Blogger templates

Click to Follow...

Tuesday, 1 May 2018

Unicorn Jadian kat Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Butterfly Project Malaysiaaaaa....
Selamat Hari Jadi!!!!!!


Tahun ni genap 5 tahun Butterfly Malaysia bertapak kat sini. Tahniah komuniti Butterfly Project Malaysia! Kalau sapa yang tak tau lagi, Butterfly Project Malaysia merupakan komuniti kecantikan yang terbesar dalam dunia blogging ni. Ramai tau beauty blogger yang dilahirkan dan berkembang kat sini. AJ sendiri kalau tak salah dah hampir 4 tahun jugak dengan mereka. Yang AJ ingat event pertama AJ join bawah Butterfly Project Malaysia dekat Rupini's Bangsar. Masa tu buat rawatan rambut dengan Himalaya.

Dan tahun ni tak sangka AJ boleh jadi Unicorn Jadian sempena Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia yang diadakan di Wondermilk, Damansara Utama. Masa mula-mula dapat invitation ni kan, AJ memang excited gila. Yelah, tema dia unik sangat. Unicorn! Seumur hidup AJ, tak penah terfikir AJ akan jadi Unicorn. Tapi 1 April lepas, AJ 1 of the Unicorn okay!

Outfit of The Day :



Masa tau je tema ni, AJ buntu nak pakai apa. Last-last dengan bantuan youtube, I came out with DIY ideas! Thanks to youtube! Dari top to toe, AJ DIY dan pakai apa adanya je. Tak sangka berbakat jugak seorang AJ! Mekap pun AJ ikut tutorial dari Youtube jugak. Phewwww, nasib baik jadi. Kalau unicorn mestilah ade horn, AJ mulanya plan nak beli unicorn hairband. Lepas tu pegi Spotlight terjumpa pulak art yang bentuk kon, so i decided to make DIY Unicorn Hair! Yayyy!!!


AJ ke Wondermilk naik Grab tau, memang awkward gila rasa bila keluar rumah macam tu. Yang kelakarnya, abang Grab tu dari awal AJ naik sampailah ke destinasi kejap-kejap duk pandang. AJ rasa dia takut AJ rape or rompak dia kot! Hahahahahahaha. Oh Butterfly Project Malaysia, thanks for giving me such a memorable memories. Xoxo!

Sampai je kat sana, AJ tengok dah ramai Unicorn lain tengah register. Masing-masing kemain comel lagi, berwarna-warni. Lepas register kami dibenarkan masuk. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya perasmian sambutan Birthday Butterfly Project Malaysia! Sebelum tu kami ada mini-photoshoot. Thanks Aros (fishmeatdie.com) for awesome pic!





Banyak aktiviti kami kat sana tau, AJ pun sempat berkenalan dengan Butterfly yang lain. Yelah walaupun berada dalam 1 komuniti, AJ bukan kenal semua. Time ni la AJ berpeluang kenal dan beramah mesra dengan yang lain.



Para Penaja dan Goodie's Bag!


Brrrloon

Masa Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia ni banyak sangat aktiviti yang kami buat dengan kerjasama dari para penaja. Antaranya mewarnakan belon dengan BRRRLOON! Best tau, terasa macam kanak-kanak ribena pulak mewarna-warna ni. Lepas dah warna kita akan shake-shake belon tu sampai kembung. Unik okay! Tak penah lagi AJ jumpa belon yang kreatif ilham Brrrloon ni. Dan semua belon-belon kat Wondermilk masa event tu, tajaan Brrrloon! Ceria sangat belon kat situ! AJ ingat nak bawak balik belon yang paling besar tau. Tapi sayangnya AJ naik public transport, so sempat amik yang kecik je. Hehehehehe. Tq Brrrloon!




Brrrloon
Block Gurney, Unit G-1-2, Plaza Arkadia,
No.3, Jalan Intisari Perdana,
Desa Park City, 52200 KL
Website: www.brrrloon.com (akan datang)
Tel: 6018-2777130

GNG Studiobooth

Tak lengkap party kalau takde photo booth kan? Sekarang ni even kenduri kawen pun ada photo booth tau. Masa Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia, of course ada GNG Studiobooth untuk mengabadikan kenangan sepanjang party ni. AJ sempatlah jugak amik 2-3 keping gambar dengan GNG Studiobooth ni. Cantik sangat hasil dia, lepas tu ada boomerang jugak. Copy gambar dan boomerang kita pun mereka aka hantar kat email. So kalau ada yang terhilangkan gambar, bolehlah reprint balik!







