Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 30 August 2019

Miniel Skinlab Stress Free Vacation Hydraque Gel Mask dan Hydraque Boost Serum

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bercuti memang seronok kan? Tapi balik dari bercuti, STRESS! Bukan stress sebab kene kembali kepada rutin asal, tapi stress sebab kulit mesti akan jadi kering, kusam dan paling menyakitkan jiwa, sunburn teruk! Nak pulak kalau bercuti kat pulau. Balik tu memang kulit jadi kemerahan dan menggelupas.

Baru ni, AJ cuba 2 jenis produk dari Miniel Skinlab iaitu Stress Free Vacation Hydraque Gel Mask dan Hydraque Boost Serum. Yup! It's all about hydrating! Korang pun tau kan kulit perlukan kelembapan yang cukup pada setiap masa, tak kira apa jua keadaan. So Miniel Skinlab mengeluarkan 2 produk ni untuk membantu korang menjadikan kulit lebih lembap, halus dan juga lebih glowing sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Menarik kan?


Terima kasih Miniel Skinlab dan The Butterfly Project Malaysia bagi AJ jadi antara yang terawal cuba 2 jenis produk ni. Best sangat! Sebelum AJ review, jom berkenalan dulu dengan 2 produk ni.

My First Impression

Packaging dia memang cantik. AJ suka sangat masa dapat produk ni tau! Membuatkan korang tak boleh nak cakap TIDAK untuk cuba. 

Thank you for the effort, I do really love it!

Packaging dia sangat comel dan mudah nak bawak travel. Tak perlu risau tertumpah ataupun bekas rosak masa dalam perjalanan sebab produk ni dalam botol kaca yang berkualiti.

Okay, tanpa buang masa meh AJ nak review pulak.




Miniel Skinlab Hydraque Gel Mask

Masker! Sape yang tak suka? Miniel Skinlab Hydraque Gel Mask didatangkan dalam bekas kaca 50ml. Miniel Skinlab turut menyediakan spatula untuk menjamin kebersihan produk. Yelah, kadang kita rasa tangan kita cukup bersih, tapi kita tak sedar yang kita dah agak mencemarkan produk kalau terus calit dengan jari. Kandungan utama yang terdapat dalam Miniel Skinlab Hydraque Gel Mask ialah :

  • Kudzu Extract (France) - Menenangkan kulit, memberikan kelembapan dan melembukan kulit, meredakan  kesan kemerahan dan kerengsaan kulit.
  • Watermelon Extract (United States) - Menghasilkan sel kulit baru, membersih dan mengeluarkan kulit mati dan melembapkan kulit. 
  • Apple Extract (United States) - Anti-oksidan dan anti-penuaan, membantu memperbaiki kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
  • Lentil Extract (United States) - Anti-oksidan, melembapkan kulit, memberikan kesan hidrasi yang baik dan mengurangkan garis-garis halus.
  • Sodium Hyaluronate (Korea) - menyegar dan melembutkan kulit, anti-penuaan dan mengurangkan garis-garis halus


Datang dalam bentuk gel yang mudah diratakan pada kulit wajah, masa sapu tu memang automatik kulit rasa sejuk dan segar. Gel dia jernih je, berwarna biru lembut. Sejuk mata memandang, sejuk lagi bila sapu kat muka.

Cara penggunaan :

Cara nak pakai pun mudah je, amik sekucupnya dengan spatula dan ratakan ke seluruh wajah. Lepas tu biarkan dalam 15 ke 20 minit dan cuci dengan bersih. AJ sarankan korang gunakan 2-3 kali seminggu. Paling bagus, lepas je korang terdedah kepada terik matahari yang berlebihan, guna la. Kesan dia memang terbaik!



Miniel Skinlab Hydraque Boost Serum

Antara serum yang berkesan pada kulit AJ. Didatangkan juga dalam bekas kaca 30ml. Bahan utama yang terdapat didalamnya ialah :

  • Yeast Extract (Switzerland) - Anti-oksidan, mengurangkan kemerahan pada kulit, menenangkan kulit, menghidrasi, menyegar dan melembapkan kulit.
  • Sodium Hyaluronate (Korea) - menyegar dan melembutkan kulit, anti-penuaan dan mengurangkan garis-garis halus
Tekstur serum ni sangat ringan pada kulit. Sama macam Hydraque Gel Mask, ianya juga rasa sejuk bila kita apply kat muka. Cecair jernih kebiruan ni mudah terserap dalam kulit dan tak melekit. AJ memang paling tak suka nak guna produk yang rasa berat pada muka.

Cara pengunaan :
Lepas cuci muka dan gunakan penyegar, pamkan setitik atau 2 titik serum mengikut keperluan kulit dan ratakan pada wajah. Nak lagi best, korang pat-pat sikit kat muka tu bagi peredaran darah helok! Hahahaha. Siap kasi tips!


Disebabkan ianya sesuai untuk kulit sensitif, kedua-dua produk ni takde bau yang menusuk hidung. Korang tau tak produk yang berbau terlalu wangi adakalanya ada bahan yang tak sesuai dengan kulit muka sensitif? So AJ memang yakini Miniel Skinlab Stress Free Vacation. Dan yang buatkan AJ lebih yakin ialah ianya disahkan HALAL!

Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan iaitu :
  • Miniel Skinlab Hydraque Gel Mask - RM67/50ml
  • Miniel Skinlab Hydraque Boost Serum - RM97/30ml
As for me, harga dia memang really worth the money untuk sebotol ni. Boleh tahan lama tau. Dah hampir sebulan AJ guna pun masih banyak lagi. Anggaran dalam 2-3 bulan boleh guna.




Sekarang AJ tak perlu rasa stress setiap kali balik bercuti dengan adanya Miniel Skinlab Stress Free Vacation Hydraque Gel Mask dan Hydraque Boost Serum. Kalau korang berminat nak cuba sendiri boleh layari :

Website : https://minielskinlab.com

Facebook : https://www.facebook.com/MinielSkinlab
Instagram : https://www.instagram.com/miniel.skinlab


#minielskinlab #stressfreevacation #butterflymsia

P/s : Suka sangat bila kulit rasa sejuk dan segar!


email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment