Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 11 April 2019

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Santuari Kelah, Lubuk Kejor di Sungai Petang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ketiga Ekspresi Media Kenyir 2019, kami ke Santuari Kelah, Lubok Kejor di Sungai Petang yang terletak lebih kurang 21 KM dari Pengkalan Gawi. Tak lengkap tau trip korang ke Tasik Kenyir kalau tak singgah di Santuari Kelah yang dibangunkan dan diselia oleh Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah (Ketengah) dalam usaha pemuliharaan spesis ikan kelah yang semakin terancam.


Kenapa ikan kelah ni termasuk dalam kategori terancam? Kalau korang nak tau harga ikan kelah yang masih hidup boleh mencecah sehingga RM 1000 sekilogram. Kerana nilainya yang sangat tinggi, ianya menjadi rebutan setiap pemancing. Selain itu, ikan kelah yang digelar "Raja Sungai" ni menjadi kegemaran para pemancing kerana ikan kelah sangat lincah dan keseronokan "bertarung" dengan kelah sememangnya idaman mereka. Tangkapan secara tidak terkawal juga merupakan antara penyumbang kepada kepupusan ikan kelah ni.

Santuari Kelah, pusat perlindungan Ikan Kelah.

Santuari kelah di Tasik Kenyir mula dibangunkan pada Januari 2006 dan dibuka kepada orang awam pada 15 Oktober 2008 untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat habitat ikan kelah dan merasai pengalaman bermesra dengan ikan kelah tu sendiri. Kalau nak tau, ikan kelah kat sini memang jinak, korang boleh bagi makan dengan tangan je.


Sebelum dibenarkan ke Santuari Kelah, pengunjung perlu ke Pos Kawalan Santuari Kelah untuk diberikan taklimat mengenai spesis kelah yang terdapat di sana, AJ difahamkan ada ikan kelah hitam, hijau dan merah di Tasik Kenyir. Selain tu, pengunjung juga diberikan taklimat keselamatan, "do & don'ts" semasa berada di Santuari Kelah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.


Selepas taklimat, barulah semua pengunjung dibawa ke Hentian 1 dan perlu berjalan masuk lebih kurang 45 minit untuk ke kawasan perlindungan kelah tersebut. Sepanjang perjalanan tu banyak jugak spesis pokok yang AJ jumpa diringi bunyi unggas dan pelbagai haiwan yang berada di sekitar Santuari Kelah tu. Sebelum sampai ke Lubuk Kejor, korang akan melalui jambatan gantung tau. Dari atas tu korang boleh tengok ikan kelah berenang-renang di bawah jambatan tu.



Pengalaman bermesra dengan ikan kelah.

Pengalaman pertama AJ duduk dalam sungai yang penuh dengan ikan! Teruja sebenarnya bila nampak ribuan ikan kelah dalam sungai tu mengelilingi kita. Ikan kelah kat sini sangat jinak, korang boleh bagi makan ikan tu dengan tangan je. Hulur je tangan menderu ikan datang serbu. Memula tu macam geli jugak bila ikan tu gigit-gigit manja jari-jemari AJ, lepas tu takde rasa apa dah. Makanan ikan kelah tu korang boleh dapatkan di kiosk yang ada dalam Santuari Kelah, tapi AJ sarankan jangan beli sepeket je tau. Tak cukup! Hahahahaha.




Harga tiket masuk ke Santuari Kelah.

Warganegara :
RM 10 (Dewasa)
RM 5 (Kanak-kanak)

Bukan Warganegara :
RM 15 (Dewasa)
RM 10 (Kanak-kanak)

Boat Transfer :
RM 5 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-kanak)

Selain tu terdapat juga pakej disediakan merangkumi tiket masuk, cenderahati, "travel snack" dan boat transfer.

Warganegara :
RM 25 (Dewasa)
RM 18 (Kanak-kanak)

Bukan Warganegara :
RM 45 (Dewasa)
RM 25 (Kanak-kanak)

Waktu lawatan dan had pengunjung :
9 pagi - 12 tengah hari

Dihadkan kepada 50 orang pengunjung dalam satu-satu masa selama 30 minit setiap sesi dan terhad kepada 200 orang dalam sehari bagi melindungi ikan kelah dari tekanan dari pengunjung jika terlalu ramai.

Nota : Santuari Kelah ditutup pada musim tengkujuh sekitar November sehingga Februari setiap tahun demi keselamatan pengunjung kerana sepanjang tempoh itu paras air sungai meningkat dan boleh berlaku banjir. Selain itu, ini juga musim untuk ikan kelah berenang menongkah arus ke muara sungai dan bertelur.



Kalau nak Santuari Kelah, AJ sarankan korang buat tempahan awal melalui Kenyir Travel di talian 09-622 1276.

AJ nak ingatkan, kalau korang berada kat Santuari Kelah, jangan berangan nak seludup sekor dua ye. Ikan kelah disini dilindungi sepenuhnya di bawah  Akta Perikanan 1985, Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (Kaedah 21). Mana-mana orang yang didapati menangkap, membunuh dan memiliki ikan dalam kawasan yang dinyatakan, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya dengan perintah pegawai perikanan darat.

So kalau ke Tasik kenyir, jangan lupa ke Santuari Kelah okay!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. Bestnye...nanti nak pi sini..
    Blogwalking sini.

    ReplyDelete
  2. Menarik aktiviti Ayue kat sana cuma nya yang dok dalam sungai bersama berekor ekor ikan tuu serammmmm lak plak. Tak geli ke? Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Haritu husbnd ade pergi ikut bos dia.. Memg best tengok

    ReplyDelete
  4. Bestnya travel back to nature ni, paling suka bermesra dengan ikan kelah tu!

    ReplyDelete