Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 30 September 2015

Movie Review : Pontianak Menangis


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas AJ berpeluang menonton preview filem Pontianak Menangis dengan geng #KelabBloggerBenAshaari.....



Filem Pontianak Menangis sebuah filem bergenre seram komedi merupakan filem terbitan sulong Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Saudara Ismail Jejaka fdam yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program “BAKAT” terbitan RTM pada tahun 1979.
Filem yang berdurasi 100 minit ini menelan belanja sebanyak RM800,000.00 dan telah menjalani penggambaran selama 35 hari di Batu Kurau, Taiping dan Kuala Terengganu...
Filem ini mula ditayangkan pada 1 Oktober 2015 diseluruh pawagam-pawagam di Malaysia dan Indonesia...

SINOPSIS Pontianak Menangis

Mengisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak pada waktu malam dan sering berlakunya kecurian harta benda penduduknya...
Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat yang ketakutan telah berpakat untuk mencari jalan penyelesaian  di atas gangguan yang berlaku pada setiap hari...

Seorang pemuda bergelar Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan untuk memanggil seorang pakar pengusir pontianak yang kononnya dikenali dari Tanah Jawa iaitu Raja Paku.. Din Kelentong cakap, nenek dia yang cakap... =P
Di atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat untuk bersetuju dengan cadangan Din Kelentong walhal Raja Paku tak penah wujud pun....
Disebabkan itu, dia telah berpakat dengan rakan karibnya Mat Yeh (Yassin) untuk menyamar sebagai Raja Paku.
Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu untuk mendapatkan habuan berupa karung bergerak dan penyamaran dipercayai oleh penduduk Kampung Selamat.

Penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak tetapi Mat Yeh pula telah jatuh cinta pada pontianak bernama Azura semasa cubaannya memaku pontianak....
Perasaan Mat Yeh terhadap pontianak akhirnya membongkar segala yang berlaku di Kampung Selamat bukanlah angkara pontianak, tetapi angkara orang lain yang disegani oleh penduduk kampung....
Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat ini dan mengapakan pontianak ini menangis???

Layan trailer kat bawah ni dulu... =D

Barisan Pelakon

1. Sally (Indonesia)
2. Bella (Indonesia)
3. Sayuti (Indonesia)
4. Soya
5. Yassin Senario
6. Wan Walla
7. Rahim Sepahtu
8. Hamdan Senario
9. Ilya Senario
10. Joey
11. Watie Elite
12. Sathia

Bagi AJ untuk filem sulung, Pontianak Menangis ni okaylah...
Banyak idea dan plot cerita yang cuba digarapkan dalam 1 kisah ni so ade sikit kekeliruan cerita kat situ...
Terdapat unsur seram, kelakar, sedih dan boleh diperbaiki untuk filem-filem yang akan datang....
Mengandungi beberapa mesej kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah yang telah timbul...
Filem ini juga menggarapkan muzik terapi sebagai latarbelakang diiringi gesekan gergaji oleh Saudara Ismail Jejaka fdam

Kalau korang nak saksikan filem ini, jangan lupa okay 1 Oktober ini tayangannya....

P/s : Pontianak Menangis, AJ pun menangis!
Hahahhahaha..

Monday, 28 September 2015

Abadikan Kenangan Dengan Kaio Studio


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

KAIO STUDIO 1 nama yang tak asing dalam bidang fotografi dan videografi....
Seriously AJ suka gile dengan hasil kerja daripada Kaio.....
Insyaallah kalau ade rezeki, panjang umur dan sampai jodoh tu AJ akan gunakan khidmat Kaio Studio untuk mengabadikan kenangan AJ tu.....

Jom kita berkenalan dengan Kaio..
Siaapa dan bagaimana dia mula mengembangkan karier dia sehingga kini...

Lebih dikenali sebagai Kaio atau Anwar Abdullah dikalangan rakan-rakan, Khairul Anwar Abdullah merupakan lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan....
Pada tahun 2008, Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan berpengalaman menguruskan rombongan dari serata pelusuk dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab...
Kalau nak tau, Kaio penah ke kaca TV dan penah menghiasi majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang......



Pewiiitttt... Masuk media cetak dan elektronik la Kaio....

Pada tahun 2009, Kaio mula berkecimpung sebagai blogger secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011.... Masa ni AJ pun baru-baru kenal dengan Kaio sebab dia banyak melibatkan diri dengan kerjasama bersama Harian islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger! serta baru-baru ini bersama Kelab Blogger Ben Ashaari...

Pada tahun 2012 pula, Kaio telah terjun dalam bidang photography dan videography kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kreatif ni dengan jenama Kaio Studio....
Pada mulanya Kaio mendapat banyak permintaan untuk shoot video dan gambar secara suka-suka seperi muzik video, filem pendek dan cover majlis-majlis perkahwinan....


Muzik Video




Majlis Perkahwinan

 
Modelling Photoshoot... Ehem! Macam kenal model ni... =P

Team Kaio Studio

Kini pada tahun 2015 sayapnya mula dilebarkan ke seluruh Malaysia dan juga ke luar negara seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk tugasan videography bersama selebriti dan perekafesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi...
1 pencapaian yang sangat besar buat Kaio AJ rasa..... Tahniah Kaio!



Melinda Looi

 
Paris


Cairo
Selain dari negara eropah dan timur tengah, Kaio juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana dan juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’



Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Kaio yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” (klik) di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.

Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.



Jom kite tengok pulak Prncapaian dan hasil kerja Kaio Studio.....

Pencapaian Kaio Studio :


1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)

2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka


5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.

6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night


7. Pure Lens by Mawar Rashid.

8. Official videographer for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015

9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.

10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Hasil kerja Kaio Studio :

(Anuar Zain in Paris klik for video)
(Lumiere Fashion Show VIP klik for video)
(Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt klik for video)

Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Video TOP 5 Most Glam Fashion Videographer (klik)

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.

Melihat kepada kebolehan bakat pelbagai yang dimiliki, pengasas Kaio Studio ini telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography untuk menjemput beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas yang dianjurkan SNAP.

Selain daripada itu Kaio Studio kini giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini.



 

Untuk info yang lebih lanjut mengenai Kaio Studio :

Website : www.kaiostudio.com
Instagram : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube : www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter : www.twitter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Kalau nak follow Anwar Abdullah @ Kaio secara personal
Boleh follow  :

Blog :  www.kaio.my
Instagram : www.instagram.com/kaio_my

AJ kagum dengan pencapaian dan hasil kerja Kaio Studio....
Gambar dan video yang dihasilkan sangat kreatif dan tersendiri.....
Banyak jugak gambar AJ yang Kaio penah ambil semasa event.....
Tak sabar nak tunggu sentuhan Kaio Studio masa hari bahagia AJ in future... Insyaallah..... ☺
Kalau korang nak guna khidmat Kaio Studio boleh contact link-link yang AJ dah sertakan kat atas ni....

P/s : Thank you Kaio Studio for the awesome picture sepanjang Family Day #KelabBloggerBenAshaari tempoh hari..... ☺