Blogger templates

Isnin, 22 Januari 2018

Kelas Mekap MUA Sue Melati dan Sue Melati FD

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ join kelas mekap bersama MUA Sue Melati. Kalau nak tau ni kali pertama AJ masuk kelas mekap. Sebelum ni belajar kat youtube je.


Sue Melati bukan nama asing lagi dalam dunia mekap-mekap ni, misinya untuk membantu para wanita tambil lebih cantik, elegan dan bertaraf dunia. Telah banyak melibatkan diri dalam beberapa program TV antaranya :
  • Nona
  • Wanita Hari Ini Mentor TV3
  • Drop The Beats
  • Clever Girl
  • Anugerah Juara Lagu
  • Muzik Muzik
  • Hero Oven
Berpeluang join kelas mekap bersama MUA Sue Melati atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Kak Sue memang 1 peluang yang AJ tak nak lepaskan, terima kasih kepada Kaio dari Kaio Studio atas jemputan untuk sama-sama berada di kelas kelolaan MUA ni. Seawal pagi AJ dah keluar rumah menuju ke Sungai Buluh, nampak tak betapa excitednya seorang AJ?


Perkara pertama yang diajar semasa dalam kelas adalah berus serta produk serta fungsi produk-produk yang akan digunakan dalam asas mekap. Selalunya ramai yang main bedal je kan pakai berus apa semua kan? AJ pun macam tu jugak kadang tu, main belasah je. Dah masuk kelas ni barulah lebih jelas mengenai fungsi sesuatu berus dan produk.


Kemudian Kak Sue buat demontrasi mekap untuk para pelajar ketahui cara sebenar apply mekap. Masa ni beliau menggunakan seorang model sebagai kanvas. Lepas tu barulah kami semua diminta mekap diri sendiri mengikut teknik yang ditunjukkan Kak Sue pada model tadi. Penjelasan Kak Sue sangat jelas tau. Kalau korang tak berapa faham pun boleh je tanya, Kak Sue akan menjawab segala kemusykilan korang tu.



Sue Melati Foundation (FD) dan Minyak Penaik Seri Wajah - SM Cosmetics

Semasa kelas tu kami semua diberikan produk Sue Melati FD. Kalau nak tau AJ dah mula jatuh cinta dengan produk ni sebabnya banyak kelebihan yang boleh AJ dapat bila menggunakan Sue Melati FD ni. Ianya sangat full coverage dan mampu tutup cela pada wajah AJ. Sue Melati FD ni pun pekat, tak payah nak guna banyak pun dah cukup untuk cover kulit kita.


Antara kelebihan menggunakan Sue Melati FD adalah :
  •  Full Coverage
  •  Sangat Wangi 
  • Anti -Aging
  • Mengandungi ekstrak Bunga Sakura & Tea Tree
  • Mencerahkan Kulit
  • Memudarkan Jeragat
  • SPF 50
  • Sangat Ringan Dan Tidak Bercapuk
  • Vitamin C & E
  • Mengecutkan Jerawat
  • Produk Formula Sendiri CFM Bukan Produk Rebranding  atau Repackaging
  • Mekap Tahan selama 14 jam dengan satu sapuan


Selain foundation, Kak Sue juga menggunakan Minyak Penaik Seri Wajah untuk digunakan bersama FD tu. Yang ni kalau korang pakai minyak argan pun boleh jugak.


Antara kebaikan minyak ni adalah :
  • Mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit
  • Anti-bakteria
  • Antibiotik 
  • Antioksidan
  • Anti-alergi
  • Anti inflamasi
Kedua-dua produk ni sangat bagus untuk kulit dan sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis kulit. Macam Sue Melati FD tu kan, dia cuma ada 1 warna je. Bagi yang berkulit medium ataupun gelap, korang boleh campurkan sedikit dengan foundation yang berwarna gelap.

Sekarang ni jom tengok pulak AJ mekap muka sendiri dengan tunjuk ajar Kak Sue. Best tau, sebab AJ diajar langkah demi langkah yang betul dari mana nak mula mekap semua. Kalau tak suka hati aku je nak start dari mana dulu! Hahahahaha...


Ni pulak hasil sebelum dan selepas mekap. Amacam? Cantik tak? AJ suka sebab kulit nampak lebih flawless dengan Sue Melati FD tu. Pori-pori muka pun FD ni boleh cover baik punya.



Terima kasih MUA Sue Melati atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang kelas mekap ni berlangsung. Tak rugi tau kalau korang nak join. Lepas ni Kak Sue akan buat kelas mekap tour. Dengarnya sampai ke Brunei tau.


Kalau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai kelas mekap Kak Sue yang akan datang dan produk yang dikeluarkan oleh SM Cosmetics, korang boleh rujuk info kat bawah ni :

Facebook Page : Sue Melati
Instagram : @sue_melati
Website : www.makeupartismalaysia.com
Email : suemelati2u@gmail.com
No. Tel : 018-2090617

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah sertai kelas mekap MUA Sue Melati. Terima kasih Kaio Studio!



P/s : Sekarang ni kan, rajin pulak AJ nak mekap lepas tau teknik yang betul tau!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

19 ulasan:

  1. Best nya..pasni kalo ada lg bengkel camni hajak i ye..hehehe

    BalasPadam
  2. Teringin nak p kelas mekap, macam best je ayue touch up muka tu..

    www.cikza.com

    BalasPadam
  3. Wah.. Semakin cantiklah Ayu nanti.. Dah ada formal class makeup pegi ni..

    BalasPadam
  4. Bestnya belajar make up ngan orang femes! Beruntung ayue

    BalasPadam
  5. wowwww.. flawless.. i like. ada kelas mekap lagi.. ajak eh..

    BalasPadam
  6. Patut laa banyak manis skarang....😁

    BalasPadam
  7. Kelassss nama dia sue melati, klasik sangat... Takde kelas mekap untuk lelaki ke? Heheheh

    BalasPadam
  8. Seronoknya belajar mekap.. Lepas ni bolehlah mintak ayue mekapkan ek.. Hehehe

    BalasPadam
  9. Dari muka melayu terus berubah jadi kpop eh.. cantik ... sukabpula foundation sue melati ni

    BalasPadam
  10. Lawa nya , peloles sangat .. jangan lupa ajak i juga utk next haha

    BalasPadam
  11. cayalah !! tertutup sungguh kulit terbakar.. hee~ cantik !!

    BalasPadam
  12. Mahal tak.weh kelas ni....foundation tu....macam.best je..

    BalasPadam
  13. Weeiii transformasi Ayu memang menjadi la. Lawa Wei. Hahaha. Sesuai la ngan muka Ayu mekap look tu. Macam doll gitu. Cantik flawless coverage dia. Ruby pun tersuka fd dia. Hahaha

    BalasPadam
  14. Memang nampak lain sis. Mudah je ilmu make up sue melati ni. Cara dia ajar sangat mudah difahami.

    BalasPadam