Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 1 June 2019

Menara Kayangan, Lahad Datu Sabah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dah baca entri AJ kat Kota Kinabalu kan? Sekarang AJ nak bawak orang ke Lahad Datu pulak. Kat sini kami dibawa ke Menara Kayangan. Apa yang menarik di Menara Kayangan?


Bagi penggemar aktiviti hiking ataupun pencinta alam sekitar, Menara Kayangan adalah salah satu tempat yang patut korang lawati sekiranya berada di Lahad Datu. Terletak 20km dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan lebih kurang 30 ke 40 minit perjalanan dengan menaiki van. Sampai je kat pintu gerbang kaki bukit ni, korang kene memandu lebih kurang 8km lagi untuk naik ke atas. Jalan dia agak sempit, so kena berhati-hati sikit la masa nak naik tu.

Sampai je kat atas tu korang boleh menikmati pemandangan indah dari puncak Gunung Silam yang berketinggian 880m dari paras laut. Menara Kayangan menghadap laut Teluk Marvel yang terbentang luas. Terpegun AJ dengan keindahan yang dapat AJ tengok dari Menara Kayangan. Terasa hilang lelah naik tangga lebih kurang 10 tingkat tu tau! Ye, nak naik atas Menara Kayangan ni korang kene memanjat anak tangga sikit. Tapi percayalah, berbaloi sangat kalau naik . Dapat menghirup udara segar dan rasa angin sejuk yang bertiup. Kalau mana yang suka bergambar memang bonus la untuk korang. memang cantik! Tapi jangan risau, kalau korang tak larat nak panjat tangga tu, kat sebelah bawah menara ada pelantar untuk korang lihat kawasan sekitar jugak.



Selain tu, korang juga boleh menikmati pemandangan alam sekitar dengan melalui trail yang terdapat disediakan untuk ke Gunung Silam. Pelbagai jenis tumbuhan korang boleh tengok tau. Dan paling pelik dan unik nya, korang boleh jumpa dengan KETAM! Ye ketam kengkawan. Hihihihih. pelik kan? Macam mana la ketam boleh duduk kat atas gunung ni.


Kalau korang nak lebih adventure, bolehlah meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Silam, terdapat 2 trail yang boleh korang lalui mengikut kemampuan korang. Masa pendakian lebih kurang 1 jam 45 minit ke 2 jam 35 minit. Tapi AJ pasti, korang mesti puas hati punya. Yelah, pemadangan cantik dengan udara yang nyaman, sape tak suka. Dah sampai puncak nanti mesti rasa berbaloi pendakian korang tu.

Lepas penat melawat kawasan sekitar Menara Kayangan, kami dibawa menjamu selera di Restoran Kayangan. Terasa lebih nikmat hidangan makan tengah hari tu dengan cuaca dan pemandangan macam ni tau! So kalau korang ke Lahad Datu, jangan lupa singgah ke Menara Kayangan tau!





Harga Tiket

Warganegara
Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00

Bukan Warganegara
Dewasa : RM 15.00
Kanak-kanak: RM 7.00

Waktu Operasi:
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang


Best sangat kat sini, rasa macam nak camping je atas tu. Seterusnya, AJ akan bawa korang sekitar Semporna dan Pulau Mabul! Excited tak?

P/s : Tenang!

email signature

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment