Blogger templates

Isnin, 20 November 2017

Tanah Aina Fahad, Best Gile!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tanah Aina Fahad, first time AJ jejakkan kaki kat sini. Sebelum datang lagi AJ dah excited sebenarnya. Yelah, alam semulajadi, hutan, sungai dah memang jiwa AJ. AJ memang sukakan tempat-tempat macam ni okay.

Tanah Aina Fahad ni terletak kat Raub, Pahang. Nak kesana cuma memakan masa lebih kurang 2 jam dari KL. Aritu AJ pegi dengan 7 orang lagi geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Nak ke sana taklah susah mana, korang cuma perlu menghala ke Ulu Dong dan ikut arah Lata Jarum. Kat sepanjang laluan tu nanti akan ada signboard Tanah Aina Fahad, so ikut je la. Nanti korang akan jumpa signboard besar depan Tanah Aina Fahad tu.


Masa mula-mula masuk kan, AJ dapat rasa tenang sangat kat sini. Jauh dari kesesakan bandar dan sikit pun tak fikir pasal keje. Hahahaha. Best sangat. Kemudahan yang ada di sini pun cukup selesa dan terjaga rapi. Kalau nak buat private function pun sesuai kat sini.


Sepanjang 2 hari ni, kami sempatlah buat beberapa aktiviti. Yang paling mencabar semua orang ialah jungle trekking. Trek dia pada AJ takdelah susah mana, tapi kalau takde stamina pancit jugaklah sebab korang kene turun naik bukit! Dekat trek tu nanti, bukan korang je yang akan ikut trekking tau. Ada bende lain yang akan join korang iaitu PACAT! Hahahahhaah. Sapa yang geli dengan pacat tu memang cuak jugaklah. Masa kami trekking tu tak banyak sangat sebab cuaca elok. Kalau hujan lagi banyak pacat kat situ tau.






AJ kene gigit sekor pacat je. Terima kasihlah kepada Magic Body Lotion dari Cosmoderm! Kalau takde ni, maunya lagi banyak kene gigit pacat.



Lepas hampir 2 jam trekking, kami mandi sungai pulak. Sungai kat sini tak tercemar, airnya bersih je. AJ ni jenis kulit sensitif, kalau mandi sungai yang tak bersih kulit AJ akan naik gatal-gatal. Kat sini, sikit gatal pun takde. Hihihihih. Terima kasih En. Shiva dan staff Tanah Aina yang lain mengiringi kami sepanjang aktiviti.





Kalau korang tak gemar mandi sungai sangat, boleh mandi kolam jugak! Air kolam kat sini pun bersih sebab sumber air ni datang dari sungai dan sentiasa mengalir. Sesuai untuk mereka yang datang dengan anak-anak. Tapi jangan kata anak, yang dah besar panjang ni pun boleh join sekaki.



Malam pula korang boleh create aktiviti sesama sendiri. Macam kitorang buat mini games depan unggun api. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan kene hantar sorang wakil untuk bagi clue untuk meneka tajuk filem la, binatang la dan macam-macam lagi yang diberikan oleh pihak lawan. Masa ni tak fikir dah nak tengok telefon ke mende ke. Hilang status dewasa masing-masing. Hahahahahha. Macam bebudak dah semua!





Dari segi kemudahan pulak kat sini memang sangat selesa, lebih privasi dan terjaga rapi. Terdapat beberapa jenis tent yang boleh korang pilih ikut bajet dan kesesuaian. Konsep kat Tanah Aina Fahad ni ialah Glamping Resort. Camping cara moden gitu. Memang best!

King Tent


Yang ni sesuai untuk pasangan yang sukakan outdoor. Destinasi honeymoon yang dekat dengan alam semulajadi dan juga lebih privasi. Bunyi sungai yang mengalir, unggas buat honeymoon korang tu lebih romantik dan rare la. Hihihi.

