Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 15 February 2016

Day 2 | Trip Ke Sg Lembing


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Okay meh sambung pulak kisah hari kedua di Sg Lembing...
Seawal jam 5 pagi dah bangun... Huhuhuhuh...
Kalau time keje? Jangan haraplah AJ nak bangun awal camni... =P

Apa yang buat AJ ni excited bangun awal pagi?
Sebabnya pagi ni kitorang nak pegi Rainbow Waterfall or Air Terjun Pelangi...
Nak ke sini kene naik 4WD.... Caj yang dikenekan untuk sekepala RM50...

Naik 4WD ke Air Terjun Pelangi
Ni dah termasuk caj ranger semua la, lepas tu kat sana nanti korang akan diberikan mee segera dan air Milo atau Nescafe.... =D

Dalam 5.30 pagi, 4WD pick up kitorang kat homestay dan bawak pegi breakfast dulu...

Breakfast dulu!
Ready to goooo!!!!
After breakfast kitorang naik 4WD dalam 1 jam untuk ke Air Terjun Pelangi...
Lepas tu kan, korang kene redah sungai, berjalan masuk ataupun hiking sikit dalam masa 45 minit sampailah ke kawasan Air Terjun Pelangi....
Best sangat... korang boleh tengok pemandangan semua....
Rase tenang je nakpak kehijauan dengar bunyi unggas..... =D

Pemandangan sepanjang perjalanan...
Pemandangan sepanjang perjalanan...
Fuhhh..... Boleh tahan jugaklah kan... Nasib AJ ni dah biase dengan aktiviti outdoor ni kan....
So memang tak sesuai sangatlah nak bawak anak-anak yang terlalu kecil kan...


Meredah sungai... 
Trekking... 
Trekking....
Apa yang special sangat kat sini?
Specialnya air terjun ni akan mengeluarkan warna pelangi kalau kene cahaya matahari...
Tapi tapi tapi..... AJ tak jamin berapa kali pelangi tu akan keluarlah.....
Kalau cuaca okay, korang akan dapat tengok pelanginya...
So siap sedia dengan kamera kat tangan okay...
Nampak je pelangi, terus snap gambar.... Pelangi tu selalunya akan muncul sehingga pukul 10.30 pagi....
Kalau lepas pukul 10.30 tu memang takde dah la.. =D

Air Terjun Pelangi...
Air Terjun Pelangi...
Masa kitorang pegi tu, cuaca agak gloomy...
Tak salah AJ 2 kali je pelangi muncul..... Tu pun kejap sangat...
Nasib baik masa tengah amik gambar sendiri, kebetulan pelangi keluar...
Sempatlah tersnap tanpa sengaja...
Thanks to Zue sebab dapat snapkan gambar tu...
Tapi sayang, Zue sendiri tak dapat amik gambar pelangi.... Opssss!

Gotcha Rainbow!!!
Lepas turun dari Air Terjun Pelangi tu, kitorang balik homestay bersihkan diri dan keluar cari makan pulak..... Hihihihih...
Settle makan, jalan-jalan sekitar pekan Sungai Lembing amik gambar...
Habis segala ceruk nak snap gambar 3 orang ni...
Tengah jalanraya, tepi jalan, depan kedai, ceruk kedai semua lah! =P

Wefie... Depan pokok besar pun jadi... Hihihi...
Guess kat mana??? Tepi kedai lama je sebenarnya...
Hihihihi..
Lepas tu kitorang pegi cari Jambatan Gantung Kolong Pahat pulak...
Jambatan ni dikatakan berusia lebih 100 tahun....
Suatu ketika dahulu merupakan jalan untuk orang kampung menyeberang sungai.....
Boleh tahan tinngi jugak jambatannya... Kalau gayat AJ rase memang tak lalu dah la jambatan gantung ni..
Baik ikut jambatan besi! Hahahhahaha...

Jambatan gantung Kolong Pahat...
Jambatan gantung Kolong Pahat...
Jambatan gantung Kolong Pahat...
Jambatan gantung Kolong Pahat...
Jambatan gantung Kolong Pahat...
Nampak tak berapa panjang dan tingginya jambatan ni?
Sehingga kini, jambatan ni masih digunakan oleh orang kampung...
Sebenarnya ade a few lagi jambatan gantung kat Sungai Lembng ni...
Tapi yang  ni paling femes la rasanya.....
Ade juga jambatan yang dah reput... Macam jambatan depan Tiara Atsari Guest House tu pun ade jugak...
Tapi dah ditutp sebab dah reput....

Usai amik gambar, kami balik ke homestay dan check out...
Malam kedua kami tak tidur di homestay... Kami nak check in kat tempat lain pulak....
Yang  ni ramai yang tunggu kan kan kan.....
Time Capsule Retreat!
Nak tau ape yang best sangat kat sini....
Macam biasa, tunggu next entry okay!

P/s : Penat tapi seronok!


Friday, 12 February 2016

Day 1 | Trip ke Sg Lembing


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Okay dah dekat seminggu after entri teaser dan after 3 minggu balik baru ade masa dan kerajinan nak update... Hahahahahahah... =P
Ampunkan beta kengkawan....

24 Januari 2016 lebih kurang 9.30am AJ bergerak dari KL menuju ke Sg Lembing yang lokasinya terletak di Kuantan...
Perjalanan amik masa lebih kurang 3 jam... Dan macam AJ cite sebelum ni la kan, sepanjang perjalanan AJ bantai tido... Hahahhahah... Ampunnnnn.. =P

Lebih kurang 12 lebih kami sampai kat pintu gerbang Sg Lembing... Dengan mata sembab baru celik tu terus bergambar.... Ala-ala pelancong luar negara gittew.. =P
Selesai bergambar semua kami terus menuju ke homestay...

Dari kiri : Devi, AJ dan Zue
Untuk hari pertama kami pilih untuk tinggal kat homestay...
Since ni adalah last minute plan, memang agak susah jugak nak dapat tempat tinggal...
Al-maklum kami pegi masa cuti umum kan....
So after cari punya cari, kami dapat Tiara Atsari Guest House...
Alhamdulillah tempatnya memang selesa... Korang akan rasa macam kat rumah sendiri okay....
Bilik yang selesa dilengkapi dengan bilik air....
Ruang tamu yang bersih, ada Astro untuk korang tengok rancangan kegemaran korang dan kelengkapan dapur kalau korang teragak nak masak-masak masa kat sana... =D

Tiara Atsari Guest House
Disebabkan masa kami sampai bilik belum tersedia lagi, kami amik keputusan nak jalan-jalan kawasan sekitar... Sebelum tu kami singgah dulu kat The Backpacker's Resources ni untuk tanya info-info dan tempat yang kene pegi kat sini...
Kat sini jugak korang boleh dapat contact untuk transportation untuk ke Air Terjun Pelangi semua.. =D


The Backpacker's Resources
Sungai Lembing ni takdelah besar mana pun... Tapiiiii... Jangan ingat tempat ni sekadar kampung biasa je tau... Banyak rupanya tempat menarik untuk korang lawati...
Antara tempat yang sempat kami singgah hari pertama tu Muzium Sungai Lembing...

Muzium Sungai Lembing
 Muzium Sungai Lembing banyak bagi pengetahuan mengenai sejarah tanah yang korang pijak tu....
Dari A sampai Z korang akan tau....
Muzium ni terletak diatas bukit dan ada 2 tingkat.... Masa jejak kaki dalam tu terasa macam berada dalam rumah kampung je.... =D
Not much yang AJ boleh cerita pasal Muzium Sungai Lembing ni....
Sejarahnya terlalu panjang... Kalau nak tau korang memang kena masuk sendiri... =D
Nak masuk sini korang dikenakan caj sebanyak RM 2...

Sekitar Muzium
Sekitar Muzium
Sekitar Muzium
Kemudian kami masuk ke Tin Mines yang merupakan bekas lombong bijih timah suatu ketika dahulu...
Masa nak masuk tu kami kene naik keretapi yang lama lebih kurang 80 meter.....

Pengalaman naik keretapi besi
Lepas tu korang kene jalan kaki la masuk lebih dalam lagi...
Tujuannya nak bagi korang merasai pengalaman naik kenderaan yang digunakan dalam lombong tu....
Lombong ini sebenarnya ade beberapa tingkat, tapi korang dibenarkan masuk setingkat je demi keselamatan pengunjung...
Dalam lombong tu agak gelap dan basah... So lantainya agak licin...

Lombong bijih timah, Tin Mines
Ianya masih mengekalkan struktur lama lombong... Cuma dindingnya adalah disimen sikit-sikit kan....
Kat dalam tu ade replika pekerja lombong dan juga barang-barang yang digunakan untuk melombong....
Merasa la kejap macam pelombong kan....

Lombong bijih timah, Tin Mines
Lombong bijih timah, Tin Mines

Lombong bijih timah, Tin Mines

Caj yang dikenakan untuk masuk ke dalam Tin Mines ni RM15.90...
Tapi kalau korang jenis yang suka nak tau dan adventure cam AJ ni, memang berbaloi masuk dalam tu!

So far tak banyak aktiviti pun yang kami buat untuk hari pertama ni....
Sebab masuk muzium dan jelajah lombong pun kitorang dah amik masa yang lama...
Betul-betul teliti ni minah 3 orang ni.... Hehehhehehe...
Lepas pusing-pusing, makan semua kami tetus check in kat guest house rehatkan diri..
Sebabnya hari kedua kami kene bangun seawal 5 pagi..
Nak tau kenapa??? Tunggu next entry okay... =D

P/s : I love adventure!