Blogger templates

Click to Follow...

Wednesday, 23 January 2019

Ekspo Halal Malaysia 2019, Peluang Keemasan Untuk Usahawan Produk Halal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mesti ramai dah tau mengenai Ekspo Halal Malaysia 2019 (MHE2019) yang bakal berlangsung pada 24 sehingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) yang AJ dah ceritakan dalam entri sebelum ni kan?



Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia bakal membuka peluang untuk para usahawan produk halal. Jadi inilah peluang keemasan untuk usahawan produk halal mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan untuk diketengahkan selaras dengan tema ekspo iaitu "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020"


Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019

Pada 8 Januari 2019 yang lalu juga, Majlis Pra pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Majlis ini diadakan bagi mengumumkan memorandum kerjasama (MoC) yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Jepun dalam memastikan industri halal Malaysia dapat menembusi pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik nanti.



Ekspo Halal ini menyasarkan seramai lebih 10,000 orang pengunjung dengan penglibatan 320 booth pameran oleh usahawan dari enam (6) kluster iaitu :
  • Makanan dan Minuman (F&B)
  • Bahan Ramuan
  • Bioteknologi
  • Kosmetik
  • Penjagaan Kesihatan
  • Farmaseutikal serta Logistik
Program Menarik Sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019

Sepanjang ekspo itu nanti, banyak aktiviti menarik yang bakal berlangsung iaitu beberapa sesi perkongsian ilmu (knowledge sharing) seperti Pocket Talk (3 sesi), Forum (2 sesi) dan  Singgah Santai Selebriti (2 sesi) yang menampilkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Program ini juga melibatkan pelbagai agensi-agensi seperti SME Bank Berhad, EXIM Bank, JAKIM, Matrade dan banyak lagi.

Kat bawah ni AJ lampirkan jadual 3 sesi Pocket Talk yang akan berlangsung nanti.






Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award juga akan diberikan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal.

Selain tu terdapat lebih daripada 300 sesi padanan perniagaan dengan sekurang-kurangnya 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari kedua-dua negara menyasarkan potensi jualan sebanyak RM50 juta! Rugi tau kalau tak rebut peluang semasa Ekspo Halal Malaysia 2019 ni, bukan senang nak dapat peluang macam ni lagi.



Jangan lupa datang ke Ekspo Halal Malaysia 2019 tau! Ianya dibuka kepada trade visitor dan umum pada 24 sehingga 26 Januari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019 :
http://www.halal-expo.my



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

5 comments:

  1. Terbaik expo ni. Senang nak cari makanan halal kat jepun nnt

    ReplyDelete
  2. Senang nak cari makanan halal kat jepun kalau pergi nanti.

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada ekspo macam ni kan Ayue .. kalau dekat2 kakya dah terjah dah ni .. Semoga ekspo cam gini dapat memberi manfaat buat para usahawan dan juga pengunjung ..

    ReplyDelete
  4. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete
  5. pembuka jalan tuk usahawan malaysia,bagus program gini

    ReplyDelete