Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 12 March 2019

Noraniza Idris "Malai Solo Tour" Memartabatkan Irama Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Noraniza Idris atau Kak Ani, figura yang tidak asing lagi dalam industri muzik Irama Malaysia. Sebut je Awallah dongdang, Hala Timur, Tingting dan banyak lagi. Malah, Kak Ani juga terkenal dengan lagu-lagu etnik dari pelbagai bangsa dan budaya. Tu belum lagi dengan persembahan pentasnya yang unik dan menarik.



Sekarang, Irama Malaysia makin ditelan zaman. Tapi Kak Ani masih lagi bertekad memperjuangkan industri muzik Malaysia secara global supaya tak ditelan dek zaman. Jadi 1 siri jelajah Noraniza Idris "Malai Solo Tour" 2019/2020 akan diadakan demi memartabatkan Irama Malaysia hasil kerjasama Persatuan Tatihseni Malaysia dengan Noraniza Idris Productiin Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP).



SAWO MATANG - Noraniza Idris Special Showcase (Siri Jelajah #SaveIramaMalaysia)

Program ini akan bermula dengan Fleastar  bersama Noraniza Idris sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019 bagi memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan masa panjang disamping mempelkenalkan dan menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya dikalangan pelapis.






Selain itu terdapat beberapa lagi siri jelajah yang lain di seluruh Malaysia dan Singapura iaitu :


  • 12 - 14 April 2019 : Sawo Matang - Noraniza Idris Special Showcase di Matic Kuala Lumpur.
  • 6 Mei - 4 Jun 2019 : Fleastar Aidil Fitri di Bangi Selangor.
  • 21 Jun - 20 Julai 2019 : Travelog 13 episod di 13 buah negeri di seluruh Malaysia.
  • 2 - 4 Ogos 2019 : Fleastar Merdeka di Bularan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh Perak.
  • 12 - 14 Oktober 2019 : Akar Zapin Kita 219 di Matic Kuala Lumpur
  • 29, 30 November dan 1 Disember 2019 : Farquhar dan Kala Jengking merangkumi 2 program iaitu Teater Kanak-Kanak MWCP oleh pemenang pertama Sayembara Menulis dan Teate Kanak-Kanak anjuran Dewan bahasa dan Pustaka.
  • 9 November 2019 : Iktiraf - Noraniza Idris in Concert (Singapura)
  • Dan kemuncaknya pada 2 - 4 April 2020 : Malai Solo - Noraniza Idris in Concert di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Menurut Kak Ani, program dan konsert yang bakal diadakan merupakan 1 platform untuk memperkenalkan dan mengembalikan kepercayaan generasi muda terhadap muzik Irama Malaysia.



Program modal insan yang digarapkan melalui aktiviti bengkel dan persembahan pentas sebagai acara kemuncak. Kak Ani juga bakal menterjemahkan sebuah perkampungan budaya Melayu melalui proses peralihan kedatangan pelbagai kaum dari segi gaya, bahasa, pertuturan, pakaian, gerak tari, nyanyian dan muzik.

Konsep Pentas Alam Semulajadi

Masa sidang media tempoh hari, Kak Ani ada kongsikan sikit konsep persembahan nanti tau! Katanya pentas akan dihiasi dengan taman dan pokok-pokok melambangkan "Malaysian Garden" dan prop elemen 6 etnik Malaysia.


Kalau korang biasa tengok persembahan Kak Ani sebelum ni di majlis anugerah semua, korang mesti boleh bayangkan betapa meriahnya pentas Kak Ani sempena Malai Solo Tour nanti kan?

AJ sendiri tak sabar nak tengok, sebab Kak Ani akan membuat sedikit kelainan dari persembahan yang biasa dengan fabungan irama etnik Malaysia yang disusun dengan suntikan komersil dan akan bergabung dengan koir dari sekolah Cina. Tarian dan nyanyian Kak Ani juga akan diiringi dengan himpunan 100 artis budaya "Malay World Cultural Paradise".

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket Sawo Matang - Noraniza Idris Special Showcase di Matic Kuala Lumpur boleh hubungi Harithmai Production (HMP) di talian : 019-3391444, 018-8714305 atau whatsapp 011-37700894 atau 018-3981810.

Tiket berharga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189.

P/s : Jangan lupa tau!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment