Blogger templates

Click to Follow...

Sunday, 7 October 2018

Pimple Away dari Kitsui Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Korang penah dengar tak pasal Pimple Away dari Kitsui Malaysia? Haaaaa... Ade yamng pebah dengar, ada yang tak kan? Sebenarnya Kitsui ni bukan jenama asing, banyak jenis minuman kesihatan yang dikeluarkan antaranya Pimple Away.



Okay, jerawat memang bukan bende asing lagi. Setiap orang mesti ada masalah jerawat kan? Bezanya antara teruk dan tidak je. AJ sendiri pun kadang naik jerawat sana sini, nak pulak bila miss P datang singgah!

Sape kata orang yang takde masalah jerawat ni tak boleh consume pimple away? Ni salah satu cara untuk cegah jerawat tau. Hihihihi. Actually banyak sangat manfaat yang boleh kite dapat dari Pimple Away drink antaranya :



Mengecilkan ruang pori
Mencegah serta menghilangkan jerawat
Membaiki struktur kulit (masalah parut jerawat)
Mengatasi masalah kulit berminyak
Mengatasi masalah kulit berminyak yang bengkak dan bernanah
Menghilangkan masalah blackhead & whitehead di muka

Dan antara bahan aktif yang terdapat dalam Pimple Away ialah :

  • Maltodextrin
  • Sucrose
  • Non dairy creamer
  • Hydrolized collagen
  • Xantham gum
  • Vitamin C+
  • Permitted food flavoring
  • Citrix asid
Rasanya pulak masam-masam. Sebab Vitamin C kan memang masam sikit.

Cara penyediaannya pun mudah je : 



Sediakan 150ml air suam, masukkan 1 sachet Pimple Away, kacau dan minum. Senang kan?

* Boleh bancuhkan dengan air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul2 larut dulu sebelum minum. 
* Sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yg dicadangkan ialah sebelum tido kerana penyerapan waktu malam lebih tinggi)




Korang boleh consume 1-2 sachet sehari. Macam AJ, jerawat tak selalu naik. So AJ cuma ambil 1 sachet sehari. Kalau korang yang break-out teruk boleh amik 2 sachet. Bende ni ikut keadaan kita. Kesan pengambilan boleh dilihat dalam 7 hari, Insyaallah..

Okay setiap yang kita amalkan mesti ada pantang larangnya kan? Meh AJ share dengan korang sikit tips dan pantang larangnya.


1.      Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.

2.      Elakkan pengambilan KAFEIN sbb boleh mempercepatkan penuaan.

3.      Jangan ambil semasa period sebab masa tu sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.

4.      Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik.

5.      Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa2 jenis produk/supplement/jamu lain.

6.      Sesuai diambil selepas kandungan/bayi yang berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung/ ibu menyusu.

7.      Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung. 

8.      Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik.

9.      Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk. 

10.    Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke :

Website: https://kitsui.com.my/
Facebook page: Kitsui My
Instagram: kitsuimalaysia

Nak lagi senang, pegi je ke Watsons atau Guardian yang berhampiran. 

Harga pasaran : RM 38.80/kotak

P/s : Best!


Thursday, 6 September 2018

Persediaan ke Jepun, Dapatkan JR Pass di Matta Fair 2018!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal November nanti, AJ akan ke Jepun dengan 3 orang lagi geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Excited? Tak payah nak cakap sebab ni kali pertama AJ nak jejakkan kaki Jepun yang dikenali sebagai negara Matahari Terbit.

Bermula September ni, memang AJ duk cari info sebagai salah 1 persediaan nak ke Jepun nanti. Dari apa yang AJ baca, Jepun memang nombor 1 bab kenderaan awam ni. Kebanyakkannya menggunakan tren dan bas. So JR PASS ni merupakan benda penting yang AJ kene sediakan.




Apa itu JR PASS?

JR PASS ataupun Japan Rail Pass ialah pas untuk keretapi untuk perjalanan dari 1 destinasi ke 1 destinasi di Jepun. Yang bestnya pas ni dikhaskan untuk penggunaan pelancong asing sahaja dan menawarkan pengunaan tren tanpa had untuk lebih kurang 1 ke 3 minggu dengan kos yang sangat efektif.

Pengunaan JR PASS

✿ Pas ini sah digunakan di hampir semua tren yang dikendalikan oleh rangkaian JR di seluruh negara termasuk Shinkansen (bullet train), Limited Express, Express, Rapid dan tren tempatan.

✿ Tokyo Monorail ke/ dari Lapangan Terbang Haneda

✿ JR Feri ke Miyajima

✿ Sesetengah kereta api bukan JR untuk mengakses laluan JR terpencil seperti :

- Kereta Api Aoimori antara Aomori, Noheji dan Hachinohe untuk mengakses Jalur JR Ominato ke Semenanjung Shimokita.

- IR Ishikawa Railway antara Kanazawa dan Tsubata untuk mengakses Laluan JR Nanao ke Semenanjung Noto.

- Ainokaze Toyama Railway antara Toyama dan Takaoka untuk mengakses JR Himi Line dan JR Johana Line.

✿ Bas JR tempatan yang dikendalikan oleh JR (bukan lebuhraya) bagi beberapa laluan antaranya :
Yamaguchi - Hagi
Stesen Kyoto - Ryoanji - Takao
Stesen Kanazawa - Kenrokuen
JR bas ke Lake Towada
JR bas pelancongan di Hiroshima
JR bas bandar sekitar Sapporo
JR bas tempatan ke Kusatsu Onsen



Pendek kata JR PASS ni meliputi hampir semua kawasan dari Hokkaido ke Kyushu. Ada JR Hokkaido, JR West, JR Kyushu, JR Shikoku, JR Central dan JR East.

JR East PASS Takoku Area / Nagano, Niigata Area




JR East ni cover untuk 2 area tau iaitu Tohoku Area / Nagano, Niigata Area. jangan tersilap beli pulak nanti. Hihihihihi. Tak sabar pulak AJ nak menjelajah Jepun dengan JR PASS ni tau. Kalau nak tau area mana yang AJ akan pegi nanti, kenelah tunggu bukan November. Yang pasti banyak tempat menarik yang boleh AJ dan geng pegi dengan adanya JR PASS ni.



Eh duk cerita pasal pas ni je kan, kat mana nak dapatkan JR PASS ni?

Ada 3 cara sebenarnya yang membolehkan korang beli JR PASS antaranya :

✿ Beli daripada agensi perlancongan
✿ Melalui website www.eastjapanrail.com
✿ Beli semasa berada di Jepun



Nak lagi senang? 7 hingga 9 September 2018 ni kan ada MATTA FAIR 2018 di PWTC (Hall 1), korang boleh ke booth yang tertera dalam poster di bawah. Tanyalah A-Z apa yang korang nak tau pasaL JR PASS okay. Nanti siap ada hadiah misteri lagi tau!



Tak sempat nak ke Matta Fair? Boleh hubungi J-HORIZONS di talian 03-21610922 untuk pembelian.

AJ pun akan ke MATTA FAIR 2018 hari Sabtu ni. Jumpa disana tau!