Blogger templates

Click to Follow...

Monday, 7 January 2019

Malaysia Halal Expo 2019, Bawa Produk HALAL ke Jepun

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bila melancong kat luar negara, masalah nak dapatkan produk HALAL tu memang susah bila kita memilih untuk ke negara Bukan Islam seperti Jepun. Kalau ke negara jiran macam Thailand, Singapore ataupun Indonesia, tak menjadi masalah sebab penduduknya ramai yang menganut agama Islam.



Baru ni AJ ke Jepun selama seminggu, sejujurnya kalau hotel yang AJ menginap tu tak menyediakan makanan halal, agak sukar juga untuk kami makan. Yelah, kat sana makanan halal tu ada je, tapi susah sangat nak cari. Kalau rujuk pada aplikasi halal pun, tempatnya agak jauh dan harga yang ditawarkan agak mahal. Kalau kita bawak halal card ke kedai-kedai biasa pun, seleksi makanan dan produk halal sangat sikit dan cepat habis sebabnya rakyat Malaysia ni ramai yang gemar melancong kat Jepun.



Macam hotel penginapan AJ tu memang dah mendapat pengiktirafan halal Kyoto Council for Sharia and Halal Affairs, Japan. So perasaan was-was memang takde. Dapur penyediaan dan peralatan hidangan pun berasingan dari biasa dan dilabel dengan perkataan HALAL.



Sebenarnya memang mencabar bab HALAL ni, sebab pada pemahaman sesetengah orang bukan Islam sangka HALAL itu menyediakan makanan tanpa alkohol dan daging babi sahaja. Tapi halal ni merangkumi semua dari penyediaan bahan mentah sehinggalah kepada peralatan yang digunakan. Memang totally tak boleh bercampur dengan peralatan biasa tau!

Dan HALAL ni juga bukan hanya fokus kepada produk makanan, malahan kosmetik dan barang penjagaan diri.

Bersempena penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020, permintaan makanan halal pastinya melonjak kerana penyertaan kejohanan tu juga datang dari beberapa negara Islam. Sejajar dengan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan usahasama agensinya SME Corp. Malaysia akan menganjurkan Malaysia Halal Expo 2019, untuk mempromosikan dan membawa produk halal PKS tempatan ke Jepun.



Malaysia Halal Expo 2019 ini akan diadakan di Hall 1-4, KL Convention Center pada 24 sehingga 26 Januari nanti merupakan platform terbaik untuk pengusaha tempatan mempromosikan produk HALAL tempatan yang mereka keluarkan. Yelah, takkan tak nak tengok produk PKS tempatan berada di pasaran luar seperti Negara Jepun kan? AJ sendiri kalau ada peluang ke Jepun lagi, mesti bangga bila dapat tengok produk orang kita kat rak-rak convenience store Jepun tu!

So untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Halal Expo 2019 boleh layari :



Pengusaha makanan dan produk HALAL tempatan tunggu apa lagi? Jom ambil peluang untuk mempromosikan produk korang, manalah tau kalau-kalau dengan peluang yang ada ni produk tersebut boleh diperluaskan sehingga ke serata dunia kan? AJ memang sokong usaha Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dan SME Corp. Malaysia 100 peratus. Lepas ni lagi mudahlah nak melancong ke negara Bukan Islam kan.

Sekarang ni pun, orang Jepun semakin alert tentang keperluan asas mereka yang beragama Islam dengan menyediakan kelengkapan untuk solat dan juga surau di beberapa tempat. Insyaallah menjelang 2020 nanti sektor makanan  dan produk HALAL pulak akan diketengahkan.


Jangan lupa temujanji kita okay! Jom ramai-ramai ke Malaysia Halal Expo 2019. Pelbagai forum dan aktiviti menarik menanti korang!

P/s : Tips yang selalu AJ guna bila travel ke luar negara, ada Masjid Insyaallah ada makanan halal kat sekitar situ.


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

No comments:

Post a Comment