Blogger templates

Jumaat, 19 Ogos 2011

17 Ramadhan~Berbuka Dalam Bas Nampaknya.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ini dalam sejarah bila buat julung kalinya AJ terpaksa berbuka dalam bas... Hehehehheheh.....
Kesianlah kat diri ini....
Puncanya, balik kerja tu terus merayap kat Bazaar Jalan TAR dengan Kak Ani...
Mentang-mentang ofis kitorang area situ, sempat lagi memanjangkan langkah men"survey" apa yang patut.... Lepas tu hujan mulalah turun dengan lebatnya... Nasiblah dah sediakan payung....

Tapi ada payung pun macam tak guna jugak bila payung tu rupanya agak bocor... Basah jugalah sikit... Hehhehehehehehe..... =D
Masa survey-survey tu "ter"berkenan pulak kat sepasang baju ni.... Cantiknya.. hurmmmmm....
Tunggu gaji keluar ni, terus nak belikan untuk mak.. Mesti dia suka.....
Silap-silap lepas raya tu AJ pulak yang sarung.. Dah size pun lebih kurang je kot... Hahahhahaha....
Tapi tak mungkin kot....

Lepas tu dalam pukul 7, AJ naik LRT balik.... Dalam perjalanan tu sempat la singgah beli air... Just in case! Sekali betul jangkaan AJ... Kat stesen Bangsar tu pulak, lama gila tunggu bas.... Elok je naik bas, azan Maghrib pun berkumandang...
Makanya buat pertama kalinya AJ berbuka dalam bas.... Mujur dalam beg ada kurma sekali...

Moral of the story : Kalau dah tau nak panjangkan langkah tu, lain kali berbuka je terus kat luar....
Sah-sah tak payah nak berbuka dalam bas... Hehehhehhehe.... Takpe, pengalaman kan........


P/s : Dalam Sejarah Betul....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

Tiada ulasan:

Catat Komen