Blogger templates

Click to Follow...

Khamis, 27 April 2017

Buffet Ramadhan 2017 di Imperial Chakri Palace KLCC


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bile nak bulan puasa je, selain nak kumpul pahala berganda mesti orang dah sibuk cari mana tempat yang menyediakan buffet Ramadhan yang best-best kan? Bulan puasa ni la masanya kita dapat berkumpul sesama keluarga...
Betul kan? Kalau hari biasa jarang sangat dapat berkumpul dan makan 1 meja, semua sibuk dengan tugasan dan aktiviti masing-masing...



 Bersempena Ramadhan pada tahun 2017 ni, Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL sekali lagi menawarkan pakej buffet Ramadhan dengan variasi juadah yang pelbagai..
Bagi mereka yang tak tau lagi, Chakri Palace ni memang pakar masakan Thai yang diubah sikit bagi menepati citarasa rakyat Malaysia...
Promosi buffet Ramadhan " Tantalizing Tastes of Thailand " di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL akan bermula pada 31 Mei nanti... So, penggemar makanan Thai macam AJ ni mestilah suka!
Terdapat lebih daripada 50 menu yang ditawarkan pada kali ini.... AJ gerenti, korang yang berbuka puasa kat sana nanti akan berpuas hati...



Jom AJ bawak korang cuci mata dengan hidangan-hidangan yang bakal dijamu buat para pengunjung....
Kita mulakan dengan menu pembuka selera...
Dalam masakan Thailand tak sah kalau takde hidangan kerabu, kat sini pelbagai jenis kerabu boleh didapati...


Tak lupa juga all time favourite AJ  Mieng Kam!

Beralih pula kepada hidangan utama, AJ memang dah terliur habis...
Lebih lagi bila tengok green curry yang nampak melting tu....
Pilihan yang banyak buat AJ tak tau nak makan yang mana... Yang pasti semua hidangan memang sedap-sedap belaka!


Selain tu terdapat juga " live station " dimana hidangan panas-panas seperti satay, ikan bakar dan juga tomyam yang dihidangkan oleh chef-chef khas untuk pengunjung....
AJ suka tomyam seafood dia! Sedap, pedas tapi tak boleh nak benti makan... Hahahhahaa....



Pilihan minuman juga ada lebih pada 1, so korang boleh pilih mana yang kene dengan tekak korang...



Amacam? Best tak?
Mesti ada yang dah tak sabar nak cuba sendiri Buffet Ramadhan 2017 di Imperial Chakri Palace KLCC dan Chakri Palace Pavilion KL kan?

Kat sini AJ sertakan sekali harga pakej Buffet Ramadhan 2017 yang ditawarkan :

Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace KLCC

RM 95.90++ Dewasa
RM 49.90++ Kanak-kanak (6-10 Tahun)
RM 49.90++ Warga emas


--------------------------------------------------------------------------------------------
Harga Buffet Ramadhan 2017 The Imperial Chakri Palace Pavilion KL

RM 85.90++ Dewasa
RM 42.90++ Kanak-kanak (6-10 Tahun)
RM 42.90++ Warga emas

Buffet bermula jam 7.00 malam
 
--------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang ni ada Promosi Early Bird untuk pembelian baucer sebelum 30 Mei 2017
The Imperial Chakri Palace KLCC
RM 75.90++ (Dewasa)
The Imperial Chakri Palace Pavilion KL
RM 65.90++ (Dewasa)

** Minimum 4 Orang
** Tawaran sah dari 10 April 2017 sehingga 30 Mei 2017 sahaja.
** Tempahan berkumpulan - Beli 5 Percuma 1
Segala info lanjut, layari dan hubungi talian di bawah :
Website :
http://berbuka.chakri.com.my

Telefon :
03 23827788 (KLCC)
03 21431141(Pavilion)
016 2277182 (hp)

Email :
marketing@chakri.com.my





  Apapun terima kasih kepada pihak Imperial Chakri Palace atas kesudian menjemput AJ pada kali ni...
Alhamdulillah, " gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati "

So Ramadhan nanti jangan lupa ke Imperial Chakri Palace tau!

P/s : Lebih kurang 30 hari lagi Ramadhan bakal menjelma...



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

2 ulasan:

  1. Menarik menu -menu yang disajikan.. Sukanya tomyam tu!

    BalasPadam
  2. Perghh...lapar terus perut tengok gambar-gambar makanan ni. Adeh! Lari diet Leya ni.. Hehehe...

    BalasPadam