Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 4 April 2019

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Tasik Kenyir, Gua Bewah dan Air Terjun Lasir

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Gawi sejauh lebih kurang 62 KM atau 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Tasik Kenyir. Bila sebut Tasik Kenyir, AJ cuma fikir pasal lubuk kaki pancing sebab dari dulu kawan-kawan yang ke sana mesti bercerita pasal pengalaman memancing. Rupanya, AJ silap! Bila dah sampai sini barulah tau yang Tasik Kenyir ni bukan sekadar untuk kaki pancing. Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini.


Tasik Kenyir, merupakan tasik buatan seluas 38,000 hektar atau 260 KM persegi yang terletak di Hulu Terengganu yang menenggelamkan beberapa buah kampung semasa proses pembinaan. Tasik Kenyir dibina untuk menjana kuasa elektrik dan merupakan tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini merupakan sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, ianya bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan. Disini terdapat lebih kurang 340 pulau kecil. Air tasiknya pun hijau kebiruan je. Didalamnya terdapat pelbagai spesis ikan antaranya ikan toman dan dikatakan ada ikan naga juga.

Sampai je kat Pengkalan Gawi, 2 buah houseboat dah sedia menanti kedatangan team Ekspresi Media Kenyir 2019. Buyong milik Cikgu Shaari dan Pesona 2 milik Hj. Kamal. Kedua-dua houseboat dilengkapi dengan beberapa buah bilik lengkap termasuk bilik VIP, ruang tamu, bilik karaoke, dapur memasak dan tandas. Nanti AJ cerita pasal houseboat ni dalam entri yang lain okay.


Lepas check-in dan minum pagi, kami bertolak ke Gua Bewah menaiki bot laju. Sepanjang berada di Tasik Kenyir, kami diiringi oleh En. Khairul Abu Bakar, seorang nature guide yang arif tentang selok-belok di Tasik Kenyir. Beliau juga telah dinobatkan sebagai "The Best Tourist Guide Nature". Haaa, kalau korang ada plan nak buat aktiviti kat tasik Kenyir, AJ sarankan korang dapatkan khidmat nature guide. Mereka ni memang terror dah pasal Tasik Kenyir, tanye je la pape.


Lebih kurang 45 minit, kami tiba di tapak perkhemahan Gua Bewah dimana terdapat satu-satunya pokok melunak sebesar 24 pemeluk orang dewasa. Tapi nak ke pokok melunak tu kene trekking sikit la, jangan risau laluan dia takdelah susah mana. Janji ada stamina sikit la! Hihihihihi. Sepanjang perjalanan kami telah menemui beberapa jejak haiwan liar antaranya kesan geseran gajah pada dinding batu kapur, kesan gelincir tapir dan juga kesan tapak kaki anak harimau. Menurut En. Khairul kesan-kesan tinggalan haiwan liar tu lebih kurang 2-3 hari dah.


Sampai kat pokok melunak, masing-masing tak lepaskan peluang amik gambar. Memang pokok ni sangat besar! Selesai ukur pokok melunak, kami turun lunch berdekatan jeti. Dah jalan jauh kan, perut pun dah start lapar kan? Menunya nasi putih, ulam, budu dan gulai tempoyak ikan patin. Best tak? Gambar bukti jangan ditanya, tak sempat buat pape, selamat dah dalam perut! Hihihihihi.


Seterusnya, kami dibawa ke Bukit Bewah berketinggian 578 meter dari aras laut tak jauh dari tapak perkhemahan. Bewah ni bermaksud kenduri-kendara merujuk kepada aktiviti penduduknya pada zaman dahulu. Diatas Bukit Bewah terletaknya Gua Bewah iaitu sebuah gua batu kapur yang mempunyai beberapa formasi batu berbentuk manusia dan pelbagai bentuk lagi. Kat sini juga ada replika "Bewah Man" yang berusia lebih kurang 16 ribu tahun, dijumpai pada 2009. Walaupun namanya Bewah Man, kajian menunjukkan ianya sebenarnya rangka seorang remaja perempuan. Sebab ape name dia Bewah Man? Senang je, nak bagi bunyinya sedap je! Bukan AJ pandai-pandai cakap, En. Khairul yang bagitau. Hahahaha.


