewan perkahwinan, pelamin indah dan jugak riuh rendah sanak-saudara dan sahabat handai ke majlis perkahwinan. Nak pulak dekat-dekat hujung tahun ni memang undangan ke majlis kahwin tak henti-henti. Bakal-bakal pengantin pun, AJ pasti yang korang mesti tengah sibuk buat persiapan kan sekarang ni? Survey dewan, butik pengantin, catering dan sebagainya.



So AJ nak bagitau korang mengenai The Bridal Showcase 2019 / Festival Kahwin 2019, yang akan diadakan di The Regency Hotel Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2019 sehingga 18 Ogos 2019. Festival perkahwinan selama 3 hari ni julung kali diadakan dan mempunyai seramai 70 vendor terdiri daripada butik pengantin, photografer dan videografer, khidmat catering dan sebagainya di bawah 1 bumbung. Senanglah bakal pengantin nak pilih perkhidmatan mana yang berkenan di hati.



Banyak aktiviti menarik bakal dianjurkan bersempena The Bridal Showcase 2019 ni tau, antaranya :

  • Promosi pakej perkahwinan
  • Promosi makanan dan catering
  • Cabutan bertuah
  • Pameran perkahwinan daripada 70 vendor terpilih
  • Pertunjukan fesyen
  • Tutorial mekap

Yang lebih menarik, The Bridal Showcase 2019 / Festival Kahwin 2019 ni bukan sahaja untuk majlis perkahwinan bagi bangsa Melayu, malahan terdapat vendor-vendor yang menyediakan pakej perkahwinan untuk bangsa lain seperti Cina dan India. Kat Malaysia kan ada pelbagai bangsa dan budaya. Jadi pihak The Regency Hotel Kuala Lumpur membuka peluang kepada semua pengusaha butik perkahwinan untuk mempromosikan produk mereka kepada bakal pengantin secara percuma melalui program “Tanggungjawab Khidmat Masyarakat” (CSR) dalam membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS).



Semasa sidang media yang diadakan pada hari 1 Ogos yang lepas, rakan strategik The Regency Hotel Kuala Lumpur dan beberapa vendor telah menandatangani dokumen persefahaman (MoU) sebagai asas jalinan persefahaman semasa dan selepas Festival ini diadakan.

So, bakal pengantin jangan lepaskan peluang untuk ke The Bridal Showcase 2019. AJ pasti korang mesti rambang mata nak pilih vendor terbaik untuk merealisasikan impian perkahwinan korang kan?

Untuk maklumat lanjut layari :
Alamat : 3, Jalan Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur.
Telefon : +603-2262 2000 , +603-2020 3000
Email : centralsales@theregencyhotel.my
Website : www.regencybridalshowcase.com



Sedikit pengenalan mengenai The Regency Hotel Kuala Lumpur.

The Hotel Regency Kuala Lumpur telah dirasmikan pembukaannya pada 10 Ogos 2009 oleh Yang Berhormat Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut dan sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri. Sepanjang tempuh hampir 10 tahun, The Regency Hotel Kuala Lumpur telah menggunakan tagline sebagai hotel “Heritage of the Urban City” atau “Warisan di Bandaraya”.

Dengan mengekalkan tagline yang sama The Regency Hotel Kuala Lumpur sedang berusaha pula kearah mencorakkannya sebagai “Hotel Budaya Nombor 1 Malaysia” (Malaysia’s No. 1 Cultural Hotel) menjelang TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 dan pengistiharaan KUALA LUMPUR sebagai WORLD BOOK CAPITAL 2020 oleh UNESCO

Selaras dengan ini The Hotel Regency Kuala Lumpur telah pun memulakannya dengan menjalankan program bercorak kebudayaan di hujung minggu dengan menyediakan tempat latihan tarian tradisional secara PERCUMA kepada persatuan dan kumpulan tarian. 

The Bridal Showcase 2019 juga merupakan sebahagian daripada usaha kearah membudayakan hotel ini. Selain itu, Hotel Regency juga berhasrat untuk mengadakan majlis makan malam pada hujung minggu untuk pelancong dan pengemar seni dimana, selain dari menghidangkan makanan tradisi Malaysia ianya akan disulami dengan persembahan kebudayaan semua kaum dan etnik negara ini. 

Seterusnya, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya akan diadakan agar ianya dapat menjadi tarikan pelancong seiring dengan pengistiharan oleh kerajaan baru-baru ini iaitu tahun 2020 sebagai TAHUN MELAWAT MALAYSIA

Tranformasi ini akan dilakukan secara teratur agar ianya dapat dirasai oleh masyarakat umum dan akan sampai ke kemuncaknya pada tahun 2020 apabila TAHUN MELAWAT MALAYSIA dimulakan. Pada masa itu hasrat Hotel Regency Kuala Lumpur agar ianya dikenali sebagai “Hotel Hub Budaya Malaysia” yang lengkap sebagai hotel rujukan pelancong didalam dan luar negara.serta mereka yang mencintai dan mengemari kebudayaan Malaysia 

The Bridal Showcase 2019 ni kiranya langkah pertama pihak The Regency Hotel Kuala Lumpur untuk memperkenalkan lagi budaya berbilang kaum dan bangsa di Malaysia ni.

So jangan lepaskan peluang tau. Nak majlis meletop ke idok?

P/s : AJ pun ada jugak survey-survey walaupun tak plan nak majlis kawen lagi. Senang bila kita dah amik contact mana-mana kan untuk rujukan masa depan. Gitulahhh...

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 comments:

  1. Tadi baru tertengok promo Hotel Regency ni kat IG. Comel dialog depa tu... Bakal pengantin harus singgah sini.

    ReplyDelete
  2. Nak p..nak p.... mana.tau dpt jumpa dan ketemu benda best kat sini nnt.

    ReplyDelete