Queen Tent




Boleh memuatkan 2 ke 3 orang. Ada 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single.

Single Tent




Boleh memuatkan 4-5 orang. Yang ni merupakan tent yang kitorang tidur. Selesa sangat dalam tu, nyamuk pun takde. Dalam tu ada 4 katil single.

Terrace Room (Dorm Durian)





Kalau korang datang ramai-ramai kat sini juga ada menyediakan dorm yang boleh memuatkan sehingga 10 orang. Yang dorm ni special sikit sebab dia ada bilik air sekali kat dalam bilik

Terrace Room (Ciku, Amra, Belimbing)




Boleh memuatkan 2-3 orang. Kalau korang taknak duduk dalam glamping tent dan nak yang sedikit eksklusif, korang boleh pilih untuk tinggal di 3 terrace room ni. Didalamnya dimuatkan 1 katil queen dan boleh tambah 1 lagi katil.

Kalau nak tau harga setiap tent dan bilik yang terdapat disini, korang boleh rujuk Website Tanah Aina Fahad

Kalau korang pilih untuk bermalam di tent-tent, tandas terletak di luar khemah. Bab ni korang tak payah risau, tandas dia banyak dan juga bersih. Terasa macam tandas hotel, lengkap dengan shower, krim mandian, syampu dan perapi rambut. 3 bende ni kaau korang tak bawak pun takde masalah!



Kemudahan lain yang terdapat kat sini ialah :

Dewan




Kalau nak buat private function, gathering ataupun team building, Tanah Aina Fahad ada menyediakan dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam 1 masa lengkap dengan pentas dan juga peralatan audio.

Ruang makan

Ruang makan di Tanah Aina Fahad pun sangat selesa. Bab makan jangan risau sebab kat sini menyediakan 4 kali buffet. Kualiti dan rasa makanan memang dijaga kat sini. Ahamdulillah semuanya sedap-sedap dari makan pagi sehinggalah ke makan malam.






Amacam? Best tak tengok gambar-gambar AJ kat Tanah Aina Fahad? Nak lagi best apa kata korang sendiri berkunjung ke sini. Gerenti puas hati! Terasa separuh jiwa AJ tertinggal kat Tanah Aina Fahad. Dia punya best macam dah taknak balik KL kau!

Nak tau lebih lanjut mengenai Tanah Aina? Layari : http://www.tanahaina.com/resort/
Tanah Aina ni ada beberapa lagi resort lain tau! Lepas ni AJ nak plan beraktiviti kat Tanah Aina yang lain pula.




P/s : Nature, memang jiwa AJ!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

13 ulasan:

  1. Cantiknya tempat ni. Mst udara nyaman je dkt sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat! Aah, cantik dan damai...
      Hehehehe..

      Padam
  2. Nak pi jugak one day nnt, tapi tamau jungle trekking boleh? Takut pacat hehehe

    BalasPadam
  3. wah..syoknya tengok gambar..terasa nak pergi..

    BalasPadam
  4. best!!!! moment yg santai rilex ...

    BalasPadam
  5. bestnye tengok korang semua dekat tanah aina, jeles! suka aktiviti dalam hutan, rasa tenang jer. tambah2 mandi sungai!

    BalasPadam
  6. Tengok pun dah teruja, bestnya!

    BalasPadam
  7. Jom repeat ayue.... Rindu dengan tempat ni...

    BalasPadam
  8. cantiknya tempat tu .. kenapa tak ajak sayaaaa

    BalasPadam
  9. Salam Miss AyueJean
    Saya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
    Kami amat gembira tentang kehadiran Miss AyueJean dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
    Terima kasih tak terhingga atas penghargaan Miss AyueJean yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
    Besar lah harapan kami Miss AyueJean dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.

    Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
    Ms. Hana 0162159252
    Ms. Malou 0192827012
    www.tanahaina.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. bestla tengok sungai dengan penginapan dia. selesa sangat

    BalasPadam