Blogger templates

Click to Follow...

Thursday, 28 February 2019

Koleksi Mekap Terbaru dari Althea Korea

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Annyeonghaseyo! Korang tau tak Althea Korea dah keluarkam koleksi mekap terbaru di bawah jenama sendiri. Masa AJ dapat Hanbok Box yang ada barang mekap ni, memang eksited abis!

Terdapat 5 jenis produk di dalam Althea Makeup Box tu iaitu :


❤️ Skin Relief Spot Film Gel

❤️ 4 shade Flawless Creamy Concealer

❤️ 4 shade Watercolor Cream Tint

❤️ 2 shade Spotlight Eye Glitter 

❤️ 1 Eye Palette Sunrise & Moonrise

Macam mana nak pakai semua produk ni? Senang je, semudah ABC je siap! Hehehhee. So arini AJ nak buat tutorial sikit cara-cara nak mekap okay? AJ takde la hebat sangat, tapi bolehlah. Kalau rasa tak berkenan kat mata korang, minta maaf sesiap! 😅


Pertama sekali AJ gunakan Skin Relief Spot Film Gel. Fungsi gel yang diekstrak dari daun teh hijau ni untuk memudarkan cela pada wajah. Kalau korang ada jerawat ke, dap kan sikit kat kulit tu.


Tekstur dia agak sticky sikit masa memula sapu tu, tapi lepas dah serap kat kulit,l tak rasa pape pun!


Kemudian AJ apply Flawless Creamy Concealer. Ade 4 shade semuanya #01-Vanilla, #02-Ginger, #03-Honey dan #04-Mocha. Teksturnya sangat pekat, so bila dah ratakan concealer ni tak perlu apply foundation dah.


AJ gunakan semua code sebagai asas, shading dan contouring. Senang kan?



Ni produk yang paling AJ suka sekali iaitu Eye Palette Sunrise & Moonrise. Produk ni terhasil dari kolaborasi Bunga Citra Lestari x Althea. Terdapat 8 warna dalam palette ni.


Sebab apa AJ suke? Dia pigmented gile kot! Bila sapu kelopak mata, dia tak berterabur. Love sangat!


Eyeliner pulak, AJ gunakan Spotlight Eye Glitter. Terdapat 2 warna iaitu Pink Light dan Gold Light. Untuk effect mata besar, AJ apply Gold Light dihujung mata bawah, kemudian warna Pink Light dibahagian atas alis AJ..


Lip lap lip lap mata kakak tau! Kalau nak mekap dinner kan, wajib ada ni!


Last sekali AJ gunakan Watercolor Cream Tint. Ada 4 shade iaitu #01-Plum Cream, #02-Strawberry Cream, #03-Peach Cream dan #04-Marron Cream. Selain pakai kat bibir, AJ gunakan Watercolor Cream Tint ni sebagai blusher juga tau.


Untuk lips AJ gabungkan code #03 dan #01 manakala untuk pipi AJ gabungkan code #02 dan #04.

Hasilnya? Tadaaaaa.... Cantik tak? Ade macam K-pop? Hahahah..


Sekarang ni, nak pegi memana AJ bawak koleksi mekap Althea ni je. Takdelah nak usung semua barang mekap AJ kan?

Kalau korang nak cuba sendiri, apa kata korang terus terjah website Althea Korea. Percayalah, harga dia buat korang nak beli semua shade yang ada.


Nah, AJ selitkan sekali video mekap AJ. Tapi AJ lajukan sikit supaya tak makan masa korang. Nanti AJ buat video panjang sikit upload kat Youtube. Okaylah jangan lupa beli tau! 

P/s : Suka sangat mekap!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment