Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 11 September 2017

Syampu Shurah Ariana | 4 Pilihan untuk Mahkota Menawan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rambut adalah mahkota setiap orang terutama sekali kaum Hawa. kalau rambut serabai, serabut je mulalah mood pun tak berapa cantik. Serius AJ ni kalau rambut tengah bermasalah ataupun " bad hair day " datang, mood kelaut. Keyakinan diri pun terus hilang entah kemana. Perkara ni biasanya bukan terjadi kat AJ sorang je tau, wanita bertudung pun tak terkecuali rasa benda yang sama. Besar tau efek rambut ni dalam kehidupan seharian.

Dulu ingat lagi, masa sekolah kan kalau lepas beraktiviti atau lepas pendidikan jasmani tu masing-asing duk tanya sesama sendiri " Weh.. Ade  BAU KEPALA tak? " Kalau kawan korang kate ade bau kepala je, tak keruan jadinya. Bau kepala tu macam bau kepam la. Gila tak kepam? berpeluh lepas tu masa sekolah pulak AJ bertudung.




Kali ni AJ nak kenalkan korang dengan produk terbaru dari jenama Shurah. Kalau sebut Shurah je AJ terbayangkan produk penjagaan kulit je. Sekarang ni Shurah telah memperkenalkan Syampu Shurah Ariana yang didatangkan dengan 4 pilhan berbeza untuk semua orang terutamanya wanita berhijab. Kenapa ada 4? Haaaaa... Jangan ingat semua syampu tu sama je tau. Dengan Syampu Shurah Ariana korang boleh mengatasi pelbagai masalah rambut dan juga kulit kepala. Kalau tengok syampu ni punya packaging ceria je tau. Berwarna warni lagi!

Syampu Shurah Ariana dirumus khas untuk wanita berhijab dengan bahan-bahan semulajadi untuk membantu mengawal kegatalan,bau yang tidak menyenangkan dan rambut berminyak. Teknologi Malodor dapat mengekalkan bau syampu yang wangi pada rambut walaupun berhijab.

Jom AJ kenalkan korang dengan setiap 1 rangkaian syampu Shurah Ariana.

❀ Syampu Shurah Ariana - Anti Kelemumur (Hijau)




Dirumus khas dengan Octopirox dan Ekstrak Mint (Epal & Mint) untuk mencegah dan mengurangkan kelemumur suapaya rambut menjadi lebih bersih dan segar bermaya.

Yang ni paling AJ suka. Baru-baru ni AJ ade masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Masa AJ alami masalah ni, AJ jadi stress sangat. AJ tak boleh nak pakai baju gelap, sebab nampak keping-keping kelemumur tu kat bahagian bahu baju AJ. AJ jadi malu dan kurang berkeyakinan. Lepas tu rambut AJ jadi gugur teruk. Bila AJ pakai syampu Shurah Ariana - Anti Kelemumur, Alhamdulillah masalah kelemumur AJ jadi berkurangan dari sehari ke sehari. Now, masalah AJ tu dah lesap! Takde lagi tergaru-garu kepala.

❀ Syampu Shurah Ariana - Kawalan Rambut Gugur (Biru)




Dirumus daripadakhas untuk wanita yang menghadapi masalah keguguran rambut. Diperkaya dengan Mikro Protin yang dapat menguatkan dan mengukuhkan struktur rambut sambil mencegah dan keguguran dan kerosakan rambut. Mengandungi minyak Zaitun dan Buah Beri yang memelihara kulit kepala supaya rambut lebih lembut dan berseri.

Ini pun salah 1 rangkaian yang AJ suka selepas anti kelemumur. AJ ni hari-hari kene syampu rambut kalau tak rasa macam tak selesa je, so AJ selang selikan penggunaan syampu ikut keperluan rambut.

❀ Syampu Shurah Ariana - Lembut & Licin (Pink)




Diperkaya dengan Buah Tin dan Buah Delima yang dapat melembab, melembut dan memelihara kulit kepala serta rambut menjadikan rambut lebih licin, lembut serta mempunyai haruman berkekalan sepanjang hari.

Yang ni kan, AJ suka sangat bau dia tau. Lembut je rasa.

❀ Syampu Shurah Ariana - Kawalan Rambut Kering & Rosak (Oren)




Dirumus khas dengan pelbagai vitamin, Minyak Argan dan Jojoba untuk melembap, memulih dan menguatkan rambut. Juga diperkaya dengan Pathenol yang dapat mengurangkan rambut bercabang dan rambut rapuh menjadikan ianya lebih kuat, hitan berkilau dan mudah diuruskan.

Bagi AJ kan, kesemua rangkaian ni best dan ada kelebihan yang tersendiri. Bau setiap 1 produk pun lain-lain. Tapi semua wangi. Nutrisi yang terdapat dalam produk Syampu Shurah Ariana menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Syampu Shurah Ariana ataupun rangkaian Shurah yang lain, layari :
Facebook : Shurah
Instagram : @shurahmalaysia

Korang jugak boleh membuat pembelian secara online melalui : http://www.jetaine.com/shop/

Ataupun korang boleh follow je hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia untuk tengok sendiri pengalaman pengguna produk Shurah yang lain.

Jangan lupa dapatkan keempat-empat rangkaian Syampu Shurah Ariana untuk mahkota korang tau!
Terima kasih Shurah Ariana, AJ seronok sangat sejak gunakan produk ni. Rase yakin dan wangi je rambut ni. Masalah? Tiada lagi. Nak #fliphair pun takde rasa ragu-ragu dah.. Hehehhehehe..

