Blogger templates

Click to Follow...

Jumaat, 14 September 2012

Meowww..... Meowww.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang kenal bunyi tu???
Mestilah bunyi kucing kan...
Takkan lah gajah pulak.... Hahhahahha... =P
AJ ni merupakan salah seorang Pencinta Kucing......
Dulu AJ penah bela sehingga 24 ekor kucing dalam 1 masa...
Penuh rumah AJ dengan diorang...
Pegi dapur ada kucing, masuk bilik ada kucing sampai nak masuk bilik air pun ada kucing....
Tapi sekarang tinggal 5 ekor dan tak tau lah berapa ekor lagi nak keluar dari ibu yang tengah bunting tu... =D
So siapa yang takut kucing, susah sikitlah kalau nak datang rumah AJ.....

AJ nak share sikit fakta mengenai Kucing ni dengan korang....
Mungkin ada yang dah tau dan ada yang belum tau kan.... =D

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.
(Okay, memang kucing AJ kuat tidur......)

2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekor sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.

3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.

4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura. Dengan hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
(Kalau masuk pertandingan vokal, Cikgu Shafi pun kalah... Hehhehe.. =P)

6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui.
Jadi sila jangan cuba-cuba nak potong atau trim misai misai kucing korang.
(Kesian kucing tu nanti allignment dia lari.... Hehehhe...)

7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
(Pakaikan bulu mata palsu boleh tak???)

8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard dikatakan 7 kali lebih kuat daripada manusia.

9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam).
Mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama.
Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.

10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.
(Kucing diorang gemuk-gemuk okay.... Tak caya tengok animal planet..)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.

12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.
Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.
Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.
(Erkkkk.... Ada ke kucing suruh jadi posmen..... Sure surat banyak tak sampai... Hahhahaha...)

13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiau (purring).

14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
(Betul kot, kucing kawan AJ jatuh tingkat 10 relax je... Tapi kaki dia cacat sikitlah....)

15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak?
(AJ kadang-kadang je.. Sebab kucing AJ dengar je bunyi hair dryer, dah lari lintang pukang... =P)

16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.
Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.
Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
(Patutlah malam-malam je kucing-kucing AJ buat marathon.....)

19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.
(Kucing AJ???? Berlari kejap pun dah mencungap... Ni kan pulak nak berlari 20 KM/J.....)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....
Dan kalau korang perasan, yang warna putih tu memiliki warna mata yang berlainan... =D


P/s : AJ tak tau dah berapa keturunan dah kucing AJ dari 1997 hingga sekarang... =D
Ini sebahagian je tau... Separuh pun tak sampai.... =P
Banyak tak????



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

24 ulasan:

  1. MEOW MEOW..HEHE..btw,kita tak suka kucing sngat..suka tengok yg omey2.. nice fakta akk :P

    BalasPadam
  2. dulu akak pernah ade kucing 6 ekor. 3 mati (mak dia makan), tinggal la 3. tapi sekor tu x brp sihat, then mati jugak. so, tinggal 2 (dua2 betina). pastu ade sekor kucing jantan warna oren dtg rumah. terus geram nk bela dia sbb sgt comel mcm puss in the boots tu.
    tapi tiga2 kucing ni dah lama mati (sekor kena langgar, lg 2 ekor tu dah hilang ntah ke mana). sedih jugaklah mase tu. huhuhu

    BalasPadam
  3. samalah..nur pun pencinta kucing.. :)

    okay,mmg xkan smpai surat kalau posmen kucingnya..kikikiki...

    pasal hair dryer tu, samalah..hahahaha....

    dan mmg pelikkan, kenapa kucing2 org putih gemuk2..nur pun teringin gak kucing gemuk..hihihi

    BalasPadam
  4. info menarik ni..hehehe....cubit2 nuffnang kat cni

    BalasPadam
  5. amboii.. comel2 dia punya meoww..

    BalasPadam
  6. sape yg suka kucing , dia seorang yg penyayang ,, AJ mesti seorang yg penyayang kan :)

    BalasPadam
  7. meow meow meow..
    hihihi..betul punya pencinta kucinglah awak ni.. banyak betul kucing awak..
    kite pun dah buat 3 entry pasal kucing nanti singgah baca k..

    terima kasih sebab share fakta pasal kucing ni... ^_^

    BalasPadam
  8. Murah rezeki bela kucing ni... tapi OKje tak suka 'ramai' sangat kucin...he..he... bulu dia tu...

    BalasPadam
  9. Datang mencelah..heheheh
    Salam kenal dan follow
    Datang menjemput join segmen saya :
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
    Kini penyertaan 102 orang !!!
    Jom blogwalking dan tambah follower!!

    BalasPadam
  10. meow.. meow... nak minta 3 ekor boleh tak ? 0_0

    BalasPadam
  11. Owhhhh kak @Sue-Rya Qistina pun pecinta kucing juga ye.... =D
    Sedih kan bila kucing kita bela mati... =(

    BalasPadam
  12. Cuaca diorang kot @Cik Nur..
    Sana kan tak panas sangat macam kat sini.....
    Tu yang boleh gemuk2 tu kot.. =D

    BalasPadam
  13. Hehehheeh... @DRceria kena tengok tuanlah....
    Hahhah..
    Weakkkk perasan...

    BalasPadam
  14. Yeke kak @fizafantagirO..
    Hehheheh... Takdelah.. *malu* *gedik*

    BalasPadam
  15. Okay @nita..
    nanti kita singgah entri kucing awk... =D

    BalasPadam
  16. @hainom OKje dia beranak2... Tu yang sayang nak buang..
    Kesianlah....
    Bagi orang pun tak rela... Hehhhe...

    BalasPadam
  17. waaa comel2 kucing.... moon teringin nak bela kucing gak.. tapi adik2 xleh kena bulu kucing..masing2 asma dan alah pada bulu kucing

    BalasPadam
  18. Nampaknya kena tunggu @C.M.A @ CikMoonAdnan ada rumah sendirilah baru dapat bela.... =D

    BalasPadam