Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 24 May 2019

Eat.Travel.Write 8 | Galeri Saudagar, Bangi Gateway

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kita sambung lagi dengan trip Eat.Travel.Write 8, Hulu Langat. Hari kedua, kami dibawa ke Galeri Saudagar milik Tok Siak Ar-Rembauwi yang terletak di Bangi Gateway. Apa yang menarik kat sini?


Galeri Saudagar ni menjual Khazanah Melayu, terutamanya keris. Serius la zaman moden ni ada lagi yang jual dan tahu pasal keris? Haaaa, kalau korang nak tau apa sahaja mengenai keris, korang boleh berjumpa sendiri Tok Siak. Banyak ilmu mengenai keris yang dikongsikan dengan kami semasa sesi ni.


AJ sendiri pun pertama kali pegang keris yang betul. Kalau setakat keris plastik pengantin tu penah la pegang. Yang ni keris betul okay! Masa kami kat sini, Tok Siak banyak menerangkan jenis keris dan perbezaan setiap bilah keris yang ada.


Kami ditunjukkan dengan keris Melayu dan Jawa. Selama ni, yang AJ tau, keris tu sama je semuanya. Asalkan ada hulu, ada bilah dengan sarungnya itulah keris. Tapi sebenarnya setiap satu keris ni ciri dia sangat berlainan. Bentuk mungkin nampak sama dan serupa tapi lainlah! AJ nak cerita lebih lanjut pun, AJ tak berapa mahir.


Yang AJ tau, keris Jawa pangkal bilahnya tenggelam habis bila dalam sarung, manakala keris Melayu pula bilahnya akan sedikit kelihatan bila didalam sarung. Tapi kan, bila tengok sendiri keris-keris kat sini, AJ paling tertarik dengan rekabentuk hulu keris. Tak tau kenapa tapi bagi AJ hulu keris tu sangat unik. Pada mata AJ, kalau hulu cantik, bentuk unik nampak gah sangat!


Setiap keris-keris ni ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Bukan semua orang boleh beli atau pinang keris-keris ni tau! Korang kene ada ilmu dan juga kebenaran untuk memiliki keris.  Selain daripada keris, terdapat beberapa lagi senjata dari zaman moyang kita yang ada kat situ. Nak tau lebih lanjut korang boleh ke Bazar Karat yang terletak di bahagian belakang bangi Gateway dan jumpa Tok Siak sendiri.

P/s : Khazanah dan pusaka Melayu makin dilupakan.. Sobs!



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. abah ada keris kecik satu...sejengkal panjangnya...tanya mana dapat macam mana dapat tak mau cite hhehee...rare tu kedai ni hehehe

    ReplyDelete