Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 19 May 2019

McDonald's Malaysia Menyantuni Anak-Anak Yatim

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dua minggu sudah Ramadhan berlalu, selalunya masa bulan Ramadhan ni la, masa kita untuk bersama keluarga tercinta, berkumpul dan berbuka puasa bersama-sama. Namun, ada antara kita yang kurang bernasib baik dan tak berpeluang merasa apa yang kita rasa. Bersempena Ramadhan yang diberkati ,McDonald's Malaysia telah menyantuni anak-anak yatim dengan menganjurkan Majlis Iftar McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju pada 16 Mei 2019.


Majlis Iftar ini juga telah dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau juga turut meluangkan masa menyampaikan sedikit tazkirah Ramadhan kepada semua para tetamu dan juga anak-anak yatim. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald's Malaysia.


Seramai 500 orang anak-anak yatim daripada beberapa buah rumah kebajikan telah dijemput sebagai tetamu khas yang diraikan seperti Rumah kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak, Rumah Titian Kaseh, Pusat Jagaan Kasih Murni, Baitul Hasanah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha, Rumah Penyayang Darul Ilmi, dan Baitul Ehsan. Setiap rumah kebajikan ini juga telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dari RHMC.



Seronok sangat bila tengok anak-anak yatim yang diraikan. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. AJ yang turut berpeluang turut serta ni rasa terharu melihat usaha yang McDonald's Malaysia  dan PPZ-MAIWP melalui majlis Iftar ni yang bertujuan mengeratkan ukhwah dan sebagai tanda keprihatinan mereka dengan meraikan Ramadhan bersama insan-insan yang kurang bernasib baik ni.



Menurut Encik Azhar Darbi, mereka sangat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak yatim dari rumah kebajikan yang dipilih dan berharap majlis ini dapat menyerikan lagi sambutan bulan Ramadhan. Menurut beliau lagi "Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberikan manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia"



AJ harap pada masa akan datang, program ini akan terus dijayakan. Semoga anak-anak yatim yang diraikan ni merasa nikmat Ramadhan yang barakah melalui program dan sumbangan dari RHMC. Tahniah kepada kedua-dua pihak yang bertanggungjawab dalam meraikan insan yang kurang bernasib baik. Semoga ukhwah yang terjalin antara McDonald's Malaysia dan PPZ-MAIWP akan berterusan menyebarkan kebaikan dan kegembiraan buat anak-anak ini. Aamiin.



"Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan"

#McDIndahnyaRamadan
#McDonaldsMalaysia



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment