Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 11 May 2011

12 Perkara Yang Wanita Tak Suka Pada Lelaki...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lelaki-Lelaki Sila Ambil Perhatian....

Kadang-kadang lelaki tak sedar apa yang mereka lakukan selalu mengguris hati wanita. Ini 12 yang lelaki kurang ambil perhatian.

1. MENINGGIKAN SUARA

Ya, lelaki memang dikurniakan suara yang "MACHO" tapi kalau nak meninggikan suara untuk menunjukkan kekuasaan dan keegooan, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun kadangkala pasangan mereka tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA / TAK SETIA

Cuba bagitahu sapa yang suka pasangannya main kayu tiga? Mestilah takde kan. Bab ni memang satu masalah yang besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka masih sukar untuk setia. Masih juga mengaku diri "SINGLE" walaupun anak dah tiga. Apatah lagi kalau digoda, terus sambar tanpa memikirkan perasaan pasangannya. Adakalanya semua daerah dia buka cawangan.

3. CUCI MATA

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik, seksi dan berdahi licin mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. TERLALU MENGONGKONG

Tak salah kalau kita mengongkong pasangan kita, tapi ingat!! Mengongkong tu mestilah ada hadnya. Tapi kalau dah itu tak boleh, ini tak boleh, pakai apa pun dia nak tentukan tu dah melampau namanya. Kalau tak diberitahu mulalah tercetusnya pergaduhan. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… Macam mana pulak tu?

5. EGO

Lelaki dan EGO memang tak dapat dipisahkan. Tetapi mereka je yang tak nak mengaku akan keegoan diri. Lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. SUKA MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda. Sekali dua mungkin si gadis mampu bertahan, tapi kalau dah berjuta-juta kali siapa yang sanggup???

7. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya walaupun kadangkala pendapat mereka terang-terangan tak boleh diterima akal. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih.Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

8. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Kaum lelaki tidak sedar, wanita adalah golongan yang berhati lembut, suka diberikan perhatian dan dimanja. Mereka sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam, 7 hari seminggu tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya. Sikap sambil lewa lelaki itu kadangkala membuatkan wanita rasa tidak disayangi. Awas!!!

9. CEMBURU BUTA

Tidak salah sekiranya kita cemburu kerana cemburu itu tanda sayang. Tapi biarlah berpada-pada. Kalau dah terlalu cemburu buta, lama-kelamaan pasangan anda akan merasa bosan. Yelah takkan sampai keluar dengan abang kandung pun nak cemburu kot...

10 . KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun,seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.

11. PANAS BARAN

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Ini sudah lebih.. Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

12. TIDAK TAHU MENGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda, itu pun sudah mampu membuatkan pasangan anda tersenyum ceria sepanjang hari.

P/s : Cer check, korang ada tak 12 perkara ni? Kalau ada, jeng jeng jeng! Lu fikrlah sendiri! Hihihihi.



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

10 comments:

  1. rimas sangat kalo laki mcm ciri2 kat entri ni lebih2 lg yang pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. hehe..no 3 tu ade gak jenis perempuan yg tak kisah bf dia cuci mata kan..kalau da perempuan tu betul2 cantik lelaki mana yang xmo pandang..hahaha...tapi bf kena terima gak laa kalau perempuan pndang lelaki yang betul2 hensem..

    p/s: pandang tau..bukan main mata..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Pandang2 dengan cuci mata lain @Azlan Strider....
    Hehehhe..
    kalau cuci mata, sampai tak nak kelip2 dah pandangannya tu....
    =P

    ReplyDelete
  4. Tu paling tak suka kan @Mrs Velentine..
    Rasa cam nak ketuk dengan penyapu je...

    ReplyDelete
  5. apa saja,,terima saja dah jodoh,,,,tapi kalau dh cinta, semua indah saja,,kahkahkah

    ReplyDelete
  6. paling rimas kalau cemburu buta..nk kerja pun x blh...

    ReplyDelete
  7. Betul kak @eintan nurfuzie..
    Cemburu bersebab munasabah takpe... =D

    ReplyDelete