Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 19 October 2011

Manusia Semakin Hilang Pertimbangan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ pasti entri kali ni mesti dah ramai orang yang menulis dan bercerita pasal hal ni....
Berita semalam yang AJ tengok memang sangat-sangat menyentuh hati dan perasaan....
Dua kejadian yang melibatkan bayi dan kanak-kanak yang belom mengenal dunia.....
Ya Allah.... Kenapa manusia semakin kejam dan zalim????

Kes 1 berlaku di China.....

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun digilis oleh 2 buah kenderaan..... Malahan lebih menyayatkan hati 18 orang dewasa yang sepatutnya mampu berfikir hanya melihat dan tidak mempedulikan kanak-kanak kecil yang terlantar di atas jalan tersebut..... Kemana hilangnya perikemanusiaan mereka???? Tidakkah mereka sedar betapa menderitanya kanak-kanak tersebut??
Mungkin kalau ada orang yang mempedulikan kanak-kanak itu lebih awal, kecederaannya mungkin tidak terlalu parah..... Apa agaknya perasaan 18 orang yang lalu-lalang tanpa ada rasa simpati sekiranya kejadian itu berlaku kepada anak-anak atau kaum keluarga mereka sendiri????


Kes 2 berlaku di Malaysia.....

Seorang gadis berusia 16 tahun bertindak kejam dengan membunuh bayi yang baru dilahirkan hasil hubungannya bersama teman lelaki dengan mengelar leher serta beberapa bahagian badan bayi malang tersebut.... Tindakan kejam terbabit hanya disedari selepas seorang guru memeriksa bilik asrama gadis terbabit selepas beliau tidak menghadirkan diri ke kelas... Apalah dosa bayi sekecil itu sehingga diperlakuankan sedemikian rupa oleh insan yang melahirkannya???? Tidak kira apa sahaja taraf bayi malang itu, beliau tidak berhak diperlakuan seperti boneka yang tidak bernyawa....

Ya Allah apakah ini petanda dunia semakin berada di penghujungnya???? Manusia kini makin hilang pertimbangan.. Tiada lagi rasa simpati dan rasa bersalah dalam diri..... Melihat dan melakukan sesuatu tanpa memikirkan sebab dan akibat.... Di mana letaknya moral kita sebagai manusia??? Tepuk dada tanya selera....

P/s : Ya Allah, kau lindungilah keluarga dan rakan-rakanku dari segala bencana...
 Janganlah kau jadikan mereka manusia yang buta hati dan perasaan....
Amin ya rabbal alamin.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment