Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 14 January 2016

Warna Rambut Lagi di Ridzokumura...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sabtu lepas AJ sempat buat appointment kat Ridzokumura Salon untuk kesekian kalinya...
Celik-celik mata terus call salon.....
Nasib AJ baik lah aritu, ade 1 slot kosong tapi time tu jugak...
Berdesup terjun dari katil, mandi dan bersiap.. Kakak AJ la jadi mangsa nak kene teman...
Hahahahhhah...


Kalau sebelum ni AJ dah buat warna pink dan purple kali ni AJ still lagi pilih warna purple...
Hahahhahhaa...
Mulanya niat hati nak buat warna ala-ala dark green or ash brown..
Tapi Abang Bard, hairstylish yang nak buatkan rambut AJ cakap rugi kalau AJ terus amik warna yang gelap since aritu AJ dah bleach rambut....
Betul jugakkan.. Sia-sia jahanamkan rambut bleach aritu kan...
So AJ minta pendapat warna ape yang okay...
AJ ni dah kerap sangat warna rambut, so idea baru memang nan hado! =P

So cite punya cite kaler purple jugaklah yang keluar...
Tapi AJ pilih ash lavender or purple grey.....
Dalam hati nak try silver grey... Dah macam tak sesuai pulak dengan kulit...
Tunggulah AJ consume dengan Qu Puteh dulu baru fikir nak  buat kaler tu... Hahahahha...

Jom tengok apa pulak hasil warna rambut AJ kali ni...

Sebelum - yang tinggal kaler bleach aritu je...
No more pink purple.. =P

Selepas - Ash Lavender / Purple Grey

Apa macam okay tak?

Ini pulak rambut AJ lepas beberapa hari...
Baru nampak grey dia tu... =D
Fresh punya gambar, amik terus tepek kat blog... Hihihihi... =P
Tapi pic silau sikit... Lighting ofis terlebih sangat la pulak...


Ni AJ nak promo sikit la kan...
Kalau korang rasa nak pegi kaler rambut ke, rebonding ke, ape ke boleh call Ridzokumura...
Mesti korang puas hati punya dengan servis super duer best diorang!

P/s : Mohon jangan kecam!


Thursday, 7 January 2016

Pembuka Tirai 2016!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


First sekali belum terlambat kan AJ nak ucap Selamat Tahun Baru 2016 semua!!!
Dah 7 januari barulah nak wish... Kihkihkih....
Nak buat macam mana, mak busy nok!



Pembuka tirai 2016 memang paling tak dijangka sekali...
Pukul 5PM 1 Januari 2016 dapat mesej dari kawan cakap nak pegi pasar malam kononnya....
Pasar malam Brinchang, Cameron Highlands....
Ini memang plan spontan je...
Bile semua kata ON, makanya dalam 5.30 petang kami bertolak naik 2 biji kereta....

Hampir 2 jam perjalanan, kitorang singgah jap RnR Tapah....
Tetibe plan asal nak pegi Pasar Malam Brinchang dah bertukar pulak jadi Nasi Kandar Penang....
Gulpp... Seperti dah dijangka je memang kitorang akan terlajak ke Penang....
Even sebelum sampai Tapah AJ dah cakap "Aku rasa kan, kite ni memang akan terlajak ke Penang ni"
Tup tup sampai Tapah, kawan AJ yang naik kereta 1 lagi tu usulkan cadangan....
"Aku dah kate!"
Kawan-kawan AJ ni memang gile! Huhuuhuhu...

Pukul 12 lebih kami selamat sampai ke Penang....
 Kitorang pilih untuk naik feri nak masuk ke Pulau....
Ade kawan AJ yang tak penah naik feri.. So kasi can lah kawan merasa kan... =D


Beronok-ronok memasing merayap sampai ke Penang!

Turun feri, terus menuju Nasi Kandar Line Clear.... Perut dah meracau minta diisi.. Lapar teruk weh!
Sepanjang hari AJ belum makan lagi... Kire tu la sarapan, makan tengah hari dan makan malam... =P


Nasi kandar tak berapa nak kandar sebab AJ tak suka kuah campur atas nasi.. =P

Habis makan, kitorang singgah jap kat Pesta Pulau Pinang...
Sempat jugaklah AJ "menyopping" kain ela nak buat baju raya AJ, mak dengan kakak! Hehehhee....
Lepas tu pusing pulau kejap, singgah minum dan bertolak balik KL dalam pukul 4 lebih pagi....

Dalam perjalanan balik tu, kami berhenti jap kat RnR Simpang Pulai....
Tetibe ade yang bersuara... "Apa kata kite naik Cameron pulak? Dah dekat dah ni.."
Aku pandang engkau, engkau pandang aku semua ON lagi sekali...
Makanya perjalanan pun diteruskan ke Cameron Highlands....
Gigih masing-masing! Dengan sehelai sepinggangnya kami berjalan sakan....
Hahahhaha....



Sampai Cameron kami singgah breakfast dulu kat Tanah Rata...
Lepas tu terus je pegi BOH Tea Centre Sungei Palas ...
Tapi dari Brinchang nak ke sane tu punyalah jem..... Berapa KM je pun.....
Sampai dekat 2 jam jemnye.... AJ siap tertidur-tidur lagi dalam kereta.... =P
Yelah cuti kan, mesti ramai yang amik peluang makan angin or plan spontan macam kitorang.....





Selesai minum petang, amik gambar kenangan sekeping dua kami singgah jap kat Pasar Malam Brinchang sebelum balik KL tu...
AJ beli strawberi sikit dengan cendawan untuk bawak balik rumah....


Acah-acah romantik lettew... =P



Lebih kurang 10PM 2 Januari kami semua sampai kat KL...
Hambek! 30 jam dalam kereta segala...
Dengan tak mandi, tak berapa nak tidurnya... Gigih!
Tapi enjoy.. yelah bukan selalu nak dapat buat keje gile macam tu kan?

Agaknya lepas ni mana pulak destinasi?

P/s : Minggu pertama Januari, AJ dah busy gile kat ofis ni....
Fuhhhh... Bertabahlah! tahun baru semangat mesti baru kannnn... =P