GNG Studiobooth


Everyday Flowers

Yang ni favourite AJ tau, apa lagi kalau bukan bunga! Bunga-bunga ni semua fresh tau. Yang paling menarik, bila bouquet bunga kami tu dibuat by hand oleh Everyday Flowers time tu jugak okay. Kami diberi peluang pilih 2 jenis bunga. Pilihan AJ semestinya ros merah dan carnation. Kalau ikut hati, AJ nak pilih semua bunga yang ada, tapi nanti abis kat AJ je pulak bunga tu. Hasilnya AJ puas hati sangat! Balik terus AJ simpan bunga AJ dalam freezer! Sayang pulak kalau bunga cantik-cantik tu layu nanti.





Everyday Flowers

Haaaaaa... Kalau nak tau, setiap seorang Butterfly dapat anak angkat tau! Seketul mug Unicorn! Ini adalah surprise dari Butterfly Project Malaysia. Kami pun tak tau ada mug comel ni. Thanks to 50GRAM. Dah nama pun anak angkat kan, mestilah ada nama kan. Siap sign perjanjian nak jaga elok-elok tau. Nama anak angkat AJ tu LuluRina! Comel tak nama dia? Heheheheh.




Website: 50gram.com.my

Last but not least, jom kita unboxing apa yang ada dalam goodies bag kami. Tak sabar nak tunjuk kat korang. Rugi tau sapa yang tak datang ke Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia ni.

Goodies Bagggg!!!!

Belif Malaysia

Salah satu top brand skincare dari Korea. Best seller on the go ni berharga RM89. Ada pencuci muka, toner, serum, pelembab dan krim mata.



Website: belif.com.my

NYX Cosmetics Malaysia

My favourite makeup brand ever! Ada 2 produk dari NYX iaitu Vivid Brights Eyeliner (Blossom) yang berharga RM30 dan juga Lip of the Day Liquid Lip Liner (Cherished) berharga RM35





Koji Dolly-Wink's Eyelashes

Ada 4 rangkaian eyelashes berharga RM58.90 yang diberikan secara random kepada para Butterfly. AJ dapat no# 28 Lovely Girl. Bulu mata ni natural sangat. Sesuai nak pakai hari-hari. Tapi AJ macam sayang pulak nak guna. Hahahahaha. Boleh didapati kat Sasa Malaysia, Watsons dan store terpilih.



Wanderlust Things

Suka sangat hadiah comel ni. Rantai berbentuk Unicorn berharga RM14.90. Datang dalam 2 warna iaitu gold dan silver. AJ dapat silver! Bila pakai terus terasa cute! Hahahahaha. Banyak lagi barang-barang comel yang boleh korang dapat dari mereka, bukan rantai ni je tau!




Dear Beaute

Sample produk penjagaan rambut dari Jepun untuk rambut lebih terurus dan sihat! Rangkaian Himawari hair care ni boleh didapati kat Sasa Malaysia, Watsons dan store terpilih.



Dan yang paling bermakna Thank You card khas dari Mamasan @ Tammy Lim dengan berus mekap unicorn yang super duper cute! Thanks for having us Mamasan. I'm so glad to be one of the Butterflies that day! Xoxo.



Bila dah pakai cantik-cantik, mestilah ada best dress kan? Tahniah kepada Rawlins, Syafiera dan Tiffany kalau tak salah AJ sebab berjaya menjadi unicorn yang paling anggun sepanjang Ulangtahun Ke-5 Butterfly Project Malaysia, 1 April yang lepas. Jeles AJ dengan Trollbeads korang tu tau!



So jom tengok antara momen AJ kat situ. Tak puas rasanya berjimba-jimba dengan korang tau! Harap-harap nanti AJ dapat luangkan masa lagi.











Meriahkan??? Thank you Butterfly Project Malaysia! Semoga terus success di masa depan. We love you!!!!!!


Lokasi :
Wondermilk
37, Jalan SS 21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya
Tel: 603-7732 5136
Website: https://ilovewondermilk.com/
FB: https://www.facebook.com/wondermilkcafe/



"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

3 comments:

  1. bestnya sesekali berparty mcm nie comel je

    ReplyDelete
  2. Suka lah tema unicorn.. comel..

    ReplyDelete