Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 16 November 2016

Bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur


ASSALAMULAIKUM DN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu yang lepas AJ dengan geng #KelabBloggerBenAshaari bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur...
Seawal jam 9.30 pagi dah berkumpul kat sana...
Menara KL, rasanya dah lama tak jejakkan kaki kat sana...
Mini Zoo ni terletak betul-betul kat kaki Menara Kuala Lumpur...
Dulu kat kaki Menara KL ni takde apa pun... Yang ada hanya Hutan Simpan Bukit Nenas...


[image%255B8%255D.png]

Apa yang menariknya Mini Zoo di Menara KL ni???
Banyak benda yang menarik disini...
Ada beberapa jenis binatang yang tak biasa dilihat terdapat di Mini Zoo Menara KL..
Antaranya Meerkat, Dwarf Mongoose, Kangaroo, Alpaca, Ferret, Racoon dan sebagainya...
AJ yang besar panjang ni pun teruja bila masuk dalam tu...
Inikan pulak kanak-kanak, lagilah berganda keriangan....
Kat sini, kita bebas nak sentuh dan bermanja-manja dengan beberapa jenis binatang tau...
Tapi buaya, tak bolehlah nak sentuh... Kang tak pasal kena ngap! Hahahaha...

Sebelum AJ menceceh berjela-jela, jom AJ bawak korang berjalan-jalan di dalam Mini Zoo Menara Kuala Lumpur ni dulu...

Dwarf Mongoose
Yang si kecik ni kan, memang AJ geram sungguh... Dia punya sifat nak tau tu tinggi betul...
AJ halakan lens kamera terus dia tunjuk muka comel nak tau dia tu...


Meerkat
Selalu AJ tengok Meerkat dalam TV je...
Tak terfikir pulak yang AJ akan dapat tengok sendiri gelagat Meerkat depan mata....
Tapi yang ni tak boleh nak pegang sebab mereka ni lincah... Tak reti duduk diam... =D

Kangaroo
Ferret

Lepas tu kan, kat Mini Zoo Menara KL ada baby kangaroo dan ferret tau...
AJ nak amik gambar dia terus dia cium pipi AJ... Alahai... Cair kakak!
Animals love me!

Selain tu terdapat beberapa haiwan esotik, haiwan terlindung seperti buaya, ular, iguana, kala jengking, monyet dan kura-kura...
Yang AJ perasan kan, kat sini semua haiwannya mini-mini je....
Dah nama pun Mini Zoo, janganlah korang expect nak ade dinosour pulak kat situ... Hehehhehehe...





















So kalau korang nak rasai sendiri pengalaan ni korang kenalah berkunjung ke Mini Zoo Menara KL...
Bayaran masuk yang dikenakan juga agak berpatutan dan terdapat pakej menarik untuk mereka yang berkeluarga...


Dewasa : RM 32
Kanak-kanak dan Warga Emas : RM 27
Pakej Mini 1 Dewasa & 1 Kanak-kanak : RM 50 (free ice-cream)
Pakej Keluarga 2 Dewasa & 2 Kanak-kanak : RM 98 (free 2 ice-cream)

Best tak???? So cuti sekolah kan tak lama lagi...
Bolehlah bawak anak-anak bersantai di Mini Zoo Menara Kuala Lumpur....

Sebelum balik tu, kitorang sempat lagi menyinggah kat Domino's The Weld....
Alhamdulillah kenyang open table kat situ....

Terima kasih AJ ucapkan kepada Mr. Rajagopal dari Mini Zoo Menara KL atas kesudian menerima kunjungan askar-askar #kelabBloggerBenAshaari...
Semoga berjumpa lagi...

P/s : AJ mengalahkan kanak-kanak kat sana...
Hahahahhahaha...




Tuesday, 15 November 2016

Order Kek Online di Junandus...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni semuanya dihujung jari, sampaikan nak beli kek pun pakai online je tau...
Kisahnya last week birthday Boss AJ, so kitorang buat plan nak surprise kan dia...
Dulu ade kedai kek kat building ofis AJ ni, tapi sekarang dah takde...
So kene la cari online... Mulanya nak beli kat website florist yang ada provide kek tu..
Tapi harga pulak agak mahal... So cari punya cari kawan AJ terjumpa 1 website yang ada jual kek...
Actually AJ tak penah dengar pun pasal website tu tapi disebabkan dia ade provide Cash On Delivery (COD) kitaorang berani la cuba...
Kalau tak sampai pun takdelah ralat sangat kan since takde deposit pape.. =D
Lepas tu kek yang ada pun, banyak pilihan dan harganya jugak murah...Yang paling penting takde alkohol dan lard....

http://www.junandus.com.my/wp-content/uploads/2014/10/FB-Logo.jpg

Junandus website hasil carian google....
Pilihan kek yang ada memang banyak...
Bukan kek je, coklat dan cookies pun ada....
Kat sini konsep dia macam SR la... Nak whole cake boleh, nak slice lain-lain pun boleh..
Yang paling best, nak setengah KG punya kek pun ada...
Mana lagi nak jumpe website yang macam ni kan?

Lepas tengok-tengok variasi yang ada, kami pilih Hazelnut Chocolate Crepe Cake...


Sliced_Hazelnut Chocolate Mille Crepe

Rasa dia memang seriously sedap!
Tak manis sangat, memang just nice je...
Semua kawan-kawan kat ofis ni puji dan tanya mana kitorang beli kek...
Harga untuk sebiji kek 1 KG, kad kecik dan penghantaran hanya RM100.70 je tau!
Murah gile kot....

Lagi 1 AJ nak puji sikit customer service diorang.. memang A..
Mulanya plan asal nak surprise Birthday Boss AJ awal sehari, tapi disebabkan hal tertentu ditunda kepada actual date..
Masa AJ call tu, diorang check status kek dan terus postponed date...
Kalau kek kita order tu dah siap, diorang akan hantar alert SMS...
So kita tau progress kek kita...


Masa hari delivery tu pulak, AJ call minta awalkan sikit waktu penghantaran, Alhamdulillah diorang cepat je arranged kan rider hantar pada waktu yang AJ nak....

So kalau korang ada plan nak surprise kan insan tersayang dengan kek, korang boleh terus ke :

Website : http://www.junandus.com.my/

AJ jamin korang berpuas hati...
Lepas ni memang AJ beli kek dari diorang je kot....