Blogger templates

Click to Follow...

Saturday, 31 March 2012

Earth Hour... Jom Sama-Sama Mengurangkan Perubahan Iklim Dunia...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay ini entri last sebelum off lappy...
Lebih kurang 30 minit lagi earth hour...
Korang tau tak apa itu Earth Hour??
Alaaa... Yang bergelap selama sejam dari 8.30 malam ke 9.30 malam tu.....
Earth hour dijalankan bagi mengurangkan perubahan iklim dunia.....
Haaaaaa... Dunia ni kan dah semakin tua....


Okay, kat sini AJ bagitau sikit Sejarah Earth Hour ni...

Pada awal tahun 2007, WWF-Australia yang diilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil Jam Bumi. Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak, CEO mahupun ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk mengambil pendirian terhadap kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia. Oleh kerana kesan hebahan yang hebat Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk 'mematikan lampu' diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘mematikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.

So apa lagi????
Jom korang!! Kita sama-sama menyokong program Earth Hour ni hari ni....
Bukan lama pun sejam je.... Siapa lagi nak menjaga bumi ni, kalau bukan kita yang bergelar manusia...??

Malaysia sokong Earth Hour!!!!!!!
AJ juga turut sama menyokong Earth Hour...


P/s : Okay bye.... Nak off lappy....
Lepas tu marilah sama-sama kita bergelap...
Pasang lilin okay kalau korang takut gelap.... Barulah Romantik... =D
Yuhuuuuuuu......

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

4 comments:

  1. cik nur pun sokong. tadi umah gelap, pastu cik nur g kenduri.. :)

    ReplyDelete
  2. eh eh, raikan earth hour juga eh? best kaan,
    kita ada tag awak, jom join,
    http://mieraalife.blogspot.com/2012/04/segmen-cik-mun-dia-pilihanku-cikgu.html

    ReplyDelete
  3. @Cik Nur g kenduri x gelap ke?? hehheeh....

    ReplyDelete
  4. @mieraahajis aah.... best tdo... hehhehehhe....

    ReplyDelete