Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 16 May 2011

Wanita Dan Lelaki.....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki dan wanita diciptakan berbeza. Meh AJ nak share sikit apa perbezaan antara lelaki dan wanita.. =D


Wanita
akan menelefon sehingga beratus-ratus kali sehari hanya untuk memastikan lelaki itu dalam keadaan baik.

Bagi lelaki,
biarlah esok baiklah tu. Tak payah nak telefonlah.


Wanita 
sukar melelapkan matanya sehinggakan lelaki itu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.


Bagi lelaki

sampai ke tidak ke lantaklah, tidur tetap tidur. Bukan penting sangat pun.

Wanita 
memang akan mengalirkan airmata untuk sekecil-kecil perkara yang berlaku terhadap lelaki itu kerana perasaan sayangnya.

Bagi lelaki
ala sikit je tu buat apa nak kisah. Wanita itu je mengada-ada. Cengeng katanya.

Wanita
sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan lelaki itu bahagia dan tidak menghadapi kesukaran walaupun perkara itu melukakan hatinya dan menyusahkan dirinya.

Bagi lelaki
biarlah dia susah asalkan aku sendiri bahagia. Pandai-pandailah wanita tu nak hidup.

Wanita 
sanggup bersabar apabila ditipu berjuta-juta kali oleh kekasihnya kerana dia percaya lelaki itu akan sedar perbuatannya.

Bagi lelaki
alah kalau dah berjuta kali aku tipu pun dia sabar apa salahnya aku cukupkan berbilion-bilion kali. Tak juga sedar-sedar lelaki ni kan. Kalau dia kena tipu tau pula nak mengamuk walaupun tipu sebab nak jaga hati dia. Cehhhh...

Wanita 
tidak akan berpaling dari lelaki yang dicintainya walaupun ramai lagi jejaka-jejaka kacak dan lebih baik yang menantinya diluar sana kerana cintanya terlalu mendalam.

Bagi lelaki,
 tak mengapa wanita itu tak akan lari. So kalau ada wanita diluar yang cantik, seksi dan berdahi licin mahukan aku, sambar sajalah. Dasar tak cukup satu. Cuba kalau wanita yang buat? Jawabnya siaplah kau.

Wanita 
sanggup melepaskan perkara yang sememangnya ditunggu-tunggu untuk bertahun-tahun lamanya semudah itu sahaja demi untuk bersama-sama lelaki yang disayangi walau untuk beberapa minit je.

Bagi lelaki,
 mana boleh boleh nak lepaskan peluang yang ada walaupun esok atau lusa dah tentu-tentu ada lagi.

Wanita 
sanggup tadah telinga semata-mata nak dengar luahan lelaki walaupun perkara tu tak penting sangat pun.

Bagi lelaki
leceh la wanita ni benda remeh-temeh pun nak cerita. Gi cerita kat orang lain.

Wanita 
sanggup tunggu berjam-jam walaupun kena tunggu dalam hujan lebat.

Bagi lelaki
tunggu lima minit tu pun lama la sangat. Mulalah nak bising-bising macam la ada benda yang penting sangat nak buat.

Wanita 
tak kisah tinggalkan apa yang dia tengah buat kalau lelaki memerlukan bantuan disaat itu.

Bagi lelaki
game tak penting yang dia tengah main tu pun tak boleh tinggal walaupun dah nampak wanita sangat-sangat memerlukan bantuan time tu.

Betul ke macam ni????? Nilai la sendiri ye....



P/s : Tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.... Hehhehehhehe.....

"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment