Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 2 May 2019

Eat.Travel.Write 8 | Selera Anggerik D'Nanding, Hulu Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kalau sebut makanan Minang, mesti orang akan fikir pasal Negeri Sembilan je kan? Tapi sekarang ni warga Lembah Klang, tak payah nak drive sampai ke sana untuk menikmati masakan Minang Asli. Korang cuma perlu ke Selera Anggerik D'nanding yang terletak di Hulu Langat.



Restoran Selera Anggerik D'Nading, dimiliki oleh Encik. Ali. Restoran diwarisi dari bapanya yang memulakan operasi daripada tahun 2013. Hampir 7 tahun dah, dan masa program Eat.Travel.Write 8 ni barulah AJ tau pasal kewujudan restoran ni tau! Sebelum ni restoran Selera Anggerik D'Nanding beroperasi di depan sekolah Taman Desa Pelangi, tapi atas sebab adanya kerja-kerja penambahbaikan di kawasan tu, mereka telah berpindah di kawasan berhampiran di Batu 11 1/4, Sg. Serai, Hulu Langat.


Terdapat lebih kurang 30 menu yang sama disajikan kepada para pelanggan setiap hari. Kalau korang nak makan kat sini, AJ suggest untuk datang sekitar jam 11 pagi sehingga 2 petang. Tapi lagi awal, lagi baguslah. Bukan apa, kalau datang pukul 1-2 petang tu, lauk pauk tak banyak dah la. Antara makanan yang menjadi tarikan disini ialah :

Ikan pais

Ikan kembung yang diperap dengan herba dan rempah tradisional. Kemudiannya dibalut dengan daun pisang untuk menambah aroma keenakkan dan dikukus. AJ tak makan ikan, tapi kawan-kawan lain cakap rasa dia memang sedap, juicy dan isi ikan pun lembut.



Belut Goreng

Bila tengok rupa belut goreng ni, memanglah nampak pelik. Tapi kata orang "don't judge a book by it is cover", macam tu  jugaklah belut goreng ni. Rasa dia memang sedap. rangup dan kriuk-kriuk je bunyinya bila makan tu.



Jering dan Petai Berlado

Tak lengkap makanan Minang tanpa resepi berlado-berlado ni. Kat sini ada hidangan jering dan petai berlado. Rasa dia memang pedas tapi buatkan korang tak boleh berhenti makan. macam AJ sendiri bukanlah orang yang tahan makan pedas, tapi jering dan petai berlado ni, selambe je AJ makan!




Masak Lemak Minang Ayam Kampung

Ha, lagi 1 yang istimewa kat sini ialah masak lemak minang ayam kampung. Sedap gile! Tapi kalau korang tak gemarkan ayam kampung, ayam daging pun ada.



Daging DengDeng

Daging dengdeng yang diperap dengan resepi rahsia turun-temurun keluarga yang rangup diluar dan empuk didalam juga menjadi kegemaran pelanggan. AJ sendiri dah rasa dan tak nafikan memang sedap!


Banyak lagi lauk-pauk lain yang dihidangkan kat sini. Kalau AJ n ak cerita satu-satu sampai esok pun belum tentu habis. So kalau korang nak rasa sendiri apa kata pegi je ke Selera Anggerik D'Nanding, Hulu Langat. AJ gerenti korang berpuas hati.

Terima kasih Encik Ali dan keluarga yang mengalu-alukan kedatangan kami tempohari.









Alamat : Selera Anggerik D’Nanding
Batu 11 1/4, Sg. Serai, Hulu Langat, Selangor.


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment