Blogger templates

Click to Follow...

Friday, 6 April 2018

Jumpa Cosmoderm di Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) 2018


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Malaysia International Halal Showcase atau MIHAS merupakan ekspo perdagangan halal yang terbesar dunia akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur pada 4 April 2018 sehingga 7 April 2018 ni. Ekspo ini telah mendapat sambutan dengan 800 penyertaan peserta pameran dari 40 buah negara. MIHAS edisi ke-15 ini dijangka dapat menarik perhatian global.

Pameran selama 4 hari ni menampilkan pelbagai jenis produk halal tempatan dan antarabangsa dari 7 sektor iaitu farmaseutikal, makanan dan minuman, kewangan, perlancongan, e-dagang, logistik dan kosmetik.

Tahun ni jugak merupakan tahun kedua Cosmoderm menyertai Pameran Halal Antarabangsa ni tau. Kalau korang berminat nak menghadiri pameran ni boleh ke sana pada Sabtu, 7 April ni kerana ianya akan dibuka kepada orang awam pada hari tersebut. Cosmoderm akan menawarkan analisis kulit secara percuma dan pengunjung boleh mendapatkan produk-produk Cosmoderm dengan harga promosi. Fuhhh! Berbaloi! Jangan lupa tau singgah ke booth Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd di dewan 11, booth 3700 dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Kalau nak ke pameran MIHAS, MITEC mudah diakses melalui beberapa lebuhraya utama, 9km je dari pusat bandar dan 65 km dari KLIA. Nak senang boleh amik shuttle bas disediakan pihak MIHAS kat 4 pick-up point (rujuk instagram MIHAS) ataupun naik je GrabCar dengan menggunakan kod promo GRABMIHAS2018.

Jumpa Cosmoderm di Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) okay!


"Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci"

1 comment:

  1. alaaa. cam best je. tapi date tu g Legoland.. eh

    ReplyDelete