Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 17 December 2012

Happy Disember!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, Disember ni banyak berita gembira yang AJ terima.......
5 Disember lalu, Genap Setahun AJ dan Mr. JR bekerja di company masing-masing......
Lepas tu, Disember ni juga cousin AJ akan melangsungkan perkahwinannya setelah menyulam cinta dari kami semua tingkatan 5 sampailah sekarang.....
Adalah 9 tahun hubungan diorang tu....
Lepas tu berita gembira buat Mr. JR dalam kerjaya dia.....
Alhamdulillah....
Dan 2 hari lepas AJ dapat lagi 1 berita gembira dari bestie AJ yang dia bakal berkahwin tahun depan.....
Yeayyyyyy!!!!!!!!!
Happy sangat AJ dengar berita tu....
Yelah dulu masa dia frust, AJ yang selalu pujuk dia....
Macam tu jugak bila AJ sakit hati dengan yang tersayang, dia lah pujuk AJ.... =D
Dia selalu cakap AJ mesti kawin dulu...... Dia mesti tak kawin.....
Tup tup..... Dia yang dah nak kawin..... Hehehhehehe....
AJ happy sangat bila dapat perkhabaran tu....... Sampai menangis happy....
Siapa sangka perkenalan singkat tu la yang bakal bawa dia ke jinjang pelamin.....
AJ doakan segala urusan dia menuju ke hari bahagia tu dipermudahkan..... =D
Dia nak AJ jadi pengapit.... Tapi kalau majlis dia pada tarikh yang dia bagi tau malam tu, AJ kemungkinan besar tak dapat join......
Sebab clash dengan wedding cousin AJ lagi sorang tu....
Waaaaaaaaaaaa.....
Hopefully diorang tak amik tarikh yang sama lah...... =D
Apapun, AJ happy sangat........
Tak sbar tunggu hari bahagia dia tu.....


P/s : Alhamdulillah, bulan Disember ni banyak perkara yang membahagiakan.... =D

Saturday, 15 December 2012

Perangi Cela!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Keguguran rambut, selulit, kulit kering dan kuku kuning dan mudah patah antara masalah yang kerap berlaku kepada kita....
Bagaimana cara untuk mengatasinya??
Jom kita semak!


KEGUGURAN RAMBUT
Rambut yang cantik, lebat dan ikal menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita.
Dianggap sebagai mahkota, rambut menjadi ‘aset’ penting bagi melengkapkan lagi kecantikan semulajadi pada wajah.
Tetapi faktor-faktor seperti stress, pengambilan makanan berlemak, ketidakseimbangan hormon dan perubatan boleh menyebabkan keguguran rambut.
Apakah penyelesaiannya?

Nutrisi yang perlu diambil : Zat besi, kalsium, zink dan protein

Sumber : Ikan, telur, kekacang, makanan laut, sayur-sayuran hijau dan susu

Tips lain : Berikan urutan pada kulit kepala selepas membasuhnya antara 5 hingga 10 minit dengan menggunakan produk tonik rambut yang sesuai.

SELULIT
Ada yang menganggap selulit sebagai musuh no.1 wanita!
Selulit dikatakan berpunca daripada masalah hormon iaitu estrogen.
Selain hormon, selulit juga merupakan petanda anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Ini termasuk pengambilan makanan segera yang berlebihan hanya akan menurunkan kadar metabolisme selain menghasilkan lemak di dalam tubuh badan.

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin C, vitamin E, protein, mineral

Sumber : Telur, susu, buah-buahan, brokoli, kekacang dan air suam

Tips lain : Amalkan senaman yang berkesan seperti senaman kardio tiga kali seminggu juga rehatkan badan dengan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

KULIT KERING
Terlalu lama berada di dalam pejabat di bawah kondusi hawa dingin hanya menyebabkan masalah kulit kering.
Apabila kulit mengering, kedutan dan garisan-garisan halus akan mula memenuhi seluruh tubuh badan.
Selain itu, faktor cuaca yang terlalu panas juga mempercepatkan lagi proses pengeringan pada permukaan kulit.
Apakah cara terbaik menanganinya?

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin A, C , E dan F, asid Omega, air

Sumber : Sekurang-kurangnya 8 gelas air, buah-buahan, sayur-sayuran hijau, kekacang dan ikan

Tips lain : Gunakan pelembap yang bersesuaian, elakkan daripada merokok dan titiskan beberapa titisan minyak zaitun setiap kali mandi.


KUKU KUNING DAN MUDAH PATAH
Menggunakan pewarna kuku secara kerap dan mengabaikan langkah penjagaannya menyebabkan permukaan kuku kelihatan kuning dan mudah patah.
Kuku kuning juga boleh menjadi simptom penyakit seperti diabetis.
Ia juga boleh berpunca daripada proses menopause dimana hormon estrogen semakin berkurangan di dalam tubuh seseorang wanita.

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin C, protein, asid folik, kalsium, Vitamin E, zat besi dan air

Sumber : Buah-buahan, ikan, sayur-sayuran hijau, sekurang-kurangnya 8 gelas air dan susu

Tips lain : Gunakan "base coat" sebelum mengaplikasikan pewarna kuku, elakkan daripada merokok dan gunakan pelembap kuku dan tangan untuk mengekalkan kadar kelembapan dan hidrasi.

P/s : Bila Sihat Mesti Nampak Cantik!