P/s : Pewarna rambut Shurah pun best jugak. 🌝


Sunday, 27 August 2017

Hapuskan Jerawat dengan Hiruscar Anti-Acne

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jerawat merupakan masalah dimana pori-pori muka tersumbat dan menghasilkan kotoran yang menimbulkan radang kemerahan pada kulit. Jerawat walaupun kecil, ianya memberikan impak yang besar pada seseorang individu. AJ sendiri tak lari dari masalah jerawat. Walaupun tak begitu teruk, kehadiran jerawat buat AJ rasa malu dan kurang berkeyakinan untuk berjumpa dengan orang lain. Kalau time period tu, lagi banyak jerawat naik terutama pada bahagian dahi dan dagu. AJ akui jerawat membuatkan AJ rasa kurang berketrampilan. Bila kulit berjerawat, mekap macam mana pun tetap nampak sedikit kesan jerawat yang timbul tu.


Sekarang ni bila usia dah cecah 31 tahun, lagilah AJ kerap naik jerawat. Antara faktor yang membuat jerawat naik bagai diternak-ternak ni, perubahan hormon, cara hidup dan pemakanan. Baru ni AJ diperkenalkan dengan produk Hiruscar Anti-Acne. Produk ni baru je dilancarkan pada 15 Ogos yang lepas di Le Meridian Hotel, Kuala Lumpur. Kalau nak tau, AJ antara yang pertama mencuba produk ni tau. Produk yang dilancarkan oleh DKSH Malaysia mampu bertindak membebaskan kulit dari masalah jerawat dan mengekalkan kulit yang sihat.


HIRUSCAR ANTI-ACNE oleh Medinova Switzerland ini merangkumi 3 jenis produk iaitu Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser, Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum dan juga Hiruscar Anti Acne Spot Gel telah diuji secara klinikal untuk membantu menangani masalah jerawat seperti bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul. Rumusannya yang unik dan ringan bertindak mengawal pengeluaran sebum secara efektif, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati serta membuatkan kulit lebih lembab dan bebas jerawat!

Pelancaran oleh jemputan VVIP.

Sesi perkongsian bersama Dr Ch'ng Chin Chwen dan Syada Amzah mengenai masalah dan perawatan jerawat.

Jom AJ kenalkan korang dengan rangkaian Hiruscar Anti-Acne dan fungsinya :

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser
RM 27.80 (100ml)



Berfungsi membersihkan kulit wajah. Rumusannya yang lembut membantu mengurangkan lebihan minyak dan membersihkan kekotoran pada pori muka. Menjadikan kulit lebih lembab.

Cara penggunaan : bersihkan muka dengan air dan urut perlahan pada wajah dan bilas sehingga bersih.

Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum
RM 75.00 (50g)



Berfungsi menghaluskan pori dan melembabkan kulit. Pelembab yang ringan pada wajah untuk melindungi kulit dari pencemaran yang menjadi salah satu punca timbulnya jerawat.

Cara penggunaan : Oleskan serum pada wajah dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Hiruscar Anti Acne Spot Gel
RM 26.80 (10g)




Berfungsi sebagai agen penjagaan kulit. Diformulakan khusus untuk mengurangkan masalah jerawat seperti whitehead dan blackhead. Ianya boleh mengurangkan dan memudarkan kesan parut jerawat pada wajah.

Cara penggunaan : Sapukan pada kawasan yang beejerawat sebanyak 2 atau 3 kali sehari.

Antara ketiga-tiga produk ni, AJ paling suka dengan Spot Gel sebab ianya mampu mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat. Produk ni memang hero bagi AJ. Selain mengecutkan jerawat, spot gel ni boleh mengurangkan keradangan pada kulit lebih lagi bila jerawat yang dah start timbul kesan kemerah-merahan. Sekarang kalau kemana-mana, spot gel sentiasa ada dalam beg!


Hiruscar Anti-Acne Uni Campus Roadshow menanti anda!



Sempena pelancaran produk Hiruscar Anti-Acne terdapat enam (6) universiti terpilih di sekitar Lembah Klang akan dikunjungi pada 26 September sehingga 31 Oktober 2017 iaitu :

❀ Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak (UIAM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM)
Tunku Abdul Rahman College University, Setapak (TAR UC)

Para pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dan boleh mendapatkan sample produk yang akan diedarkan semasa program roadshow tu nanti.

Bagi pembaca blog AJ yang berminat nak mendapatkan sendiri produk Hiruscar Anti-Acne, pula, korang boleh mengunjungi mana-mana outlet Watsons yang berhampiran. Ataupun dapatkan secara online dari Watsons E-Store : http://www.watsons.com.my/search?text=hiruscar

Berita Baik! Berita Baik! Berita Baik!

AJ mencari 5 orang yang bertuah untuk memenangi 5 set produk Hiruscar Anti-Acne yang bernilai lebih RM 100. Kalau korang nak join, korang boleh ke facebook AJ dengan klik link ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ni, manalah tau kalau-kalau korang antara 5 orang bertuah yang AJ cari?


Maklumat lanjut  mengenai produk Hiruscar Anti-Acne :

Facebook : Hiruscar Malaysia
Instagram : @hiruscargel

P/s : #hiruscarantiacnemy #clubspotless