Terdapat juga pelbagai jenis flora dan fauna seperti lumut hijau neon, labah-labah, semut dan paling kitorang tak jangka ketam! Pokok cili pun AJ jumpe kat luar gua tu. Kat Gua Bewah juga disediakan sebuah galeri yang mempamerkan kesan-kesan tinggalan dari zaman dahulu.


Habis eksplorasi di sekitar Gua Bewah, kami menaiki bot ke Air Terjun Lasir sebab houseboat kami berlabuh disini untuk malam pertama. Air Terjun Lasir ni antara 14 air terjun yang dibuka secara komersil di Tasik Kenyir. Ketinggian air terjun ni lebih kurang 500 meter. Kalau dah namanya air terjun, apa lagi aktiviti lepas tu kan selain mandi-manda? AJ dah nampak air, tak ingat ape bende dah.  Kat sini, pengunjung disarankan memakai jaket keselamatan sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Air dia pun agak dalam. Bagi orang yang tak tau berenang macam AJ, jaket keselamatan memang sangat-sangat membantu. Hahahahaha.


Pelbagai aktiviti yang boleh korang buat kat sini antaranya berkhemah. Disini juga disediakan kemudahan asas seperti tandas. Kalau yang minat fotografi pulak, view kat sini memang cantik. Nak plak ada jambatan gantung kat situ.

Sebelum maghrib, kami semua balik ke houseboat dan bersiap untuk makan malam dan aktiviti sembang santai pula. Makanan yang dihidangkan pada kami dimasak khas oleh chef houseboat.


Usai makan malam, sesi sembang santai bermula. Untuk sesi yang pertama ni, kami dengar perkongsian dari En. Khairul dan juga Kartunis Ujang. Banyak cerita yang dikongsikan mengenai Tasik Kenyir. Mereka berdua memang banyak menghabiskan masa di Tasik Kenyir.


Macam En. Khairul, tugas sebagai nature guide disini memang memerlukan beliau berada di  sekitar Tasik Kenyir hampir setiap masa. Kalau nak tau rangka Bewah Man juga antara hasil penemuan En. Khairul salah seorangnya. Malahan En. Khairul juga penah bermalam selama bebeapa minggu dalam Gua Bewah seorang diri bagi tujuan kajian. Bayangkan duduk dalam gua gelap sensorang. Kalau AJ? Takpe la, lupakan je. Hahahahahah.

Selain tu, En. Khairul juga penah menyelam disekitar pintu Gua Taat yang berada di dalam air. Penah juga dia terjumpa dengan ikan besar yang mulutnya hampir sama besar dengan kepala manusia. Banyak lagi pengalaman yang diceritakan oleh En. Khairul, kalau AJ ceritakan satu-satu kat sini mau tak abis entri AJ ni. Kalau korang nak tau, kenelah jumpe En. Khairul sendiri di Tasik Kenyir.



Bagi Kartunis Ujang pula, Tasik Kenyir ni dah macam jiwa beliau dengan aktiviti memancing selain daripada melukis. Hobi memancing Tok Jang ni telah berjaya mengumpulkan lebih 55 ribu orang pemancing di medium Facebook Lubuk.Net. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan bersama Tok jang antaranya Monsoon Casting Tournament dan sebagainya. Banyak info pasal memancing yang Tok Jang share. Kalau sesiapa yang kaki pancing yang nak tau mana lubuk pancing terbaik kat Tasik Kenyir tu bolehlah jumpa Tok Jang. Ataupun nak tau pasal aktiviti yang ada di Tasik Kenyir boleh follow Facebook Lubuk.Net. Kat sane semuanya ada.

Seronok sangat bila dengar pasal pengalaman orang kat Tasik Kenyir. Bende ni buat AJ tak sabar nak eksplore lebih banyak bende dan aktiviti kat sini. Nak tau apa aktiviti team Ekspresi Media Kenyir 2019 yang seterusnya? tunggu entri AJ yang lain okay!

Lepas habis je sesi sembang santai ni kan, kami yang start berkaraoke. Tapi yang ni tak payah la AJ share, kemurungan pulak korang nanti dengar "kemerduan" suara kami. Hahahahaaha.

Okaylah, jumpa kat entri yang seterusnya okay!

P/s : Rindu KENYIR!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment