Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 30 October 2017

Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Dusun Dalam Bandar, Macam-Macam Ada!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selama arini, tak penah tau kat Putrajaya ada dusun dalam bandar sampailah AJ sendiri jejakkan kaki ke Taman Warisan Pertanian, Sabtu lepas. Kat sini macam-macam ada termasuklah spesis pokok nadir. Haaaa, tau ke pokok  nadir tu apa? AJ pun baru tau semalam tau. Hahahahahahaha.Nak tau apa? Meh AJ cerita.


Taman Warisan Pertanian terletak di kawasan berkeluasan 35 ekar ni terdapat lebih daripada 10  jenis tumbuhan terdiri daripada buah-buahan bermusim, tak bermusim, pokok nadir, pokok industri dan rempah ratus. Antaranya cempedak, durian, manggis, nangka, mangga dan sebagainya.

Spesis pokok nadir yang AJ cakap tadi tu ialah tumbuhan-tumbuhan yang "rare" la macam pokok asam gelugor, pokok rukam, pokok mentega, pokok nam-nam, jambu susu, binjai, pokok cola, koko, buah beruas dan lain-lain. Buah beruas tu pun AJ memang tak penah dengar sebelum ni tau!

Asal gelugor aka asam keping
Lada hitam
Buah Koko

Perkataan nadir membawa maksud sedikit atau jarang. Kiranya, pokok nadir adalah pokok yang jarang dijumpai dan kurang dikomersilkan. Kebanyakan pokok nadir hidup di pinggir hutan atau hidup liar di dalam hutan. Pasal tu AJ kata dia "rare".

Selain buah-buahan kan, di sini juga terdapat plot sawah, ladang getah dan juga kelapa sawit. Boleh dikatakan apa saje yang ade kat Malaysia ni ade kat Taman Warisan Pertanian. AJ sendiri berpeluang merasa tangkap ikan keli kat sawah tu. Baru ku tau rupanya payah nak menangkap ikan keli! Dapatlah sekor je. Hahahahahahaha.


Sape yang tak penah tengok orang menoreh getah dan memproses hasil getah boleh datang sini. Orang bandar mesti tak penah tengok kan? Korang ingat AJ penah tengok? Kat sini barulah tau "Ohhhhh.... Macam ni rupanya orang menoreh dan proses getah". Rupanya ada masa-masa dan cuaca-cuaca tertentu nak buat semua tu. Oh ye! Pokok-pokok getah disini adalah pokok asal di Prang Besar Estate yang berusia lebih dari 30 tahun tau. Putrajaya dahulunya dikenali sebagai Prang Besar. Ni pun AJ baru tau. Seriuslah, banyak bende AJ baru tau ada kat Putrajaya ni okay.

 
 
Proses menoreh dan pemprosesan getah
Dah alang-alang ada kat sini, memang pesta buahlah kitorang. Abis segala buah yang bermusim kami jamah. Ada nangka, jambu batu, nanas, mata kuching dan pisang.

Last sekali kami ditunjukkan cara nak dapatkan madu kelulut pulak. Dan berpeluang rasa sendiri madu ori fresh dari ladang. Sedut je terus rasa, lain sangat rasa dia dari yang beli. Ini confirm ori! Hihihi.

Banyak lagi tarikan kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya dan banyak ilmu mengenai tumbuh-tumbuhan yang AJ belajar dari FAM Trip ni. Tak rugi pun tau. Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman macam AJ dan geng #KelabBloggerBenAshaari ni, jom ke Putrajaya! Kalau korang rasa dah abis pusing 1 Putrajaya tu, memang salahlah bila tak penah masuk Dusun Bandar, Taman Warisan Pertanian ni. Kalau korang nak buat treasure hunt ke, sukaneka ke memang sesuai sangat. Sambil-sambil beriadah dapat jugak ilmu mengenai tumbuhan yang kadang orang bandar tak tau kewujudannya.


Info lanjut :

Facebook : Putrajaya Floria
Instagram : @putrajayafloria
Telefon : 03-88882722 / 88931967
Email : info@putrajayafloria.my / info@tamanwarisan.my

P/s : Lepas ni AJ nak cite ngan korang 1 lagi bende best yang boleh korang buat kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya.


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. best sangat dapat kenal pokok2 nadir..

    ReplyDelete
  2. Seronok g sana kan? Bukan senang nak dapat tengok pokok2 rare.

    ReplyDelete
  3. Waaa bestnyaaa... Tak sangka pula kat putrajaya ada dusun. Hehehe...

    ReplyDelete